Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


GILIRAN TOK MINAH MELANCONG

Agak sunyi dan lengang laman blog keluarga Hj Awg Omar & Hjh Aminah sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa, penyumbang-penyumbang artikelnya sudah kelihatan kekurangan ilham untuk menyisipkan bahan-bahan dan berita-berita menarik di ruangan ini - tidak seperti di bulan-bulan yang lalu di mana masing-masing begitu ghairah dengan seribu satu macam kisah yang mahu dikongsikan. Puda sendiri pun begitu juga; kelihatan sentiasa di selubungi perasaan malas untuk mengetik 'keyboard' MacBook Puda ini untuk memuatkan kisah-kisah dan ungkapan-ungkapan menarik  di laman ini. Sebenarnya banyak bahan yang boleh dikisahkan di sini - setiap hari ada sahaja berbagai peristiwa yang menarik jika rajin untuk menukilkan menjadi cerita yang hangat dan bahan 'gossip' yang top dan sentiasa bermain di bibir-bibir ahli keluarga yang suka berceloteh dan membebel seperti.......ehem.....ehem....(faham-faham saje le.....)

Di ruangan yang lalu, kita biasa dikhabarkan dengan kisah-kisah pengembaraan dan pelancongan anak buah dan cucu-cicit Tok Minah ke merata tempat sama ada Temburong, Singapura, Malaysia, Thailand, Shenzen (China), Australia, United Kingdom dan sebagainya. Kali ini giliran Tok Minah sendiri pula yang membuat lawatan melancong ke Kuala Lumpur atas undangan istimewa dari cucunda tercinta Dayang Hajah Noorhira berserta suami yang pada masa ini sedang membuat pengajian pasca Siswazah (post graduate) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada mulanya Tok Minah dijadualkan berangkat bersama-sama Bu Amit, Angah Hjh Hasmah dan Pak Poh Hj NoorIdi Amin. Tetapi Tok Minah kelihatan belum yakin dengan kewibawaan Pak Poh menjadi ketua rombongannya dan beliau memerlukan anak buah atau cucu lelaki yang lebih 'tagap' dan boleh diharap untuk menjadi 'dangan' beliau. Akhirnya Puda sendiri yang disarankan menjadi ketua rombongan - apa lagi macam 'pucuk dicita ulam mendatang' - Puda inda teragak-agak terus menerima pelawaan tersebut dan kami pun terus membuat tempahan penerbangan. Late addition in the group is Unagiboy who at the last minute decided to join in.

Kami bertolak pada hari Sabtu 21 Mac 2009 kira-kira jam 11.35 pagi dan sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 2.00 petang. Terdapat sedikit kendala di bahagian Bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana kerusi roda Tok Minah yang kami 'check-in' ternyata tidak diikutsertakan bersama-sama bagasi kami yang lain. Terpaksa tah kami membuat laporan mengenai 'kehilangan' kerusi roda ini sebelum kami keluar dari bangunan terminal Lapangan Terbang KL. Nah, terlewat jadinya kami sampai di Condominium penginapan Hajah Hira di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Sebelum sampai di tempat penginapan, kami sempat dibawa untuk makan tengah hari di restoran Nasi Lemak Antara Bangsa di Taman Melati. 


Tok Minah berihat-rihat di ruang tamu setelah tiba dari Brunei dalam penerbangan yang memakan masa hampir-hampir dua jam setengah




Habeeb kelihatan riang melihat ramai pengunjung bersantai di kediamannya


Sila ikuti laporan selanjutnya dalam posting yang akan datang..........................














-Puda-

April News

Nampak nya, lama sudah family blog ani inda be"update". Masing-masing dengan kesibokan nya. Disamping kesibokan yang dilalui, namun dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi bagi mereka yang meraikan dibulan April ini saperti:

1. Rusyaidi pada 1hb April 2009
2. Hajah Mahani pada 10hb April 2009
3. Hj Mohd Zaini pada 12hb April 2009
4. Hjh Rosnani Hj Abd Hamid pada 14hb April 2009

Dan bagi mereka yang akan meraikan hari jadi sedikit masa lagi dibulan April ini, kami juga tidak lupa mengucapkan Happy Birthday yang akan menjelang tiba.

Bagi ahli keluarga yang bercuti diBrunei Darussalam dari pengajian luar negara pada musim ini, diucapkan SELAMAT BERCUTI.

Brunei "Youths" in local News....

Local Youths Enhance Knowledge On ICT Through Bangkok Seminar
By James Kon

Bandar Seri Begawan - To Identify strategies and effective methods in using ICT to promote Asean, four youths from the sultanate left for Thailand to attend a seminar on 'Usage of ICT to promote Asean Spirit' at the Grand Mercure Fortune in Bangkok from March 17 to March 20

The four-member delegation comprises Dayang Mazriyani binti Hj Abdul Ghani, senior systems analyst of the national E-government centre of the Prime Minister's Office, Dayang Rodziah binti Hj Yussof, Manager of Information Technology Section, TelBru Sdn Bhd, Dyg Siti Nuraini binti Pengiran Hj Tajudin and Awang Chong Youn Bao, fourth year student at UBD, who is currently taking up the Bachelor of Computer Science degree. The seminar, which is coordinated by Thailand, is one of the projects under the Asean COCI. Some 40 participants from various Asean nations are expected to attend the event

Among the programmes laid out for the seminar are discussion sessions on the proper and detailed plan of employing ICT to boost the Asean spirit and the summary of effective strategies and techniques to use ICT to promote Asean.

The delegation will be conducting visits to the telecommunication and satellite companies as well as ICT institutions on the second day.

It is hoped that the seminar will help participants to further enhance their knowledge and benefit tremendously from the event. -- Courtesy of Borneo Bulletin

Baby Habeeb in the house yaw!


Assalamualaikum everybody, since batah sudah blog ane alum beupdate, i'm just gonna post some random pics of baby Habeeb when i visited and stayed overnight at Kajah Hira's place in Taman Melati last Saturday. Siok lah tempatnya tinggal atu, hampir dgn Nasi Lemak Antarabangsa (yang di Kg Baru) yang baru buka a few days after Kaka Amoy left after her visit there (jgn jeles kamoy..hehe) and also, ada branch Satay Kajang di sana!! Bahagia bah ku di sana ah, payah kan mencari tu ah mun d Cyberjaya ane, cari mimpi tah dulu tu! Haha. Anyways, c Habeeb makin belabih and makin meloyah lagi pipinya atu, tapi alhamdulillah walaupun batah sudah ia inda meliat any other members of the family except babu and babahnya, inda ia memilih! Hehehe.


The Mini TIGGER. Hehe. (Masa baru kan bejalan)


Ane ia bangun tidur yatah low batt lakat. Hehe.





The other pictures ia show off. Haha.

Happy 34th Birthday Babah

Happy Birthday to Babah. Didoakan semoga dipanjangkan umur, dikurniakan sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. AMIN...



Love from your wife, Syaza, Faiz and Aqiel.

'Oleh-Oleh' Mengail

Pada 14hb Februari 2009 merupakan hari yang cukup baik bagi bapa yang sebelum subuh sudah turun ke laut untuk menangkap ikan. Tidak sia-sia, 'effortnya' bangun awal subuh kerana hasil yang didapatinya bolehlah dibanggakan.

Kalau tidak percaya, lihatlah gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini....


Aqiel inda mau ketinggalan bergambar


Basar jua ikan oleh bapa atu

Di malam, kami sekeluarga makan ikan atu masak rebus, nyaman kali ah... cukup dengan ditutuki kunyit hidup dan lada padi.. awu nyaman irup-irup c Jester dan Jerry. Kepada keluarga yang lain, jangan mare, lain kali mengampiti kalau belurih lagi....

Kalau dulu, beliau turun ke padang golf, katakan belurih hadiah balik inda jua ada. Ani sekurang-kurangnya kanyang jua perut kami sekeluarga makan hasil tangkapannya. Dapat jua makan ikan segar dan kurang jua perbelanjaan dapur (saving atu dapat jua anak-anaknya membali naindah lain).. Hahahah..

Bercakap mengenai accessories mengailnya, jangan cakap lagi lah... kalah orang yang bertahun-tahun berpengalaman turun ke laut. Equipmentnya macam orang professional. Orang menarik kail secara manual, ia automatic. Orang dulu-dulu mencari tempat mengail mengikut 'instinct', ia pakai 'fishfinder'. Kalau dulu kami complaint, "inda jua pandai belurih", tapi sekarang sudah terbukti equipment-equipment yang dibalinya atu menampakkan hasil.

Bah jangan terperanjat nanti sudah banyak bapa belurih lauk atu, mungkin dapat sudah bejual ke adi-beradinya. Maklumlah sudah pencen ani, kan cari pendapatan lebih.

Sekian.

Anih.

Congratulations to dear bro!

Assalamualaikum, saya selaku wakil dari ahli keluarga Haji Junaidi di Kg Masin ingin memanjatkan doa kusyukuran dan ingin mengucapkan tahniah kepada anak, adik dan juga abang kami, Ahmad Rusyaidi bin Haji Junaidi atas kejayaannya dalam memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SSRU iaitu Gred 1 Aggregate 8. Pesanan daripada semua ahli keluarga di kg masin, syabas bang dan selamat berjaya dalam apa jua exam yang bakal di hadapi di tahun2 yang akan datang, rajin2 belajar dan yang paling penting, jangan tinggal solat dan berdoa lah kepada Allah S.W.T agar semua usaha dan ilmu yang di tuntut selama ani di berkati olehNya jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Love from Bapa, Babu, Kaka n Syidah. =)

Happening dates