Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Meniti ke Permatang Duku, Pontian Johor.....(Bahagian 2)


Di luar pekarangan rumah Tuan Imam kelihatan lengang dan kami terus meletakkan kenderaan kami di kawasan lapang di hadapan dan di sebelah rumah beliau. Setelah memberi salam, kami terus masuk ke beranda rumah beliau dan memang benar, tidak ada pengunjung atau pesakit lain yang berjumpa dengan beliau ketika itu. Setelah berehat sebentar di kawasan beranda rumah, dan tanpa menunggu giliran, kami perlahan-lahan masuk ke ruang hadapan dalam rumah Tuan Imam di mana beliau kebiasaannya menemui dan merawat pesakit-pesakit beliau.


Babu Mabohai adalah pesakit pertama yang beliau rawat dan setelah itu seorang dua ahli keluarga Auntie Hajah Fatimah dari Singapura pula mendapatkan khidmat rawatan dari Tuan Imam. Puda memang berhajat untuk mendapatkan rawatan dari Tuan Imam juga - mahu jua rasanya mendapat rawatan jika terdapat lemak-lemak di saluran pembuluh jantung Puda ini dan manalah tahu dapat disembuhkan atau dikurangkan penyakit sajahan (gout), darah tinggi dan paras kolesterol Puda ini!


Apabila tiba giliran Puda untuk dirawat, Puda duduk berunjur kaki berdekatan dengan Tuan Imam. Setelah menanyakan nama Puda, Tuan Imam terus meletakkan sebilah pisau berserta seulas limau kapas di atas betis Puda dan membuat ‘diagnosis’ apakah gejala-gejala penyakit yang Puda hidapi. Sambil tersenyum Tuan Imam memberitahu Puda bahawa jantung puda dalam keadaan baik (walaupun sedikit berlemak), penyakit ‘gout’ Puda sudah beransur pulih, tekanan darah tinggi Puda hampir ke paras normal tetapi paras kolesterol Puda masih tinggi. Puda dinasihatkan supaya menjaga permakanan Puda (mendapatkan makanan yang seimbang) dan selalu melakukan senaman ringan. Puda meminta Tuan Imam agar dapat mengeluarkan lemak (yang dikatakannya sedikit) dari saluran darah di jantung Puda. Tuan Imam melayan permintaan Puda dan terus berdiri dan menuju ke ruang dapur untuk mendapatkan sebutir telur ayam. Puda dimintanya untuk menggosokkan seulas limau kapas di bahagian dada Puda sebelah kiri dan beliau mengambil telur ayam tadi dan kemudian menggelekkannya beberapa kali di bahagian dada Puda di tempat yang sama. Sejurus selepas itu, Tuan Imam memecahkan telur ayam tersebut ke sebuah piring yang disediakan dan, Masya Allah, kelihatanlah lemak besama-sama pecahan telur tadi!!!




Rawatan yang diberikan oleh Tuan Imam itu amat singkat dan memakan masa tidak lebih 10 minit sahaja. Untuk mempastikan bahawa semua lemak di jantung Puda sudah dibersihkan, Puda meminta Tuan Imam untuk melakukan rawatan “telur ayam” itu sekali lagi. Tuan Imam menurut permintaan Puda dan melakukan rawatan tersebut bagi kali kedua. Kali ini pecahan telur ayam ternyata kelihatan bersih dan tidak mengandungi lemak.


Puda sebenarnya memang mempunyai temujanji dengan Dr. Mani di Klinik Sengkurong setiap lima bulan untuk memantau penyakit ‘gout’, darah tinggi dan paras kolesterol Puda. Sekembali Puda dari Johor, Puda telah menemui Dr. Mani pada 23hb Ogos, 2008 (seminggu sebelum itu contoh darah Puda telah diambil untuk pemeriksaan), dan hasil dari pemeriksaan darah Puda Dr. Mani telah menjelaskan bahawa tekanan darah Puda berada dalam paras normal, ‘uric acid’ juga di paras yang rendah tetapi kolesterol masih dalam paras yang sedikit tinggi dan perlu diawasi. (Ingat - ‘diagnosis’ yang sama diberikan oleh Tuan Imam di Johor!) Puda meminta supaya Dr. Mani menjalankan ujian “ECG” ke atas jantung Puda. Hasil keputusan “ECG’ tersebut menunjukkan carta atau “reading” yang normal dan Dr. Mani mengesahkan bahawa jantung Puda dalam keadaan yang baik. Syukur Alhamdulillah..........


Salam hormat - Puda



1 comment:

lizz said...

just come back dari bw adik berubat dgn tok imam ni jugak...

Happening dates