Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Juara Biggest Loser Musim ke 2



Helloooooo dan Salam mesre semue!!!!!

Sempene Tahun Baru 2013 yang akan menjelang ini Hamdi O Kilau ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepade semue kaum keluarge yang di sayangi.

Semoga Tahun baru ini akan membawe kebahagiaan and keberkatan untuk kite sekeluarga. Amin.


 Okay! Dikesempatan ini Hamdi O Kilau juge ingin mengumumkan pembukaan resmi Juare Biggest Loser Musim ke 2!


Kalau berat badan kite rasanye asyik meningkat kebelakangan ini, nah alangkah tepat waktunye kite melancarkan program Juare ini.

Mari kite tingkatkan usehe demi kesihatan kite sekeluarge. Jom!


Details:

Period:
1st January until 31st March 2013
(3 months)

Method of measurement:
Total % loss = Total % loss in weight + Total % loss in fat

Winners will be selected based on the highest Total % loss.

Open to all family members.

Date of launching weigh-in will be announced separately.
(Sesi makan lagi ni usulnya)


Attractive prizes await!
List to be updated. But think along the lines of iPad mini... (Is that right Pa Iring?)


Hadiah bonus:
Persembahan Dangdut dari Hamdi O Kilau!


Menyarung cincin, menyantun kasih


Hati ibu mana yang tidak menyentak, jantung ibu mana yang tidak berdegup. Dihadapannya tercegat seorang gadis genit dan ayu. Sebentar lagi, akan rasmilah gadis tersebut menjadi tunangan anak lelaki kesayangannya. Saat saat sebegini memang amat mendebarkan. Perasaan gembira dan sayu berbaur dan bergelojak dalam benak fikirannya. Gembira kerana bakal mendapatkan seorang anak menantu gadis yang jelita dan menawan. Sayu kerana melepaskan anak yang bakal berdikari membina rumahtangganya sendiri.

Dengan penuh redha dan pasrah, beliau menghampiri gadis bakal menantunya dan dengan penuh tertib dan takzim, beliau menyarungkan cincin tanda pertunangan ke jari manis gadis tersebut. Maka rasmilah sudah gadis idaman anak lelaki beliau itu menjadi tunangannya. Dan mereka pun berpelukan mesra, mensyukuri peristiwa yang penuh bermakna.

Kepala Pahawai - menjunjung gangsa

Tentu ramai yang tidak sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh anak-anak muda yang secara suka rela bersedia untuk menghulurkan khidmat bakti mereka membantu mengangkat dan menjunjung gangsa-gangsa hantaran dalam sesuatu majlis berpesuruh atau pertunangan. Ketertiban dan kemanisan tingkah laku mereka semasa menjalankan peranan dalam majlis tersebut setentunya akan menambahkan seri lagi majlis yang berkenaan. Semasa majlis berpesuruh bagi Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abdul Ghani pada hari Ahad, 22hb. Julai 2011 yang lalu, Pa Basai Jo telah memberi penghormatan kepada Awang Ahmad Alween bin Haji Mazanan (Awiee) sebagai Ketua Pahawai dalam kumpulan Pengangkat Gangsa Hantaran. Tahniah Awiee, kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggung jawab yang berat dan mustahak itu!!!










Salam hormat - PUDA


Majlis Pertunangan Bee Aye dan Raimie



Syukur
alhamdulillah kita bertemu lagi dalam ruangan blog keluarga Tuk Minah ini setelah sekian lama mendiamkan dirinya buat beberapa bulan. Kemunculannya kali ini membawa berita gembira dan suasana meriah dan keraian. Apa tidaknya, semalam hari Ahad, 22 haribulan Julai, 2011 adalah hari bermakna bagi cucunda Hajah Aminah iaitu Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abd Ghani yang telah selamat mengikat tali pertunangannnya dengan Dayang Raimie Hebriyah binti Haji Ibrahim. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bee Aye dan Raimie dan semoga lekas-lekas tah menjamu nasi minyak untuk kami semua!!!!

Puda telah diberi penghormatan oleh Pa Basai Jo untuk mengepalai rombongan berpesuruh pihak lelaki dan seterusnya menjadi jurucakap pihak lelaki di dalam majlis tersebut. Sebagai kenang-kenangan dan menjadi ristaan kepada anak cucu katani kemudian hari, maka Puda perturunkan sedikit cebisan perbualan Puda semasa majlis berpesuruh tersebut:-

Pembuka Mulut

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Assalatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiai Walmursalin Sayyidina Muhammadin Waala Alihi Wa'ashabihi Ajmain.

Sebelum abis hamba membuka kata menyampaikan hasrat dan hajat, sebagaimana yang telah disepakati pada perundingan keluarga yang telah lalu, ada baiknya abis hamba menyampaikan terlebih dahulu hantaran pembuka mulut berupa wang tunai $100.00 dan sebentuk cincin .

Menyampaikan Hajat

Alhamdulillah, tanda pembuka mulut sudah diterima. Abis hamba panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya jua, katani semua dapat berkumpul pada petang ani bagi suatu majlis yang penuh berkebajikan. Dan abis hamba iringi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur dan setia hingga ke akhir zaman..

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

Pertama-tama, bagi mewakili kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang Omar dan isteri beliau, Dayang Hajah Maznah binti Haji Talip, hamba sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Awang Haji Ibrahim bin Haji Jamudin dan isteri serta keluarga kerana berkesudian menerima dan memberikan layanan penuh mesra kepada rombongan kami pada petang ini. Amat jarang sekali abis hamba datang berkunjung ke rumah Awang Haji Ibrahim ani, dan pada petang ani dengan bertawakkal kepada Allah Subhanahu Wataala, abis hamba karih-karihi jua berkunjung ke mari kerana memang abis hamba membawa hajat yang besar.

Bak kata pantun melayu:

Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harapan kami bukan sedikit
Sebanyak rambut atas kepala

Cantik memanjat si pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman

Hamba ingin menyampaikan hajat kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang Omar dan isteri yang mana mereka ini ingin menyerahkan anak lelakinya yang bernama Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abd Ghani, siapa yang telah menyatakan hasrat beliau untuk berhajat kepada anak perempuan Awang Haji Ibrahim bin Haji Jamudin yang bernama Dayang Raimie Hebriyah binti Haji Ibrahim untuk dijadikan beliau sebagai pasangan hidup.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perundingan awal yang lalu, maka abis hamba ingin menyerahkan hantaran tanda bertunang iaitu sebentuk cincin dan wang tunai $100.00 sebagai memenuhi permintaan pihak keluarga perempuan.

Demikian disampaikan hajat abis hamba sekelian.


Salam Muhibbah dari InfOmars

Begitu lama tidak kedengaran berita apa pun di ruang blog ini. Kelihatannya semua ahli keluarga Omar-Aminah membungkamkan diri masing-masing seolah-olah tiada bahan pun yang menarik untuk dikongsikan. Mungkin jua masing-masing asyik dengan gelagat di FACEBOOK sehingga terlupa untuk memuat sesuatu di ruang blog ini.

PUDA masa ini berada di salah sebuah makmal komputer di Pejabat InfOmars Training & Technology Solutions, satu-satunya syarikat atas nama keluarga Haji Awang Omar. Semalam seorang cucu Haji Awang Omar iaitu Awang Unagiboy mencuba nasib beliau untuk mendapatkan pekerjaan sementara (placement) di syarikat ini bagi menimba pengalaman suasana bekerja di sebuah syarikat persendirian. Peluang seperti ini sepatutnya tidak diberikan secara percuma sahaja - ianya memerlukan pelamar pekerjaan untuk ditemuduga terlebih dahulu dan mereka dikehendakki membuat presentasi mengenai suatu topik yang disediakan.

Prosedur ini tidak terkecuali untuk diikuti oleh Unagiboy. Setelah ditemuduga oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah InfOmars, beliau seterusnya dikehendakki menyediakan sebuah presentasi dengan menggunakan perisian POWERPOINT mengenai satu tajuk "DIRI SAYA". Sessi penyampaiannya dinilai oleh pegawai-pegawai kanan InfOmars termasuklah Ketua Jabatan Sumber Manusia, Ketua Jabatan Akaun dan Pentadbiran dan Ketua Jabatan Latihan dan Perancangan.

Maka dengan rasa sedikit gementar, Awang Unagiboy pun berdiri di hadapan sebuah kelas makmal komputer dan memulakan presentasi beliau dengan mendahului ucapan assalamu alaikum warahmatullahi wabarkatuh. Kemudian beliau memberikan 'overview' perkara-perkara yang akan disentuhnya dalam penyampaiannya termasuklah mengenai keluarga beliau, tempat tinggal beliau (yang mana beliau pernah berpindah randah sebanyak tiga kali dalam jangka waktu dua tiga bulan), kegemaran (hobbies) beliau, dan akhir sekali mengenai makanan kegemaran beliau. Pada keseluruhannya, Unagiboy mengambil masa 5 minit untuk membuat presentasi tersebut dan daripada keseluruhan masa itu, beliau mengambil masa 4 minit untuk menceritakan masakan kegemaran beliau. Barangkali topik "makanan" sahajalah yang beliau ketahui sementara topik-topik yang lain itu tidak mendapat perhatian beliau yang sewajarnya!!!!

Awda tentu dapat meneka apa kesudahan daripada hasil temuduga dan ujian presentasi ini!!


Sekian buat coretan kali ini dan sehingga berjumpa dikesempatan akan datang.......salam hormat dari PUDA.

Sekerat cebisan di ambang Zulhijjah


Bulan Syawal sudah beberapa hari berlalu. Kini kita sudah melangkah ke bulan Zulkaedah dan dalam beberapa hari lagi, mulalah jemaah-jemaah haji kita berangkat berduyun-duyun menuju ke kota suci Mekah dan kota Madinah al-Munawwarah bagi menyempurnakan ibadah haji - rukun Islam kelima.

Tidak semudah itu untuk terpilih menerima jemputan menjadi Tetamu Allah di rumahNya Baitullahil Haram. Sering dinyatakan menunaikan fardu haji secara holistiknya adalah satu jemputan istimewanya. Terlampau ramai yang ingin pergi tetapi terhalang dengan pelbagai sebab dan kejadian. Sehinggakan ada sebahagian daripada mereka yang sudah mempunyai passport dan gelang haji terpaksa ditangguhkan pemergian. Ada juga kes, secara tiba-tiba tergerak hati, isi borang, buat rayuan dan seterusnya tiba di Tanah Suci menunaikan fardu haji. Benar, ia adalah satu jemputan dari Tuan Rumah, Pencipta yang Maha Agung. Dalam kebanyakan kes, ia kelihatan dirancang, mengikut jadual dan tanpa sebarang 'kecoh-kecoh' yang luar biasa.

Pertimbangkan kisah berikut yang dipetik dari buku 'Travelog Haji' tulisan Professor Muhd Kamil Ibrahim mengenai rakan beliau, Dato XYZ yang menceritakan:

"Dulu saya tidak memahami atau tidak ambil kisah apabila orang menyatakan yang menunaikan fardu haji hanya boleh berlaku atas jemputan Allah. Saya fikir ia semudah cari duit, daftar Tabung Haji dan pergi."

"Pengajaran yang saya peroleh cukup hebat. Tahun 2004, saya menerima kad jemputan dari King of Saudi untuk mengikuti rombongan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menunaikan fardu haji. Tidak perlu VISA. Segala-galanya kelihatan istimewa. Saya kabarkan kepada hampir semua orang dengan bangganya bahawa yang saya akan pergi atas jemputan Raja."

"Kumpulan kami adalah seramai 12 orang, terdiri daripada mereka berkedudukan tinggi dalam dunia korporat, berkuasa dan hampir boleh melakukan 'apa saja'. Kami pergi secara berasingan daripada rombongan utama dan tiba sehari dua sebelum waktu wuquf."

"Ringkaskan cerita, hari wuquf telah diawalkan sehari dan apabila kami tiba terdapat pelbagai masalah di lapangan terbang (masalah yang tidak sepatutnya berlaku). Kami terpaksa bermalam di Golden Lounge dan terlepas hari Wuquf. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membenarkan kami memasuki Makkah. Tetapi hampa."

"Pada ketika ini, barulah kami sedar betapa kerdilnya kami di sisi Allah. Undangan dari King of Saudi tidak dapat menyelamatkan keadaan. Kehebatan kami di dunia tidak bererti langsung. Masing-masing terasa hina dan malu untuk pulang ke Malaysia. Lalu kami menyimpang ke Mesir dan berehat selama 7 hari di sana, 'melakukan tawaf di piramid."

Syukur Alhamdulillah, bagi mereka yang reda dan beruntung terpilih untuk menjadi Tetamu Allah di musim haji tahun ini, kita panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar mereka kesemuanya mendapat petunjuk dan hidayah serta perlindungan daripada Allah swt yang maha Pengampun lagi Penyayang dan semoga segala urusan dan perjalanan ibadah haji mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Di kesempatan ini jua, seluruh warga kerabat Haji Awang Omar/Hajah Siti Aminah ingin mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada anakda/cucunda Awang Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh dan isteri beliau, Dayang Hajah Zaleha binti Haji Yahya dan semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat kembali ke tanah air dengan mendapat haji yang mabrur. Amin, ya Rabb...........

Allah berfirman dalam surah al Hajj, ayat 27, yang mafhumnya, "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah (Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."



Salam hormat - PUDA

Classic Hamdi moment - Family Day 2010

Jerry dan Dani hairan mengapa lain yang disuruh, lain yang dibuat.
Zunnur cuba memproses aksi Hamdi.

Plaza Mayor

Pengembaraan berjalan kaki di sekitar kota Madrid pada hari kedua disudahi dengan kunjungan ke Dataran Mayor (Plaza Mayor). Sebuah dataran yang amat unik, berketerampilan dengan nilai senibina yang menakjubkan, melambangkan kekayaan budaya Madrid-Baroque yang terkenal dengan seni arkitek yang bermutu dan indah.



Plaza Mayor adalah satu dataran yang dibina oleh Philip III bagi mengukuhkan lagi prestij dan keterampilan pemerintahan baginda. Komisyen kerja-kerja pembinaannya telah diserahkan kepada Juan Gomez de Mora dan pembinaannya bermula pada tahun 1617 dan siap dua tahun kemudian. Dataran ini sekarang mengandungi 136 rumah dan 437 'balconies' yang boleh memuatkan sehingga 50,000 orang bagi menyaksikan berbagai perayaan dan 'festivities' yang sering berlangsung di sini seperti: pertarungan dengan lembu jantan (bullfights), perkahwinan diraja, proklamasi diraja dan sebagainya.



Menikmati keajaiban dan keunikan Plaza Mayor


Tugu tembaga (bronze statute) Philip III, pengasas kepada Plaza Mayor




Tugu Philip III berlatar belakangkan bangunan bekas Casa de la Panaderia


Plaza Mayor, pemandangan dari udara


Sedikit catatan sejarah mengenai Plaza Mayor:

Plaza Mayor, Madrid

The Plaza Mayor was built during the Habsburg period and is a central plaza in the city of Madrid, Spain. It is located only a few blocks away from another famous plaza, the Puerta del Sol. The Plaza Mayor is rectangular in shape, measuring 129 by 94 meters, and is surrounded by three-story residential buildings having 237 balconies facing the Plaza. It has a total of nine entranceways. The Casa de la Panadería, serving municipal and cultural functions, dominates the Plaza Mayor.

History

The Plaza Mayor as it appeared in the late 19th century.

The origins of the Plaza go back to 1589 when Philip II of Spain asked Juan de Herrera, a renowned Renaissance architect, to discuss a plan to remodel the busy and chaotic area of the old Plaza del Arrabal. Juan de Herrera was the architect who designed the first project in 1581 to remodel the old Plaza del Arrabal but construction didn't start until 1617, during Philip III's reign. The king asked Juan Gomez de Mora to continue with the project, and he finished the porticoes in 1619. Nevertheless, the Plaza Mayor as we know it today is the work of the architect Juan de Villanueva who was entrusted with its reconstruction in 1790 after a spate of big fires.Giambologna's equestrian statue of Philip III dates to 1616, but it was not placed in the center of the square until 1848. If you look around today you can still see the blood on the walls from some of the bull fights held in earlier years.

Names

Plaza Mayor's painted façades

The name of the plaza has changed over time. Originally it was called the "Plaza del Arrabal" but became known as the "Plaza Mayor".

In 1812, following a decree all the major plazas of Spain were renamed "Plaza de la Constitución", in honour of the Constitution of 1812. The plaza had this name until the restoration of the Borbón king in 1814 when it became known as the "Plaza Real". The plaza once again held the name "Plaza de la Constitución" in the periods from 1820 to 1823, 1833 to 1835, and 1840 to 1843.

In 1873, the name changed to "Plaza de la República", and then back to "Plaza de la Constitución" from the restoration of Alfonso XII in 1876 to the dictatorship of Primo de Rivera in 1922. A proclamation of the Second Spanish Republic gave the plaza the name of "Plaza de la Constitución" until the end of the Spanish Civil War when the plaza was renamed the "Plaza Mayor," the name it bears to date.

Uses

1683 painting by Francisco Ricci of anAuto de Fe in the Plaza Mayor on June 30, 1680

The Plaza Mayor has been the scene of multitudinous events: markets, bullfights, soccer games, public executions, and, during the Spanish Inquistion, "autos de fe" against supposed heretics and the executions of those condemned to death. The Plaza Mayor also has a ring of old and traditional shops and cafes under its porticoes. Celebrations for San Isidro, patron saint of Madrid, are also held here. The Plaza Mayor is now a major tourist attraction, visited by thousands of tourists a year.



Salam hormat - PUDA

Seronoknya menjamu selera di Pasar San Miguel!!

Pengembaraan berjalan kaki di kota Madrid diteruskan lagi dengan beredar dari kawasan Istana Diraja menuju ke kawasan Dataran Mayor melalui jalan utama Calle de la Villa dan Calle de Mayor. Kawasan ini lebih dikenali dengan panggilan "Madrid of the Austrias" kerana ia merupakan pusat nadi (nerve centre) masyarakat di kurun ke 17 dan terdapat bangunan-bangunan peninggalan sejarah di kurun tersebut yang masih terpelihara di sini, senibina yang melambangkan sosok atau karakteristik budaya Madrid-Baroque.

Kami singgah dahulu ke sebuah pasar yang amat unik dan menarik perhatian kami iaitu Pasar San Miguel (Mercado de San Miguel).
Pasar ini cukup menarik perhatian kami kerana di dalamnya terdapat banyak bangku-bangku (stalls) yang menyajikan berbagai makanan laut yang kami gemari. Dalam keadaan perut kami yang agak lapar, peluang keemasan seperti ini setentunya tidak dilepaskan begitu sahaja. Apa lagi, awda boleh mengagak adegan-adegan apa yang dilakonkan oleh lima orang jelama dari Brunei ani!!! Saksikan gelagat mereka seperti yang tertera dalam gambar-gambar berikut.........
Berbagai stalls yang menyajikan berjenis makanan


Caviar and unagi on bread...............sssllllurp.........


Udang......anyone??


Jual ubat atau makanan kah ni?


Bibeh masih lagi merenung-renung makanan pilihannya..........






Nampaknya ada sudah yang berkenan di hati tu Beh!


Sedang asyik menkmati kelazatan potato chips yang digoreng dengan minyak zaiton


Ketiga-tiga orang jelama ani tau me....ngap saja. Nyaman kah????...........

Ketika menemui stall yang menyajikan makanan laut oyster, agak ketara tabiat Zayani, Zati dan Bibeh yang 'rangka'. Perhatikanlah gelagat mereka yang begitu gelojoh menghirup hidangan oyster yang mentah.................






Dan kumpulan ini lain pula gelagat mereka apabila bersua dengan hidangan sayuran dalam 'hot pot'....................








Setelah perut kenyang, masing-masing beredar keluar dipekarangan bangunan pasar sambil menikmati udara petang di kota Madrid............






Sedikit catatan sejarah Mercado de San Miquel:


San Miguel Market

El Mercado de San Miguel, located on the square of the same name, near the Plaza Mayor of Madrid ( Spain ) is a market of private ownership as the most remarkable feature is that it preserves the original structure of iron in the early twentieth century . It has two floors and an area of 1,200 square meters.

Content

[ocultar]

[ edit ]History

It was built between 1913 and 1916 under the supervision of the architect Alfonso Díez Dubé and inspired by other European markets made iron style of The Les Halles . However, their business is much earlier, as its location was formerly a food market outside.

Originally, the site occupied by the market was the site of the parish church of San Miguel de octo, where he was named Lope de Vega . While it is not known if the building was the original, the parish already existed in the early thirteenth century, as discussed in the forum of Madrid in 1202. The entire area, including the temple was razed by a terrible fire in 1790 . Despite being upgraded, its status remained a concern, so much so that in 1804 Juan de Villanueva recommended its demolition. The demolition took place on November 28th of 1809 by order of King José I Bonaparte , in his policy of opening up spaces in the town of Madrid. The site became a public square in which it held a market of perishable products , to what they were rows of wooden crates and stalls. The economist and was once governor of Madrid, D. Pascual Madoz , in his Geographical Dictionary, Historical Statistics of Spain-asserted in 1847 that the street market welcomed one hundred twenty-eight drawers and eighty-eight stalls.

During the second half of the nineteenth century began to break through hygienic and functional ideas of city planners, physicians and scientists who sought to remedy the problems of filth and unhealthiness of street markets. The journalist and writer Madrid Ramón de Mesonero Romans (1803-1882), master of custom items , reflected in many writings of the plight of the squares of the time. Furthermore, another serious problem caused by interfering with the growing traffic andpedestrians in the capital, as the markets were attracting new sellers and buyers who were scattered by the surrounding streets. Already in 1835 the architect Joaquín Henri designed a project that would appear in the Journal of Notices of Madrid , of which only came to build the front cover to hide the drawers of the market stalls of sight of passersby. However, not until the 1870s when the city starts building covered markets, of which at the end of the century and there were four, all with iron structure. These were the markets Mostenses (built in 1875), Barley (1875), Chamberí (1876) and Peace (1882). Despite the construction of these new markets, there was still not sufficient to meet the demand of a growing city, so there remained open-air markets in the public squares.

El Mercado de San Miguel was inaugurated on May 13th of 1916 . It was built in two phases (the first completed in 1914) not to disrupt the commercial operation of the market. Its most characteristic are the linchpins of cast iron structure, the composition of the decks , the drainage system and the crest ceramic crown cover. The cost of the work was three hundred thousand pesetas. The exterior glazing is later. San Miguel is the only show of its kind in the city remains the so-called iron architecture , as all covered market built in the last third of the nineteenth century were demolished and, in general, replaced by new constructions.

News

In 1999 the Community of Madrid discussed with European funds and the traders themselves remodeling which amounted to 150 million pesetas and the market returned to its original appearance. However, his business was withering away because their facilities could not compete against modern supermarkets andshopping centers .

To avoid death, a group of individuals with interests architectural, gastronomic and belonging to different cultural and social contexts have shaped the society:The Gourmet of San Miguel, the current majority owner of the market. Its aim is to revive and enhance its traditional business by creating a market with reference to the La Boqueria in Barcelona, with a focus on offering high quality products, seasonal food , counseling Dining chance to try something that will be part of the shopping cart, eating or taking time pecking, with the advantage of flexible hours. Giving new life into the gastronomy of Madrid , Spanish and even internationally. In addition, El Gastródomo San Miguel wants to be part of the agenda by events in Madrid in different activities related to recreation and culture, helping to revitalize the old capital.


It's quite a challenge: to revive the traditional market, the daily shopping, with the advantages of the XXI century. On May 13 of 2009 reopened its doors.



Salam hormat - PUDA


Happening dates