Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Meniti ke Permatang Duku, Pontian Johor...............

Tidak terlintas di benak pemikiranku pun bahawa Puda akan sampai di sebuah dusun di Pontian Kecil, Johor dan berjumpa dengan seorang hamba Allah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan keistimewaannya yang tersendiri. Asal mula ceritanya begini: Telah sampai perkhabaran kepada keluarga Babu Mabohai (Datin Hajah Masni) bahawa seorang peguam muda telah di"diagnose"oleh pakar jantung di JPMC Gleneagles, Jerudong (setelah melakukan CT scan) mengidap penyakit jantung, di mana beberapa saluran pembuluh darah beliau didapati tersumbat dan peguam tersebut disarankan agar menjalani pembedahan jantung. Sebelum menyatakan persetujuan beliau untuk menjalani pembedahan tersebut, peguam tersebut telah meminta tangguh dan  beliau seterusnya berusaha untuk mencari rawatan alternatif. Beliau mendapat tahu bahawa ada seorang Imam di Kampung Permatang Duku, Pontian Johor yang biasa merawat secara tradisional pesakit-pesakit yang mengidap berbagai penyakit, terutamanya, sakit jantung. Maka berjumpalah beliau dengan Tuan Imam tersebut dan seterusnya menjalani rawatan tradisional. Beliau kembali ke Brunei dan menjumpai semula pakar jantung di JPMC Gleneagles dan memohon agar scan dilakukan sekali lagi ke atas jantung beliau. Dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. hasil pemeriksaan mendapati bahawa saluran pembuluh darah di sekitar jantung beliau tidak lagi tersumbat dan pembedahan tidak perlu dilakukan!

Perkhabaran ini mendorong keluarga Babu Mabohai untuk membawa beliau menjumpai Imam tersebut kerana Babu Mabohai juga disyaki mempunyai kes penyakit jantung seperti yang di'diagnose' oleh pakar jantung di Hospital RIPAS. Puda telah diminta untuk menemani beliau (Uda/Auntie Hjh Ros tidak dapat pergi kerana tidak dapat cuti) di samping ahli-ahli keluarga yang lain. Maka kami pun berangkat ke Singapura pada hari Selasa, 5hb. Ogos, 2008. Dan keesokan harinya, kira-kira jam 10.00 pagi,  dengan menggunakan kereta, kami pun menyeberangi Selat Johor melalui Tuas dan sampai ke seberang di Pos Kawalan Imigrasi Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor, kira-kira jam 11.00 pagi.

Perjalanan diteruskan menuju ke Kampong Permatang Duku di Pontian Kecil dan kami sampai di tempat yang dituju kira-kira jam 11.45 tengah hari. 

Berehat sebentar setelah melimpasi Pos Kawalan Imigrasi Johor

Papan Jadual Konsultasi di ruang luar rumah Tuan Imam 

Gerbang miniature KL Twin Tower sebagai mercutanda (landmark) jalan masuk ke pekarangan rumah Tuan Imam


Babu Mabohai berehat di ruang legar rumah kediaman Tuan Imam sejurus tiba di sana

Ikutilah kisah seterusnya pertemuan dengan Tuan Imam Haji Ramdzan dalam 'posting' yang akan datang.................


Salam hormat - Puda 
   

No comments:

Happening dates