Pada tahun ini keluarga Omar-Aminah dengan izin Allah akan mengadakan lagi satu temasya hari keluarga yang akan diadakan pada bulan Jun 2010. Dalam sama-sama memeriahkan hari tersebut, beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyelenggarakan temasya tersebut. Pelbagai acara akan disediakan dan pihak jawatankuasa "induk" ingin menjemput ahli keluarga dan seterusnya menjadi ahli dalam komiti-komiti yang akan disenaraikan.
Jawatankuasa yang akan ditubuhkan adalah saperti berikut:
1. Jawatankuasa Permakanan
2. Jawatankuasa Hadiah
3. Jawatankuasa Permainan
4. Jawatankuasa Pengangkutan dan Kelengkapan
5. Bendahari
Disamping jawatankuasa yang tersebut diatas, ada lantikan berasingan juga akan diumumkan saperti "Master of Ceremony", Penasihat, Hakim-hakim dan sebagainya.
Olih yang demikian, Jawatankuasa "induk" adalah dengan ini mengalu2 kan seluruh keluarga untuk mencalonkan nama-nama bagi jawatankuasa yang bersesuaian. Satu mesyuarat akan diadakan bagi mengesahkan pencalonan serta menerangkan tugas dan tanggungjawab setiap jawatankuasa. Saperti tahun lepas, tugas dan tanggungjawab adalah mempunyai format yang sama, dan sebarang pertukaran dan tambahan akan diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Tarikh, masa dan tempat mesyurarat akan diumumkan kemudian.
Usulan saperti tarikh dan tempat temasya hari keluarga adalah juga dialu-alukan sebagai persediaan dan akan diambil kira dalam mesyuarat yang akan diadakan. Untuk pengetahuan cuti sekolah pada bulan Jun 2010 adalah bermula dari 4hb Jun hingga 20hb Jun 2010.
Semua pencalonan, usulan, pertanyaan dan sebagainya hendaklah disalurkan melalui blog ini supaya semua ahli keluarga akan dapat informasi yang lengkap mengenai sebarang perkembangan.
Pihak kami tidak lupa mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli keluarga atas sokongan dan dokongan yang akan sumbangkan itu nanti dalam sama-sama untuk menjayakan temasya hari keluarga bagi kali-2 Omar-Aminah ini.
No comments:
Post a Comment