Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


family barbeque gathering






earlier today almost all of the hj omar & hjh aminah family gathered at haji noor kaseh's resident for a sumptious barbeque lunch.Its been awhile since we had a gathering as such and hopefully many more during this upcoming puasa and hari raya.

diet,practise puasa or all the usual not gonna eat much reasons were totally thrown out of the window literally speaking.what better way, but to show you the pictures why is it so.photos by ahmad wajdi.

i will like to take this opportunity to wish everybody "SELAMAT BERPUASA"

Ramadhan 1429


Kepada semua kaum keluarga, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semua amalan kita di terima oleh Allah S.W.T. Amin.

Food Fiesta di Ban 5, Kampong Kilanas

Never mind. This is the second posting on the same event of today. 

Begitu bersemangat Puda pagi Ahad ini bagi menyahut jemputan Hajah Amoy yang mengadakan jamuan santai bar-b-q kambing di Kilanas. Keluarga Puda adalah di antara yang paling awal tiba di Ban 5 hari ini; jam 11.40 pagi, sudah selesai meletakkan kereta di petak letak kereta berbumbung di hadapan pekarangan rumah. Kelihatan di beranda bahagian depan rumah, Haji Ajit, Hajah Ehsan, Hajah Amoy dan lain-lain kerabat Haji Noor Kaseh begitu sibuk menyediakan bahan-bahan juadah untuk hidangan. Antara menunya ialah: roasted lamb, bbq lamb chops, ayam, sotong, ikan pari bakar, gandum, chips, spaghetti, baked potatoes, rebus ikan bilis......eh, banyak lagi, inda Puda tasabut lagi.

Bagi mereka yang di Manchester, Brisbane dan KL yang tidak dapat hadir atu, tataplah puas-puas gambar-gambar di bawah ani dan jamulah mata sekenyang-kenyangnya, jangan saja sampai timbul tais liur, hehe........


Puda sekeluarga juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh kaum keluarga baik yang berada di Brunei Darussalam maupun yang merantau di Manchester, Liverpool, Newcastle, Kuala Lumpur dan di mana jua pelusuk dunia ini. Semoga amalan puasa dan segala amal ibadah kita di bulan mubarak ini diterima oleh Allah S.W.T. dan kita semua mendapat rahmat dan keampunan daripadaNya...

Salam takzim - Puda.

A day of Guilt-Free shopping

It's quite well known that this family is rather good in an activity called SHOPPING. Actually not just good, but really, really good!! This activity is well loved by everyone in the family. From the veterans all the way to the cucu-cucu and cicit-cicit! Barangkali ada shopping gene kali that runs in this family!!

So, true to this family tradition, Achum Bee Aye has his first taste of Guilt-Free shopping in Cheshire Oaks in Chester today. The tour guides for the day were none other than bro Acai Din and his Gallerian housemate, Bung T. For these two, inda payah cakap lah. Memang jadi tour guide shopping bertauliah sudah di UK ani heheh.

So, how did Achum react? Let's just say masa kadai di Nike atu, sampai paning kepalanya. We spent most of the day in that store! Bukan pulang paning apa. Paning because too many choices and bargains! haha

Anyway here are some pictures.



Before the shopping began.







After coming out from Nike Outlet Store



Jangan di sangka beg atu kosong...

Meniti ke Permatang Duku, Pontian Johor...............

Tidak terlintas di benak pemikiranku pun bahawa Puda akan sampai di sebuah dusun di Pontian Kecil, Johor dan berjumpa dengan seorang hamba Allah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan keistimewaannya yang tersendiri. Asal mula ceritanya begini: Telah sampai perkhabaran kepada keluarga Babu Mabohai (Datin Hajah Masni) bahawa seorang peguam muda telah di"diagnose"oleh pakar jantung di JPMC Gleneagles, Jerudong (setelah melakukan CT scan) mengidap penyakit jantung, di mana beberapa saluran pembuluh darah beliau didapati tersumbat dan peguam tersebut disarankan agar menjalani pembedahan jantung. Sebelum menyatakan persetujuan beliau untuk menjalani pembedahan tersebut, peguam tersebut telah meminta tangguh dan  beliau seterusnya berusaha untuk mencari rawatan alternatif. Beliau mendapat tahu bahawa ada seorang Imam di Kampung Permatang Duku, Pontian Johor yang biasa merawat secara tradisional pesakit-pesakit yang mengidap berbagai penyakit, terutamanya, sakit jantung. Maka berjumpalah beliau dengan Tuan Imam tersebut dan seterusnya menjalani rawatan tradisional. Beliau kembali ke Brunei dan menjumpai semula pakar jantung di JPMC Gleneagles dan memohon agar scan dilakukan sekali lagi ke atas jantung beliau. Dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. hasil pemeriksaan mendapati bahawa saluran pembuluh darah di sekitar jantung beliau tidak lagi tersumbat dan pembedahan tidak perlu dilakukan!

Perkhabaran ini mendorong keluarga Babu Mabohai untuk membawa beliau menjumpai Imam tersebut kerana Babu Mabohai juga disyaki mempunyai kes penyakit jantung seperti yang di'diagnose' oleh pakar jantung di Hospital RIPAS. Puda telah diminta untuk menemani beliau (Uda/Auntie Hjh Ros tidak dapat pergi kerana tidak dapat cuti) di samping ahli-ahli keluarga yang lain. Maka kami pun berangkat ke Singapura pada hari Selasa, 5hb. Ogos, 2008. Dan keesokan harinya, kira-kira jam 10.00 pagi,  dengan menggunakan kereta, kami pun menyeberangi Selat Johor melalui Tuas dan sampai ke seberang di Pos Kawalan Imigrasi Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor, kira-kira jam 11.00 pagi.

Perjalanan diteruskan menuju ke Kampong Permatang Duku di Pontian Kecil dan kami sampai di tempat yang dituju kira-kira jam 11.45 tengah hari. 

Berehat sebentar setelah melimpasi Pos Kawalan Imigrasi Johor

Papan Jadual Konsultasi di ruang luar rumah Tuan Imam 

Gerbang miniature KL Twin Tower sebagai mercutanda (landmark) jalan masuk ke pekarangan rumah Tuan Imam


Babu Mabohai berehat di ruang legar rumah kediaman Tuan Imam sejurus tiba di sana

Ikutilah kisah seterusnya pertemuan dengan Tuan Imam Haji Ramdzan dalam 'posting' yang akan datang.................


Salam hormat - Puda 
   

Tahukah Awda?

Tahukah awda bahawa kira-kira 43 tahun yang lalu, salah seorang anak lelaki Hj Awg Omar dan Dyg Hjh Aminah telah terpilih menerima biasiswa Kerajaan Brunei untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Singapura. Maka dalam bulan Julai, 1965 sekumpulan 10 orang pelajar aliran Inggeris (2 orang dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Brunei dan 8 orang dari Maktab Anthony Abel, Seria) dan 10 orang pelajar aliran Melayu telah berangkat meninggalkan Brunei menuju ke Singapura bagi meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Telok Kurau, Still Road, Geylang. Salah seorang penuntut tersebut ialah Mohd Zaini bin Haji Awang Omar.

Perjalanan dari Brunei ke Singapura di tahun enam puluhan tidaklah semudah dan secepat yang kita alami pada masakini. Kebiasaannya para pelancong dan pengembara pada waktu itu akan menaiki kapal laut dan pelayaran akan mengambil waktu selama 4 hingga 5 hari. Bagi yang bernasib baik berpeluang menaiki pesawat udara, mereka akan menaiki pesawat Dakota atau Fokker Friendship yang menggunakan kipas. (Belum ada pesawat Jet jenis Boeing atau Airbus pada waktu itu!!)


(keratan akhbar Borneo Bulletin - Penuntut bergambar ramai sejurus sebelum berlepas ke Singapura. Puda duduk di hadapan hujung sebelah kiri.)

Puda masih ingat, pada bulan Julai 1965 itu, Puda beserta kumpulan pelajar Brunei yang lainnya telah berangkat dari Lapangan Terbang Lama Berakas (tapak terminal lapangan terbang itu sekarang sudah didirikan bangunan Jabatan Percetakan) kira-kira jam 11.00 pagi menaiki pesawat udara Dakota menuju ke Kuching, Sarawak. Setelah empat jam dalam penerbangan, baharulah kami sampai di Kuching. Kami terpaksa berpunggah ke pesawat udara yang lain untuk meneruskan penerbangan dari Kuching ke Singapura; dan penerbangan ini juga memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Kami sampai di Lapangan Terbang Paya Lebar Singapura kira-kira jam 10.00 malam. Demikian peritnya perjalanan dari Brunei ke Singapura pada waktu itu!!

Salam hormat - Puda






Salam Hormat daripada Keluarga Puda

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh. Salam hormat dari kami penghuni rumah No. 6, Simpang 202, Jalan Jerudong. Sukacita mengalu-alukan kelahiran blog Keluarga Hj Awg Omar & Hjh Aminah yang diilhamkan oleh 'pecucuan' yang begitu ghairah dan iski untuk menjadikan laman blog ini sebagai wadah bagi menyampaikan berita, catatan kegiatan dan peristiwa di sekitar ahli keluarga masing-masing, atau apa jua bahan-bahan yang sesuai untuk dikongsikan bersama. Nah, bagi mereka yang telah dilantik sebagai penyunting dan penulis jemputan bagi blog ini, diharap akan terus cekal menyumbang bahan-bahan yang menarik agar laman blog ini terus hidup dengan segar dan bugar (sesegar tubuh si Unagi Boy lah tu!!!) Sesungguhnya kita menantikan nukilan rentetan peristiwa di sekitar ahli keluarga kita, baik yang bermastautin di Brunei mahupun yang merantau di segenap penjuru dunia (termasuk tah di Manchester, Liverpool, Newcastle, Kuala Lumpur, Brisbane dan sebagainya......)


(Gambar ini dirakamkan ketika Puda sedang menerima rawatan tradisional daripada Imam Haji Ramdzan di Kampung Permatang Duku, Benut Pontian, Johor, Malaysia baru-baru ini. Jika ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai lawatan Puda ke Johor, ikutilah laman blog ini dalam 'posting' Puda yang akan datang....)

Salam hormat - Puda

Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ini, 25hb Ogos genaplah usia perkahwinan kami selama lapan tahun. Syukur Alhamdulillah setakat ini kami dikurniakan tiga orang anak, seorang anak perempuan bernama Syaza dan dua orang anak lelaki bernama Faiz dan Aqiel. Mesej yang sama jua disampaikan kepada adik-beradik, anak-anak buah, uncle, auntie dan kepada yang ingin meminta belanja tidak akan dilayan jua sebab ‘saving’ untuk bayar baju hari raya (maklumlah mana yang berkatok sama bermanik lagi kan dibayar upahnya).


Kelmarin, kami sekeluarga termasuk UNAGi BOY telah pergi melancung ke kota kinabalu menggunakan kereta. Perjalanan mengambil masa selama tujuh jam lebih tetapi balik mengambil masa yang lama sebab ‘jam’ di pos kawalan dan menunggu feri. Kami tinggal di Le Meridien Hotel (seberangnya pasar, senang berjalan kan bali-bali). Kami telah sempat pergi ke 1Borneo Mall. (Basar dan banyak kadai seperti MAC, Nike, Crocs, Euro Moda (belum buka), NoorArfa Batik, dll). Pics of the journey will be posted later.

Welcome to this family blog and happy reading!


Wedding Anniversary

16hb Ogos yang lepas adalah hari ulang tahun perkahwinan kami dan genaplah 17 Tahun kami mendirikan rumahtangga. Setakat ini kami hanya mempunyai 1 orang anak lelaki yang digelar "UNAGI BOY". Kepada semua adek-beradek ,anak-anak buah, cucu-cucu adalah dialu-alukan supaya akan dapat memberi ucapan untuk kami berdua. Kepada mereka-mereka yang karak minta belanja atu tidak akan dilayan pada masa ini, kerana Hari Raya tidak lama lagi akan tiba dan terpaksa "save" duit. Selamat Melayari Blog ini.

The first post (Achum Bee Aye arrival in UK)

Let me begin the first post of this family blog.

Unchu Bee Aye of otherwise known as Achum to Syaza, Boom2 and Aqiel has arrived safely in the UK to begin his one year study in Newcastle University. It will be a new challenge for him since it will be his first time studying away from home. He will begin his study in September 2008. In the mean time he will be staying at Acai Din's place in Manchester where he will (try to at least) learn the basic skills of UK living such as cooking for himself. Acai is looking forward to test Unchu Bee Aye's cooking skills. Hahaha.

Here's him cooking breakfast in The Gallery kitchen.


Today is also Iring Jerry's birthday! Happy birthday to you Iring. May Allah bless always.
As for the present, I'm sure he will let us know of what he wants. Inda payah di tanya! hehehe

Happening dates