Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Bagaikan burung terlepas dari sangkar..........

Mungkin Awda tertanya-tanya kenapa wajah-wajah Bu Amit dan Angah tidak kelihatan dalam foto-foto yang terpapar dalam posting yang lepas semasa kami bersantai-santai di condo kediaman Hajah Noorhira setelah kami baharu sahaja sampai selepas penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur. Sebenarnya ceritanya begini.......................

Kebetulan kami tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu iaitu hujung minggu ketika tiada bersekolah atau menghadiri kuliah, maka Dayang Rusydina (pada masa ini sedang menuntut di Lim Kwok Wing University di CyberJaya) pun tidak lepas peluang 'check-in' ke Taman Melati, kononnya untuk menyambut kedatangan Nini Hajah Aminah dan rombongan. Beliau, pada petang Jumaat lagi selepas habis kuliah, sudah berlepas dari CyberJaya menuju Taman Melati dan merancang untuk tinggal di sana sehingga petang hari Ahad. 

Apabila kami tiba pada petang hari Sabtu itu, kami bersama-sama Dina dan Hajah Noorhira serta Haji Mazanan terus menikmati makan petang di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa (yang terkenal di Kampong Baru) yang mempunyai cawangan di Taman Melati. Selepas makan, kami pun terus check-in ke Condo Taman Melati  tempat kediaman Hajah NoorHira dan mengambil peluang beristirihat setelah penat dalam penerbangan.

Si Dina pula mempunyai rancangan yang tersendiri. Beliau secara sukarela menawarkan dirinya kepada Bu Amit dan Angah sebagai 'shopper's guide' dan mengajak mereka berdua untuk mencuci mata ke Jalan Masjid India petang Sabtu tersebut. Sememangnya setiap malam Minggu Jalan Masjid India akan penuh sesak dengan pengunjung dan pembeli yang suka 'meramu' di pasar malam. Memang benar, selepas makan petang itu Angah, Bu Amit dan Dina terus menghilangkan diri, menaiki  LRT dari Stesen Taman Melati ke Jalan Masjid India!!!

Puda, Pak Poh, Hamdi, Haji Mazanan dan Hajah Noorhira tinggal di Apartment menunggu Tok Minah beristirihat di ruang tamu. Setiap setengah jam berlalu, Tok Minah akan mengajukan pertanyaan kepada Puda atau Hajah Noorhira, bilakah agaknya Angah dan Bu Amit akan pulang? Malah Puda diarahkannya membuat panggilan telefon ke arah Angah atau Bu Amit bertanyakan bila mereka pulang. Tetapi Angah dan Bu Amit lebih pintar dan bijak. Mereka dengan senghaja meninggalkan telefon bimbit masing-masing di Apartment agar mereka tidak dapat dihubungi. Sangal jua telinga Puda bila mendengarkan pertanyaan Tok Minah yang berulang kali itu. Akhirnya Puda sarankan agar Tok Minah bawa bertenang dan tidak usah berasa bimbang. Berilah Angah atu peluang untuk menikmati suasana Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi di malam Minggu begini!!! Sememangnya lah mereka itu ingin mengambil kesempatan yang jarang-jarang ditemui ini untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dan mereka pun muncul kembali ke apartment hampir jam 11.00 malam..........bak kata kiasan "bagaikan burung terlepas dari sangkar......"

Salam hormat dari
(More news of Tok Minah's visit to Kuala Lumpur in the next posting........  So watch out for this space!!!)











-Puda-

No comments:

Happening dates