Agak sunyi dan lengang laman blog keluarga Hj Awg Omar & Hjh Aminah sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa, penyumbang-penyumbang artikelnya sudah kelihatan kekurangan ilham untuk menyisipkan bahan-bahan dan berita-berita menarik di ruangan ini - tidak seperti di bulan-bulan yang lalu di mana masing-masing begitu ghairah dengan seribu satu macam kisah yang mahu dikongsikan. Puda sendiri pun begitu juga; kelihatan sentiasa di selubungi perasaan malas untuk mengetik 'keyboard' MacBook Puda ini untuk memuatkan kisah-kisah dan ungkapan-ungkapan menarik di laman ini. Sebenarnya banyak bahan yang boleh dikisahkan di sini - setiap hari ada sahaja berbagai peristiwa yang menarik jika rajin untuk menukilkan menjadi cerita yang hangat dan bahan 'gossip' yang top dan sentiasa bermain di bibir-bibir ahli keluarga yang suka berceloteh dan membebel seperti.......ehem.....ehem....(faham-faham saje le.....)
Di ruangan yang lalu, kita biasa dikhabarkan dengan kisah-kisah pengembaraan dan pelancongan anak buah dan cucu-cicit Tok Minah ke merata tempat sama ada Temburong, Singapura, Malaysia, Thailand, Shenzen (China), Australia, United Kingdom dan sebagainya. Kali ini giliran Tok Minah sendiri pula yang membuat lawatan melancong ke Kuala Lumpur atas undangan istimewa dari cucunda tercinta Dayang Hajah Noorhira berserta suami yang pada masa ini sedang membuat pengajian pasca Siswazah (post graduate) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada mulanya Tok Minah dijadualkan berangkat bersama-sama Bu Amit, Angah Hjh Hasmah dan Pak Poh Hj NoorIdi Amin. Tetapi Tok Minah kelihatan belum yakin dengan kewibawaan Pak Poh menjadi ketua rombongannya dan beliau memerlukan anak buah atau cucu lelaki yang lebih 'tagap' dan boleh diharap untuk menjadi 'dangan' beliau. Akhirnya Puda sendiri yang disarankan menjadi ketua rombongan - apa lagi macam 'pucuk dicita ulam mendatang' - Puda inda teragak-agak terus menerima pelawaan tersebut dan kami pun terus membuat tempahan penerbangan. Late addition in the group is Unagiboy who at the last minute decided to join in.
Kami bertolak pada hari Sabtu 21 Mac 2009 kira-kira jam 11.35 pagi dan sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 2.00 petang. Terdapat sedikit kendala di bahagian Bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana kerusi roda Tok Minah yang kami 'check-in' ternyata tidak diikutsertakan bersama-sama bagasi kami yang lain. Terpaksa tah kami membuat laporan mengenai 'kehilangan' kerusi roda ini sebelum kami keluar dari bangunan terminal Lapangan Terbang KL. Nah, terlewat jadinya kami sampai di Condominium penginapan Hajah Hira di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Sebelum sampai di tempat penginapan, kami sempat dibawa untuk makan tengah hari di restoran Nasi Lemak Antara Bangsa di Taman Melati.
Tok Minah berihat-rihat di ruang tamu setelah tiba dari Brunei dalam penerbangan yang memakan masa hampir-hampir dua jam setengah
Habeeb kelihatan riang melihat ramai pengunjung bersantai di kediamannya
Sila ikuti laporan selanjutnya dalam posting yang akan datang..........................
-Puda-
No comments:
Post a Comment