Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Puda sekeluarga sukacita menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri - Minal Aidin Wal Faizin, Maaf Zahir Batin kepada Muhammad Zayani dan Bee Aye yang meraikan Hari Raya Aidilfitri mulai hari ini, Selasa 30hb September, 2008 masing-masing di Liverpool dan Newcastle, UK.

Ucapan yang sama ditujukan kepada Muhammad Zunnurain yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri mulai esok, 1hb Oktober, 2008 di Brisbane, Australia.

Kepada seluruh kaum keluarga katani di Brunei Darussalam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri mulai hari Khamis, 2hb Oktober, 2008, kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN dan abis kita semua dijemput ke "Rumah Terbuka" kami pada hari Sabtu, 4hb Oktober, 2008.

Salam Aidilfitri - Puda

Moon sighting

Alhamdulillah, the result of the moon sighting in Brunei to determine the beginning of Syawal was announced this evening. It seems that the baby moon (anak bulan) Syawal could not be sighted and therefore 1st Syawal will fall on Thursday 2nd October 2008. This will coincide with a family member's birthday. To find out who, please refer to the family calendar ;-)

To Pak Poh, who will celebrate his birthday tomorrow (1st October 2008), happy birthday and may Allah bless. Amin.

To Achum and Zayani in the UK, the Eid celebration has already begun today, Tuesday 30th September 2008. Selamat Hari Raya to both of them.

To all family members, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
May Allah bless our family always. Amin.

Wassalam.

sungkai in singapore (hjh amoy's version)


hj noor kaseh,hjh ehsan,hjh amoy,ahmad and alween also joined hj abd ghani's family for the food trip to singapore.It is the fourth year in running that we went to singapore during ramadhan to enjoy the various foods trademark of singapore and the first trip for both ahmad and alween so you can see how they suffered the extra 1/2 hours fasting.

when the final 5 mins to sungkai, see how the suffering turns to joy with many food we let them chooses.As you can see awie is showing off his famous north beduk nasi lemak while ahmad choose a plate of mee mamak.Us of course opted for sate,sup kambing,mee rebus and otah2.yum yum.


not forgetting the other table where abang and hj zaimi seems to have more food than us (it is also the first puasa trip for them).on their menu was nasi briyani,north beduk nasi lemak,lontong,otah2,rojak and many many many more.


i forgot to mentioned that the week that we went was leading to the F1 race so there were many cars on display all over orchard road.awie and ahmad didn't pass the opportunity to catch some pictures with the cars and the drivers.hahahahaha cut-out actually but looks real though.more pictures is posted on my multiply.

before i end this post i would like to officially announce the name of the new member of the hj mazanan's family.give a big hand to AHMAD HABIB AZHAN HAJI MAZANAN.


Bercerai kasih bertalak tiada

"Bercerai kasih bertalak tiada" - demikian madah dan gurindam Melayu yang amat mengesankan di hati sanubari bagi mengungkapkan rasa rindu yang sangat mendalam. Madah itu dikira, juga sesuai untuk mengungkapkan rasa rindu umat Islam kepada Ramadhan Karim yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Kita mengambil kesempatan mengingatkan diri kita semua betapa pentingnya umat Islam merebut peluang memperkasakan kekuatan ruhiyyah ketika menjalani ibadat berpuasa. Bulan yang mulia ini merupakan madrasah terbaik bagi kita menghayati pengertian dan anjuran Al-Quran, moga dilimpahkan Allah S.W.T dengan keredhaan dan petunjukNya.

Apabila berakhir bulan Ramadhan, menangis wali-wali Allah kerana berpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatganda daripada bulan-bulan yang lainnya. Bulan Allah mudah menerima ampun taubat hamba-hambaNya, bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatulqadar, suatu rahmat dan rahasia yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang solehin, yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun-tahun hadapan, kecuali dipanjangkan umur.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini mempunyai kelebihan yang istimewa sehinggakan Ibnu Abbas pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:


“Jika umatku tahu apa yang terkandung dalam Ramadhan, nescaya mereka ingin sepanjang tahun hendaknya Ramadhan saja.” 


Semoga Allah s.w.t. akan meminjamkan kita umur yang panjang dan kita sempat bersua lagi dengan Ramadhan al-Mubarak di tahun mendatang dan buat sementara itu kita akan terus merindui kedatangannya buat sekian kalinya................... 


Salam hormat - Puda 

Admin notes

Insya-Allah, with hari raya coming up and the various open houses lined-up (open house = foooooddddd!!!), I would like to capture the dates in the family calendar which can be found at the end of the main blog page.

The key dates so far:
  • 1st day raya - Open house @ Tok Minah's residence
  • 2nd day raya - 9 AM Ahmad Habib's Aqiqah @ Hj Mazanan's residence & Open house @ Hj Abd Ghani's residence
  • 3rd day raya - Open house @ Hj Mohd Zaini's residence

To those who wants to put in the new dates, please add in the comment box or the tag board so that I can update the calendar. I've also made sure all the family blog authors have permission to make changes to the calendar. The authors can add birthdays, anniversaries and other key dates. Please give it a try.

Wassalam.

Selamat Pulang Ke Tanah Air



Kita
mengalu-alukan kepulangan seorang cucu Haji Awang Omar dan Hajah Aminah yang telah menyelesaikan pengajian lepas ijazahnya (post-graduate studies) di University of Manchester selama setahun. Haji Mazrul Adini bin Haji Abd Ghani telah selamat sampai ke tanah air semalam, 25hb September 2008. Nah, semakin meriah lah Hari Raya tahun ini dengan kehadiran beliau! Tapi awas, kalau ada hidangan dan juadah hari raya yang sedap-sedap atu, orang lain perlu awal menjamu selera masing-masing dahulu, takut nanti inda ampit. Si Jester ani (nama glamour Haji Mazrul Adini lah tu!!) nampak gayanya begitu "bernafsu makan" masakan tempatan - maklumlah kita pun semua faham, selama 12 bulan yang lepas beliau ni hanya makan fish & chips, kebab, nasi biryani, nasi Cabilly dan lain-lain masakan India dan Arab. Apabila berhadapan dengan hidangan yang memenuhi ketais liurannya atu, waduh....malas kan cakap bah!! Buktinya lihat sahaja gambar di atas yang memaparkan betapa rakusnya beliau memamah steak tulang kambing atu sehinggakan memejamkan mata dan tidak hirau dengan alam sekeliling beliau!!!!!!!

Welcome home Jester and and it is really good to have you around..............

Salam takzim - Puda 

Sungkai in Singapore

Syaza blogging from Singapore



On the way back for Acai Din from the UK, he made a stop over to Singapore for a couple of nights. Upon hearing this, the family consisting of Nenek boy, Nenek girl, Babu and Syaza together with Nenek Hj Zaimi and Nenek Hjh Shidah decided to greet Acai Din in Singapore. It was also a good chance to check out the Ramadhan scene in Singapore (and by that it means shopping and makan!!) Heheh

For Acai Din, this is a chance to make up for lost time. After one year of Indian food, Fish and Chips it was time to switch over to Malay Food! Woohoo!

In one evening, we had Sungkai in a halal Thai restaurant called Nana in Far East Plaza. The must have dish is the Thai Green Curry with beef. It was really good!





On the final night, the family moved to a bigger room in Hotel 81 and decided to have Sungkai in the room itself. With many food stalls just at the hotel doorstep, it turned out to be a frenzy of takeaways! Some even travelled far by taxi to get the desired dishes for sungkai.

One story worth mentioning is the Nasi Lemak from Selera Rasa in Adam Road food centre. This infamous dish was hotly pursued by Babu. Sampai membuat survey arah internet! Mula mula kan membali untuk sahur dimalam tapi tutup kadai atu pukul 9 malam. Memang disappointed lah mula-mula. Supaya tidak rugi traveling all the way to Adam road, membali saja Soto Ayam and Mutton chop. In one word: Wow! The Soto Ayam is another must-taste dish. Rupanya Babu ani termimpi-mimpi nasi lemak yg inda sampai di balinya ani. The next day, tanpa membuang masa, pergi lagi ke Adam road untuk menyampaikan teseliur ani. Alhamdullilah, baik jua sampai. And it indeed lived up to all the hype and the great reviews! Mesti dirasa!

In the Sungkai on the final day, Nenek boy bought another round of Mutton chop and Acai Din turned out having them both for sahur and sungkai!!! Hahaha To top it off, there is even Chilli Crab on the menu.

Here are some pictures. Warning: Viewing during puasa is not advised!

When all the food is put together..


The drinks...


The infamous Nasi Lemak from Selera Rasa





Mutton chop



Singapore Chilli crab



Satay


Delicacies from Bengawan Solo





"Tepunduk" lapas Sungkai hehehe




Tahukah Awda? - Merantau ke Malaysia

Tahukah Awda bahawa pada tahun 1972, Awang Mohd Zaini bin Haji Awang Omar telah   berhijrah dari Singapura ke Shah Alam, Selangor, Malaysia untuk meneruskan pengajian beliau atas biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam. Beliau telah menamatkan persekolahan menengah beliau di Singapura pada tahun 1971 dan telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (Cambridge Higher School Certificate). Malangnya keputusan peperiksaan beliau tidak memenuhi syarat kelayakan untuk kemasukan mana-mana universiti pada ketika itu. Tanpa berputus asa, beliau membuat pilihan alternatif untuk memasuki Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali dengan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam Selangor bagi mengikuti kursus Diploma dalam bidang kejuruteraan. Beliau bernasib baik kerana dapat diterima terus ke tahun kedua dalam kursus tersebut oleh kerana sebelum itu beliau telah menamatkan persekolahan menengah pada peringkat Higher School Certificate.


Semasa dalam pengajian di ITM, Awang Mohd Zaini sempat berinteraksi dengan penuntut-penuntut Brunei yang lainnya, sama ada yang sama-sama menuntut di ITM, atau mereka yang mengikuti kursus di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika itu. Di antara sahabat akrab beliau ketika itu termasuklah tokoh-tokoh pemimpin Brunei pada masa ini iaitu Yang Berhormat Menteri Perhubungan, bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, bekas Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam dan ramai lagi.

Mohd Zaini bersama dengan Metassan Momin (Dato Paduka Haji Metassan bin Momin, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)


Mohd Zaini bersama dengan Ismail Duraman (Dato Paduka Dr. Haji Ismail bin Duraman, mantan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam)


Mohd. Zaini dan Mahadi Wasli (Dato Paduka Awang Mahadi bin Wasli, Duta Besar Negara Brunei Darusalam ke salah sebuah negara sahabat)


Awang Mohd Zaini bersama-sama dengan Alidin Othman (Dato Paduka Haji Alidin - mantan Pengarah RTB, mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan sekarang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Gambar diambil ketika bersiar-siar di sebuah pantai di Semenanjung Malaysia


Dari kiri: Dato Paduka Haji Alidin Othman, Dato Paduka Haji Metussin Omar, YDM Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abd. Ghani, Datin Hajah Norhayati Abu Bakar (isteri YDM Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani Haji Ibrahim), Datin Paduka Hajah Jahrah binti Mohammad (isteri YB Pehin Dato Haji Abu Bakar Haji Apong), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong, Haji Mohd Zaini Haji Awang Omar


Gambar menunjukkan Abu Bakar Apong (Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan) bersama Abd Ghani Pehin Dato Haji Abd. Rahim (Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abd Ghani - yang biasa kami panggil dengan nama akrab "Tangahnya", mantan Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah).



Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah s.w.t. sahaja yang dapat menentukan sesuatu kejadian. Apabila Awang Mohd Zaini sudah berada di tahun ketiga dalam kursus Diploma Kejuruteraan yang diikutinya, terdapat sedikit kekecohan dalam hubungan politik dan diplomatik di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Brunei Darussalam ketika itu (di sekitar tahun 1973). Pergeseran hubungan politik ini mengakibatkan terjadinya penarikan kembali/pulang semua penuntut-penuntut Brunei yang menuntut di seluruh Malaysia atas biasiswa kerajaan, termasuklah Awang Mohd Zaini yang diarahkan untuk kembali ke Brunei pada penghujung tahun 1973.


Mujur juga, setelah kembali ke Brunei, Awang Mohd Zaini telah ditawarkan biasiswa oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd untuk meneruskan pengajian ke United Kingdom bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di City of Leicester Polytechnic. Awang Mohd Zaini telah berangkat ke United Kingdom pada tahun 1974.



Salam hormat - Puda

Meniti ke Permatang Duku, Pontian Johor.....(Bahagian 2)


Di luar pekarangan rumah Tuan Imam kelihatan lengang dan kami terus meletakkan kenderaan kami di kawasan lapang di hadapan dan di sebelah rumah beliau. Setelah memberi salam, kami terus masuk ke beranda rumah beliau dan memang benar, tidak ada pengunjung atau pesakit lain yang berjumpa dengan beliau ketika itu. Setelah berehat sebentar di kawasan beranda rumah, dan tanpa menunggu giliran, kami perlahan-lahan masuk ke ruang hadapan dalam rumah Tuan Imam di mana beliau kebiasaannya menemui dan merawat pesakit-pesakit beliau.


Babu Mabohai adalah pesakit pertama yang beliau rawat dan setelah itu seorang dua ahli keluarga Auntie Hajah Fatimah dari Singapura pula mendapatkan khidmat rawatan dari Tuan Imam. Puda memang berhajat untuk mendapatkan rawatan dari Tuan Imam juga - mahu jua rasanya mendapat rawatan jika terdapat lemak-lemak di saluran pembuluh jantung Puda ini dan manalah tahu dapat disembuhkan atau dikurangkan penyakit sajahan (gout), darah tinggi dan paras kolesterol Puda ini!


Apabila tiba giliran Puda untuk dirawat, Puda duduk berunjur kaki berdekatan dengan Tuan Imam. Setelah menanyakan nama Puda, Tuan Imam terus meletakkan sebilah pisau berserta seulas limau kapas di atas betis Puda dan membuat ‘diagnosis’ apakah gejala-gejala penyakit yang Puda hidapi. Sambil tersenyum Tuan Imam memberitahu Puda bahawa jantung puda dalam keadaan baik (walaupun sedikit berlemak), penyakit ‘gout’ Puda sudah beransur pulih, tekanan darah tinggi Puda hampir ke paras normal tetapi paras kolesterol Puda masih tinggi. Puda dinasihatkan supaya menjaga permakanan Puda (mendapatkan makanan yang seimbang) dan selalu melakukan senaman ringan. Puda meminta Tuan Imam agar dapat mengeluarkan lemak (yang dikatakannya sedikit) dari saluran darah di jantung Puda. Tuan Imam melayan permintaan Puda dan terus berdiri dan menuju ke ruang dapur untuk mendapatkan sebutir telur ayam. Puda dimintanya untuk menggosokkan seulas limau kapas di bahagian dada Puda sebelah kiri dan beliau mengambil telur ayam tadi dan kemudian menggelekkannya beberapa kali di bahagian dada Puda di tempat yang sama. Sejurus selepas itu, Tuan Imam memecahkan telur ayam tersebut ke sebuah piring yang disediakan dan, Masya Allah, kelihatanlah lemak besama-sama pecahan telur tadi!!!




Rawatan yang diberikan oleh Tuan Imam itu amat singkat dan memakan masa tidak lebih 10 minit sahaja. Untuk mempastikan bahawa semua lemak di jantung Puda sudah dibersihkan, Puda meminta Tuan Imam untuk melakukan rawatan “telur ayam” itu sekali lagi. Tuan Imam menurut permintaan Puda dan melakukan rawatan tersebut bagi kali kedua. Kali ini pecahan telur ayam ternyata kelihatan bersih dan tidak mengandungi lemak.


Puda sebenarnya memang mempunyai temujanji dengan Dr. Mani di Klinik Sengkurong setiap lima bulan untuk memantau penyakit ‘gout’, darah tinggi dan paras kolesterol Puda. Sekembali Puda dari Johor, Puda telah menemui Dr. Mani pada 23hb Ogos, 2008 (seminggu sebelum itu contoh darah Puda telah diambil untuk pemeriksaan), dan hasil dari pemeriksaan darah Puda Dr. Mani telah menjelaskan bahawa tekanan darah Puda berada dalam paras normal, ‘uric acid’ juga di paras yang rendah tetapi kolesterol masih dalam paras yang sedikit tinggi dan perlu diawasi. (Ingat - ‘diagnosis’ yang sama diberikan oleh Tuan Imam di Johor!) Puda meminta supaya Dr. Mani menjalankan ujian “ECG” ke atas jantung Puda. Hasil keputusan “ECG’ tersebut menunjukkan carta atau “reading” yang normal dan Dr. Mani mengesahkan bahawa jantung Puda dalam keadaan yang baik. Syukur Alhamdulillah..........


Salam hormat - Puda



NEW MEMBER

we would like to welcome the newest member of the hj mazanan family (hj noor kaseh clan) born on the 16th sept 2008.the new baby boy which has not been named yet weighing at 4.290kg is at the moment called baby po(from the character of kungfu panda).you will understand why we call him that just by looking at the picture.congratulation to abg haji mazanan and ka hjh hira and not forgetting to the older brothers and sisters afeen, ahmad, syaheena and awie.

Ulangtahun Perkahwinan Puda

Hari ini (16 September, 2008) adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-24 tahun -  setahun lagi akan mencapai ulangtahun Jubli Perak. Syukur Alhamdulillah, rumah tangga ini telah terbina dengan kukuh dan penuh harmoni yang mempunyai asas persefahaman, rasa hormat menghormati, rasa tanggung jawab dan sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar mendapat perlindungan dan Inayah Nya jua dan semoga jodoh perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Salam hormat - Puda

Kegiatan di bulan Ramadhan

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadhan al-Mubarak dan diharapkan di sepanjang minggu yang berlalu telah kita isikan dengan amalan-amalan dan kegiatan yang berfaedah dan berkebajikan bagi membantu menyempurnakan lagi Ibadah Puasa kita seperti memperbanyakkan membaca (dan mempelajari) al-Quran, memperbanyak sedekah, melakukan shalatul Lail/Tarawikh dan witir dan  beriktikaf. 

Sudah menjadi kebiasaan, di sepanjang bulan Ramadhan ini, kaum keluarga akan mengadakan majlis bertedarus, majlis khatamal Quran dan majlis bertahlil. Pada hari Sabtu lepas (6hb. September 2008) Puda sempat menghadiri Majlis  Khatamal Quran dan Bertahlil di rumah Pa Basar Haji Mohd. Don di Batu Satu. Pada 9hb September 2008, Majlis yang sama dan diselajurkan dengan Sembahyang Tarawikh berjamaah pula diadakan di rumah Tuan Haji Abd Hamid Haji Jalil di Kampong Manggis. Keesokan harinya, pada 10hb September, Puda dapat pula menghadiri Majlis Khatamal Quran, Bertahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Solat Tarawikh dan Witir, Bacaan Doa Selamat (bagi Ak Muhd Azri yang akan berangkat ke Scotland untuk meneruskan pengajiannya di sana) di rumah Pg Dato Paduka Haji Ismail di Manggis. Pada hari ini, hari Khamis, 11hb September 2008, Puda menerima jemputan pula daripada Tuan Haji Md Salleh bin Haji Jalil di Mata-Mata Gadong yang akan mengadakan Majlis Bertahlil dan Berbuka Puasa di rumah beliau. Puda sendiri akan menganjurkan Majlis Khatamal Quran, Bertahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Solat Tarawikh dan Witir, Bacaan Doa Selamat (bagi Muhammad Zayani yang akan kembali ke Liverpool setelah menghabiskan cuti di Brunei selama lebih tiga bulan) bertempat di rumah Puda di Jerudong pada besok hari, hari Jumat 12hb September, 2008.

Semoga kita semua mendapat rahmat, barakah dan keampunan dari Allah S.W.T. jua, Amin...........Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam takzim - Puda 

Happening dates