Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Juara Biggest Loser Musim ke 2



Helloooooo dan Salam mesre semue!!!!!

Sempene Tahun Baru 2013 yang akan menjelang ini Hamdi O Kilau ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepade semue kaum keluarge yang di sayangi.

Semoga Tahun baru ini akan membawe kebahagiaan and keberkatan untuk kite sekeluarga. Amin.


 Okay! Dikesempatan ini Hamdi O Kilau juge ingin mengumumkan pembukaan resmi Juare Biggest Loser Musim ke 2!


Kalau berat badan kite rasanye asyik meningkat kebelakangan ini, nah alangkah tepat waktunye kite melancarkan program Juare ini.

Mari kite tingkatkan usehe demi kesihatan kite sekeluarge. Jom!


Details:

Period:
1st January until 31st March 2013
(3 months)

Method of measurement:
Total % loss = Total % loss in weight + Total % loss in fat

Winners will be selected based on the highest Total % loss.

Open to all family members.

Date of launching weigh-in will be announced separately.
(Sesi makan lagi ni usulnya)


Attractive prizes await!
List to be updated. But think along the lines of iPad mini... (Is that right Pa Iring?)


Hadiah bonus:
Persembahan Dangdut dari Hamdi O Kilau!


Menyarung cincin, menyantun kasih


Hati ibu mana yang tidak menyentak, jantung ibu mana yang tidak berdegup. Dihadapannya tercegat seorang gadis genit dan ayu. Sebentar lagi, akan rasmilah gadis tersebut menjadi tunangan anak lelaki kesayangannya. Saat saat sebegini memang amat mendebarkan. Perasaan gembira dan sayu berbaur dan bergelojak dalam benak fikirannya. Gembira kerana bakal mendapatkan seorang anak menantu gadis yang jelita dan menawan. Sayu kerana melepaskan anak yang bakal berdikari membina rumahtangganya sendiri.

Dengan penuh redha dan pasrah, beliau menghampiri gadis bakal menantunya dan dengan penuh tertib dan takzim, beliau menyarungkan cincin tanda pertunangan ke jari manis gadis tersebut. Maka rasmilah sudah gadis idaman anak lelaki beliau itu menjadi tunangannya. Dan mereka pun berpelukan mesra, mensyukuri peristiwa yang penuh bermakna.

Kepala Pahawai - menjunjung gangsa

Tentu ramai yang tidak sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh anak-anak muda yang secara suka rela bersedia untuk menghulurkan khidmat bakti mereka membantu mengangkat dan menjunjung gangsa-gangsa hantaran dalam sesuatu majlis berpesuruh atau pertunangan. Ketertiban dan kemanisan tingkah laku mereka semasa menjalankan peranan dalam majlis tersebut setentunya akan menambahkan seri lagi majlis yang berkenaan. Semasa majlis berpesuruh bagi Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abdul Ghani pada hari Ahad, 22hb. Julai 2011 yang lalu, Pa Basai Jo telah memberi penghormatan kepada Awang Ahmad Alween bin Haji Mazanan (Awiee) sebagai Ketua Pahawai dalam kumpulan Pengangkat Gangsa Hantaran. Tahniah Awiee, kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggung jawab yang berat dan mustahak itu!!!










Salam hormat - PUDA


Majlis Pertunangan Bee Aye dan Raimie



Syukur
alhamdulillah kita bertemu lagi dalam ruangan blog keluarga Tuk Minah ini setelah sekian lama mendiamkan dirinya buat beberapa bulan. Kemunculannya kali ini membawa berita gembira dan suasana meriah dan keraian. Apa tidaknya, semalam hari Ahad, 22 haribulan Julai, 2011 adalah hari bermakna bagi cucunda Hajah Aminah iaitu Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abd Ghani yang telah selamat mengikat tali pertunangannnya dengan Dayang Raimie Hebriyah binti Haji Ibrahim. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bee Aye dan Raimie dan semoga lekas-lekas tah menjamu nasi minyak untuk kami semua!!!!

Puda telah diberi penghormatan oleh Pa Basai Jo untuk mengepalai rombongan berpesuruh pihak lelaki dan seterusnya menjadi jurucakap pihak lelaki di dalam majlis tersebut. Sebagai kenang-kenangan dan menjadi ristaan kepada anak cucu katani kemudian hari, maka Puda perturunkan sedikit cebisan perbualan Puda semasa majlis berpesuruh tersebut:-

Pembuka Mulut

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Assalatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiai Walmursalin Sayyidina Muhammadin Waala Alihi Wa'ashabihi Ajmain.

Sebelum abis hamba membuka kata menyampaikan hasrat dan hajat, sebagaimana yang telah disepakati pada perundingan keluarga yang telah lalu, ada baiknya abis hamba menyampaikan terlebih dahulu hantaran pembuka mulut berupa wang tunai $100.00 dan sebentuk cincin .

Menyampaikan Hajat

Alhamdulillah, tanda pembuka mulut sudah diterima. Abis hamba panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya jua, katani semua dapat berkumpul pada petang ani bagi suatu majlis yang penuh berkebajikan. Dan abis hamba iringi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur dan setia hingga ke akhir zaman..

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

Pertama-tama, bagi mewakili kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang Omar dan isteri beliau, Dayang Hajah Maznah binti Haji Talip, hamba sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Awang Haji Ibrahim bin Haji Jamudin dan isteri serta keluarga kerana berkesudian menerima dan memberikan layanan penuh mesra kepada rombongan kami pada petang ini. Amat jarang sekali abis hamba datang berkunjung ke rumah Awang Haji Ibrahim ani, dan pada petang ani dengan bertawakkal kepada Allah Subhanahu Wataala, abis hamba karih-karihi jua berkunjung ke mari kerana memang abis hamba membawa hajat yang besar.

Bak kata pantun melayu:

Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harapan kami bukan sedikit
Sebanyak rambut atas kepala

Cantik memanjat si pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman

Hamba ingin menyampaikan hajat kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang Omar dan isteri yang mana mereka ini ingin menyerahkan anak lelakinya yang bernama Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abd Ghani, siapa yang telah menyatakan hasrat beliau untuk berhajat kepada anak perempuan Awang Haji Ibrahim bin Haji Jamudin yang bernama Dayang Raimie Hebriyah binti Haji Ibrahim untuk dijadikan beliau sebagai pasangan hidup.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perundingan awal yang lalu, maka abis hamba ingin menyerahkan hantaran tanda bertunang iaitu sebentuk cincin dan wang tunai $100.00 sebagai memenuhi permintaan pihak keluarga perempuan.

Demikian disampaikan hajat abis hamba sekelian.


Salam Muhibbah dari InfOmars

Begitu lama tidak kedengaran berita apa pun di ruang blog ini. Kelihatannya semua ahli keluarga Omar-Aminah membungkamkan diri masing-masing seolah-olah tiada bahan pun yang menarik untuk dikongsikan. Mungkin jua masing-masing asyik dengan gelagat di FACEBOOK sehingga terlupa untuk memuat sesuatu di ruang blog ini.

PUDA masa ini berada di salah sebuah makmal komputer di Pejabat InfOmars Training & Technology Solutions, satu-satunya syarikat atas nama keluarga Haji Awang Omar. Semalam seorang cucu Haji Awang Omar iaitu Awang Unagiboy mencuba nasib beliau untuk mendapatkan pekerjaan sementara (placement) di syarikat ini bagi menimba pengalaman suasana bekerja di sebuah syarikat persendirian. Peluang seperti ini sepatutnya tidak diberikan secara percuma sahaja - ianya memerlukan pelamar pekerjaan untuk ditemuduga terlebih dahulu dan mereka dikehendakki membuat presentasi mengenai suatu topik yang disediakan.

Prosedur ini tidak terkecuali untuk diikuti oleh Unagiboy. Setelah ditemuduga oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah InfOmars, beliau seterusnya dikehendakki menyediakan sebuah presentasi dengan menggunakan perisian POWERPOINT mengenai satu tajuk "DIRI SAYA". Sessi penyampaiannya dinilai oleh pegawai-pegawai kanan InfOmars termasuklah Ketua Jabatan Sumber Manusia, Ketua Jabatan Akaun dan Pentadbiran dan Ketua Jabatan Latihan dan Perancangan.

Maka dengan rasa sedikit gementar, Awang Unagiboy pun berdiri di hadapan sebuah kelas makmal komputer dan memulakan presentasi beliau dengan mendahului ucapan assalamu alaikum warahmatullahi wabarkatuh. Kemudian beliau memberikan 'overview' perkara-perkara yang akan disentuhnya dalam penyampaiannya termasuklah mengenai keluarga beliau, tempat tinggal beliau (yang mana beliau pernah berpindah randah sebanyak tiga kali dalam jangka waktu dua tiga bulan), kegemaran (hobbies) beliau, dan akhir sekali mengenai makanan kegemaran beliau. Pada keseluruhannya, Unagiboy mengambil masa 5 minit untuk membuat presentasi tersebut dan daripada keseluruhan masa itu, beliau mengambil masa 4 minit untuk menceritakan masakan kegemaran beliau. Barangkali topik "makanan" sahajalah yang beliau ketahui sementara topik-topik yang lain itu tidak mendapat perhatian beliau yang sewajarnya!!!!

Awda tentu dapat meneka apa kesudahan daripada hasil temuduga dan ujian presentasi ini!!


Sekian buat coretan kali ini dan sehingga berjumpa dikesempatan akan datang.......salam hormat dari PUDA.

Sekerat cebisan di ambang Zulhijjah


Bulan Syawal sudah beberapa hari berlalu. Kini kita sudah melangkah ke bulan Zulkaedah dan dalam beberapa hari lagi, mulalah jemaah-jemaah haji kita berangkat berduyun-duyun menuju ke kota suci Mekah dan kota Madinah al-Munawwarah bagi menyempurnakan ibadah haji - rukun Islam kelima.

Tidak semudah itu untuk terpilih menerima jemputan menjadi Tetamu Allah di rumahNya Baitullahil Haram. Sering dinyatakan menunaikan fardu haji secara holistiknya adalah satu jemputan istimewanya. Terlampau ramai yang ingin pergi tetapi terhalang dengan pelbagai sebab dan kejadian. Sehinggakan ada sebahagian daripada mereka yang sudah mempunyai passport dan gelang haji terpaksa ditangguhkan pemergian. Ada juga kes, secara tiba-tiba tergerak hati, isi borang, buat rayuan dan seterusnya tiba di Tanah Suci menunaikan fardu haji. Benar, ia adalah satu jemputan dari Tuan Rumah, Pencipta yang Maha Agung. Dalam kebanyakan kes, ia kelihatan dirancang, mengikut jadual dan tanpa sebarang 'kecoh-kecoh' yang luar biasa.

Pertimbangkan kisah berikut yang dipetik dari buku 'Travelog Haji' tulisan Professor Muhd Kamil Ibrahim mengenai rakan beliau, Dato XYZ yang menceritakan:

"Dulu saya tidak memahami atau tidak ambil kisah apabila orang menyatakan yang menunaikan fardu haji hanya boleh berlaku atas jemputan Allah. Saya fikir ia semudah cari duit, daftar Tabung Haji dan pergi."

"Pengajaran yang saya peroleh cukup hebat. Tahun 2004, saya menerima kad jemputan dari King of Saudi untuk mengikuti rombongan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menunaikan fardu haji. Tidak perlu VISA. Segala-galanya kelihatan istimewa. Saya kabarkan kepada hampir semua orang dengan bangganya bahawa yang saya akan pergi atas jemputan Raja."

"Kumpulan kami adalah seramai 12 orang, terdiri daripada mereka berkedudukan tinggi dalam dunia korporat, berkuasa dan hampir boleh melakukan 'apa saja'. Kami pergi secara berasingan daripada rombongan utama dan tiba sehari dua sebelum waktu wuquf."

"Ringkaskan cerita, hari wuquf telah diawalkan sehari dan apabila kami tiba terdapat pelbagai masalah di lapangan terbang (masalah yang tidak sepatutnya berlaku). Kami terpaksa bermalam di Golden Lounge dan terlepas hari Wuquf. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membenarkan kami memasuki Makkah. Tetapi hampa."

"Pada ketika ini, barulah kami sedar betapa kerdilnya kami di sisi Allah. Undangan dari King of Saudi tidak dapat menyelamatkan keadaan. Kehebatan kami di dunia tidak bererti langsung. Masing-masing terasa hina dan malu untuk pulang ke Malaysia. Lalu kami menyimpang ke Mesir dan berehat selama 7 hari di sana, 'melakukan tawaf di piramid."

Syukur Alhamdulillah, bagi mereka yang reda dan beruntung terpilih untuk menjadi Tetamu Allah di musim haji tahun ini, kita panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar mereka kesemuanya mendapat petunjuk dan hidayah serta perlindungan daripada Allah swt yang maha Pengampun lagi Penyayang dan semoga segala urusan dan perjalanan ibadah haji mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Di kesempatan ini jua, seluruh warga kerabat Haji Awang Omar/Hajah Siti Aminah ingin mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada anakda/cucunda Awang Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh dan isteri beliau, Dayang Hajah Zaleha binti Haji Yahya dan semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat kembali ke tanah air dengan mendapat haji yang mabrur. Amin, ya Rabb...........

Allah berfirman dalam surah al Hajj, ayat 27, yang mafhumnya, "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah (Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."



Salam hormat - PUDA

Classic Hamdi moment - Family Day 2010

Jerry dan Dani hairan mengapa lain yang disuruh, lain yang dibuat.
Zunnur cuba memproses aksi Hamdi.

Happening dates