Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Tahukah Awda? - Merantau ke Malaysia

Tahukah Awda bahawa pada tahun 1972, Awang Mohd Zaini bin Haji Awang Omar telah   berhijrah dari Singapura ke Shah Alam, Selangor, Malaysia untuk meneruskan pengajian beliau atas biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam. Beliau telah menamatkan persekolahan menengah beliau di Singapura pada tahun 1971 dan telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (Cambridge Higher School Certificate). Malangnya keputusan peperiksaan beliau tidak memenuhi syarat kelayakan untuk kemasukan mana-mana universiti pada ketika itu. Tanpa berputus asa, beliau membuat pilihan alternatif untuk memasuki Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali dengan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam Selangor bagi mengikuti kursus Diploma dalam bidang kejuruteraan. Beliau bernasib baik kerana dapat diterima terus ke tahun kedua dalam kursus tersebut oleh kerana sebelum itu beliau telah menamatkan persekolahan menengah pada peringkat Higher School Certificate.


Semasa dalam pengajian di ITM, Awang Mohd Zaini sempat berinteraksi dengan penuntut-penuntut Brunei yang lainnya, sama ada yang sama-sama menuntut di ITM, atau mereka yang mengikuti kursus di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika itu. Di antara sahabat akrab beliau ketika itu termasuklah tokoh-tokoh pemimpin Brunei pada masa ini iaitu Yang Berhormat Menteri Perhubungan, bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, bekas Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam dan ramai lagi.

Mohd Zaini bersama dengan Metassan Momin (Dato Paduka Haji Metassan bin Momin, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)


Mohd Zaini bersama dengan Ismail Duraman (Dato Paduka Dr. Haji Ismail bin Duraman, mantan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam)


Mohd. Zaini dan Mahadi Wasli (Dato Paduka Awang Mahadi bin Wasli, Duta Besar Negara Brunei Darusalam ke salah sebuah negara sahabat)


Awang Mohd Zaini bersama-sama dengan Alidin Othman (Dato Paduka Haji Alidin - mantan Pengarah RTB, mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan sekarang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Gambar diambil ketika bersiar-siar di sebuah pantai di Semenanjung Malaysia


Dari kiri: Dato Paduka Haji Alidin Othman, Dato Paduka Haji Metussin Omar, YDM Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abd. Ghani, Datin Hajah Norhayati Abu Bakar (isteri YDM Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani Haji Ibrahim), Datin Paduka Hajah Jahrah binti Mohammad (isteri YB Pehin Dato Haji Abu Bakar Haji Apong), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong, Haji Mohd Zaini Haji Awang Omar


Gambar menunjukkan Abu Bakar Apong (Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan) bersama Abd Ghani Pehin Dato Haji Abd. Rahim (Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abd Ghani - yang biasa kami panggil dengan nama akrab "Tangahnya", mantan Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah).



Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah s.w.t. sahaja yang dapat menentukan sesuatu kejadian. Apabila Awang Mohd Zaini sudah berada di tahun ketiga dalam kursus Diploma Kejuruteraan yang diikutinya, terdapat sedikit kekecohan dalam hubungan politik dan diplomatik di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Brunei Darussalam ketika itu (di sekitar tahun 1973). Pergeseran hubungan politik ini mengakibatkan terjadinya penarikan kembali/pulang semua penuntut-penuntut Brunei yang menuntut di seluruh Malaysia atas biasiswa kerajaan, termasuklah Awang Mohd Zaini yang diarahkan untuk kembali ke Brunei pada penghujung tahun 1973.


Mujur juga, setelah kembali ke Brunei, Awang Mohd Zaini telah ditawarkan biasiswa oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd untuk meneruskan pengajian ke United Kingdom bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di City of Leicester Polytechnic. Awang Mohd Zaini telah berangkat ke United Kingdom pada tahun 1974.



Salam hormat - Puda

2 comments:

Anonymous said...

Puda, lapas raya ani, kembalikanlah saat gemilang kita atu (and by that I mean badan fit atu!) hehehe

Pamit-Puda said...

Insya Allah. Terpaksa tah rajin ke Tasek ni, jogging bah.

Happening dates