Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadhan al-Mubarak dan diharapkan di sepanjang minggu yang berlalu telah kita isikan dengan amalan-amalan dan kegiatan yang berfaedah dan berkebajikan bagi membantu menyempurnakan lagi Ibadah Puasa kita seperti memperbanyakkan membaca (dan mempelajari) al-Quran, memperbanyak sedekah, melakukan shalatul Lail/Tarawikh dan witir dan beriktikaf.
Sudah menjadi kebiasaan, di sepanjang bulan Ramadhan ini, kaum keluarga akan mengadakan majlis bertedarus, majlis khatamal Quran dan majlis bertahlil. Pada hari Sabtu lepas (6hb. September 2008) Puda sempat menghadiri Majlis Khatamal Quran dan Bertahlil di rumah Pa Basar Haji Mohd. Don di Batu Satu. Pada 9hb September 2008, Majlis yang sama dan diselajurkan dengan Sembahyang Tarawikh berjamaah pula diadakan di rumah Tuan Haji Abd Hamid Haji Jalil di Kampong Manggis. Keesokan harinya, pada 10hb September, Puda dapat pula menghadiri Majlis Khatamal Quran, Bertahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Solat Tarawikh dan Witir, Bacaan Doa Selamat (bagi Ak Muhd Azri yang akan berangkat ke Scotland untuk meneruskan pengajiannya di sana) di rumah Pg Dato Paduka Haji Ismail di Manggis. Pada hari ini, hari Khamis, 11hb September 2008, Puda menerima jemputan pula daripada Tuan Haji Md Salleh bin Haji Jalil di Mata-Mata Gadong yang akan mengadakan Majlis Bertahlil dan Berbuka Puasa di rumah beliau. Puda sendiri akan menganjurkan Majlis Khatamal Quran, Bertahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Solat Tarawikh dan Witir, Bacaan Doa Selamat (bagi Muhammad Zayani yang akan kembali ke Liverpool setelah menghabiskan cuti di Brunei selama lebih tiga bulan) bertempat di rumah Puda di Jerudong pada besok hari, hari Jumat 12hb September, 2008.
Semoga kita semua mendapat rahmat, barakah dan keampunan dari Allah S.W.T. jua, Amin...........Amin Ya Rabbal Alamin.
Salam takzim - Puda
No comments:
Post a Comment