Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Happy 34th Birthday Babah

Happy Birthday to Babah. Didoakan semoga dipanjangkan umur, dikurniakan sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. AMIN...



Love from your wife, Syaza, Faiz and Aqiel.

'Oleh-Oleh' Mengail

Pada 14hb Februari 2009 merupakan hari yang cukup baik bagi bapa yang sebelum subuh sudah turun ke laut untuk menangkap ikan. Tidak sia-sia, 'effortnya' bangun awal subuh kerana hasil yang didapatinya bolehlah dibanggakan.

Kalau tidak percaya, lihatlah gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini....


Aqiel inda mau ketinggalan bergambar


Basar jua ikan oleh bapa atu

Di malam, kami sekeluarga makan ikan atu masak rebus, nyaman kali ah... cukup dengan ditutuki kunyit hidup dan lada padi.. awu nyaman irup-irup c Jester dan Jerry. Kepada keluarga yang lain, jangan mare, lain kali mengampiti kalau belurih lagi....

Kalau dulu, beliau turun ke padang golf, katakan belurih hadiah balik inda jua ada. Ani sekurang-kurangnya kanyang jua perut kami sekeluarga makan hasil tangkapannya. Dapat jua makan ikan segar dan kurang jua perbelanjaan dapur (saving atu dapat jua anak-anaknya membali naindah lain).. Hahahah..

Bercakap mengenai accessories mengailnya, jangan cakap lagi lah... kalah orang yang bertahun-tahun berpengalaman turun ke laut. Equipmentnya macam orang professional. Orang menarik kail secara manual, ia automatic. Orang dulu-dulu mencari tempat mengail mengikut 'instinct', ia pakai 'fishfinder'. Kalau dulu kami complaint, "inda jua pandai belurih", tapi sekarang sudah terbukti equipment-equipment yang dibalinya atu menampakkan hasil.

Bah jangan terperanjat nanti sudah banyak bapa belurih lauk atu, mungkin dapat sudah bejual ke adi-beradinya. Maklumlah sudah pencen ani, kan cari pendapatan lebih.

Sekian.

Anih.

Congratulations to dear bro!

Assalamualaikum, saya selaku wakil dari ahli keluarga Haji Junaidi di Kg Masin ingin memanjatkan doa kusyukuran dan ingin mengucapkan tahniah kepada anak, adik dan juga abang kami, Ahmad Rusyaidi bin Haji Junaidi atas kejayaannya dalam memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SSRU iaitu Gred 1 Aggregate 8. Pesanan daripada semua ahli keluarga di kg masin, syabas bang dan selamat berjaya dalam apa jua exam yang bakal di hadapi di tahun2 yang akan datang, rajin2 belajar dan yang paling penting, jangan tinggal solat dan berdoa lah kepada Allah S.W.T agar semua usaha dan ilmu yang di tuntut selama ani di berkati olehNya jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Love from Bapa, Babu, Kaka n Syidah. =)

Gara - Gara Hj Johari HO - siri 2

Lanjutan kepada nukilan yang lalu bertajuk "gara-gara Hj Johari HO" yang diikuti lagi oleh penulis Jester , maka jelaslah sudah bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh" bagi meleraikan isu tali persaudaraan yang begitu lama sejak tahun 70-an lagi diantara Hj Johari HO dan Hj Abdul Ghani HO.

Detik pertemuan yang klassik disaat Hj Abdul Ghani HO meraikan ulang tahun ke 58 merupakan anugerah tuhan yang sangat tinggi nilainya apatah lagi isu tali persaudaraan ini memakan masa begitu lama. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang mempertemukan dua saudara kandung yang merindui sekian lama seperti dalam siri "Jejak Kasih" dalam siaran TV3 satu ketika dulu.

Potret dua bersaudara kandung ini yang diabadikan anak kandung dan anak saudara mereka Jester menjadi bukti yang kukuh yang tidak dapat dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dikalangan masyarakat setempat. Mudah-mudahanlah isu atau kemelut yang berpanjangan akan selesai dalam waktu terdekat supaya jangan lagi ada keraguan yang timbul dimasa akan datang.

Detik pertemuan yang samada dirancang atau tidak, atau apakah ia merupakan suratan atau kebetulan bukanlah menjadi soal pokok malah apa yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan, segala persoalan sudah pun terjawab. Semogalah tali persaudaraan dua beradik kandung ini bertambah kukuh dan dikurniakan kehidupan aman, sejahtera dan sihat walafiat dalam lindungan Allah SWT.. Amin.

Temasya Hari Keluarga - Versi Puda - Bahagian II

Seterusnya permainan dilanjutkan dengan penyertaan peserta lelaki dalam acara memilih dan menamakan rempah.
Waduh......rupa-rupanya masih ada yang tidak mengenali jenis rempah seperti bunga lawang, cengkih, kacang kuda dan sebagainya!! Terciptalah nama-nama rempah yang baharu seperti "bunga karing", "cengala", "kacang putih" dan entah apa lagi yang ditulis durang ane???

Kemudian permainan diteruskan lagi dengan acara perlumbaan berlari menuju belakang (back sprint). Ramai peserta kanak ikutserta dalam acara ini, tetapi terdapat juga jagau-jagau seperti Jester dan Haji Can7ona serta Bibeh dalam acara ini!!!


Acara yang paling popular pada hari tersebut ialah acara berpasangan mengenakan (memakaikan) tudung dan sinjang. Lihatlah gelagat peserta lelaki dengan kreativiti masing-masing memasang tudung ke atas pasangan perempuan dan pihak perempuan pula memasangkan kain sinjang ke atas pasangan lelaki masing-masing.

Salam hormat - Puda

Detik pertemuan kembali


Cerita kali ini merujuk kepada cerita PATNO yang lalu tentang dua orang adik beradik kembar, Hj Johari H.O. dan Hj Abdul Ghani H.O. Setelah sekian lama berpisah, ditakdirkan bertemu kembali pada malam ini. Peluang keemasan tidak dilepaskan begitu sahaja. Anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani sempat merakamkan detik pertemuan ini dengan mengambil potret yang berharga yang dipaparkan diatas. Memang wajarlah potret ini diambil oleh anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani ini kerana ia juga dikenali dulu dengan nama samarannya "H.O." hehehe



Happy Birthday Pa! What a nice present! ;-)

Temasya Hari Keluarga - Versi Puda

Awda telah puas menatap gambar-gambar yang dititipkan oleh Anih dalam dua entri laman blog ini secara berturut-turut - gambar-gambar yang diabadikan semasa Temasya Hari Keluarga yang berlangsung pada hari Ahad lalu, 25hb Januari, 2009.

Pada kesempatan keluaran blog kali ini, Puda sukacita mengambil kesempatan untuk mempaparkan beberapa potret wajah ahli-ahli keluarga Haji Awang Omar & Hajah Siti Aminah semasa Temasya tersebut dan kesemua lakaran potret wajah ini telah diilhamkan oleh Dani.

Aturcara pertama pada pagi tersebut adalah senam aerobik "Poco-Poco" dan saksikanlah gelagat masing-masing semasa melakukan senaman tersebut:




Sebelum acara utama permainan (games) dijalankan, terlebih dahulu bacaan doa selamat telah disampaikan oleh Uwa Haji Noorkaseh.


Kata-kata aluan juga telah disampaikan oleh salah seorang Penaung di dalam Jawatankuasa Penyelenggara Temasya tersebut.


Setelah itu baharulah acara permainan dimulakan. Permainan pertama adalah peraduan lumba lari "wheelbarrow". Saksikan aksi masing-masing peserta dalam acara ini:


Gambar-gambar dalam acara-acara seterusnya akan dimuatkan dalam posting yang akan datang.

Salam hormat - Puda

Happening dates