Pada pagi Ahad keesokan harinya, Dr Shahdan menelefon kami mengatakan bahawa kerusi roda sudah tersedia di rumahnya di Kampong Keramat untuk kami ambil. Maka pagi Ahad itu, kami berangkat menuju ke rumah Dr Shahdan untuk mengambil kerusi roda yang dimaksudkan. Kebetulan Dr Shahdan dan keluarga pagi itu bersiap sedia untuk pergi memenuhi sebuah jemputan jamuan di rumah kawan beliau, maka kami tidak begitu lama menghabiskan masa di rumahnya. Setelah bersalaman, kami mengangkat kerusi roda berwarna biru tua yang sudah disediakannya ke dalam van kami. Apabila Puda bertanyakan berapakah harga sewa kerusi tersebut, alangkah tergamamnya kami bila mengetahui bahawa kerusi roda itu baharu sahaja beliau beli sebagai hadiah ehsan beliau sekeluarga kepada Bonda Hajah Aminah. Begitu mulia dan pemurah hati sifat keluarga Dr Shahdan ini dan semoga Allah swt akan memberi rahmat dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya kepada keluarga bahagia ini dan dilimpahkan rezeki halal yang luas ke atas mereka.....Amin. Dr Shahdan sempat menjemput kami untuk datang sekali lagi ke rumah beliau pada petang Rabu (Malam Khamis) bagi jamuan makan malam. Insya Allah jemputan beliau akan dipenuhi jika tidak ada aral melintang.
Kemudian kami bersarapan pagi (dan terus makan tengahhari atau 'brunch') di sebuah Restoran bersebelahan dengan Hospital Tawakkal (di hospital inilah Hamdi menjalani rawatan berkhatan atau bersunat beliau beberapa tahun yang lepas). Hari ini (Ahad), dijadualkan Pa Basai (Hj Abd Ghani) berserta Kaka Anih dan anak-anak (Syaza dan Aqiel) akan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 3.00 petang nanti. Turut serta dalam rombongan mereka ialah uncle-uncle dan auntie-auntie Kaka Anih dari keluarga Sengkurong yang akan melawat/melancong di KL ini selama tiga hari semasa cuti persekolahan penggal pertama ini. Turut juga dalam rombongan itu ialah anak-anak Hajah Hira (Afeen, Syaheen, Ahmad Wajdi dan Ahmad Alween) yang akan menghabiskan percutian penggal pertama persekolahan mereka bersama-sama kedua orang tua mereka di Kuala Lumpur.
Setelah sarapan 'brunch', Puda, Angah dan Dina minta dihantar ke Pusat Beli Belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan dengan kawasan Masjid India. Sementara Bu Amit dan Tok Minah kembali ke apartment Taman Melati untuk berihat, Hajah Noorhira dan suami pula meneruskan perjalanan ke Sepang untuk menjemput anak-anak yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa jam 3.00 petang nanti.
Puda, Angah dan Dina menghabiskan masa membeli belah di Sogo dan di Jalan Masjid India dan kami sempat menjenguk ke Hotel Noble menyambut kedatangan Pa Basai dan Kaka Anih dan anak-anak. Setelah hari menjelang petang, baru lah kami menaiki LRT dalam perjalanan pulang menuju ke Stesen Taman Melati. Sampai di stesen, Dina pula bersalaman dengan Puda dan Angah kerana beliau akan meneruskan perjalanannya pulang ke Cyberjaya. Puda dan Angah dijemput oleh Haji Mazanan untuk dibawa pulang menaiki van ke apartment dari stesen Taman Melati.
Di sebelah malam, kami dibawa oleh Hajah Noorhira sekeluarga untuk makan malam di restoran Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati berdekatan dengan apartment beliau. Turut dijemput ialah Pa Basai dan Kaka Anih serta anak-anak dan penuhlah restoran tersebut dijelamai oleh ahli-ahli keluarga Tok Minah!!
Selesai makan sate, kami kembali semula ke apartment dan sessi makan diteruskan lagi. Kali ini kami mengadakan sessi makan durian dan lihatlah telatah masing-masing dengan rakusnya makan durian seperti yang tertera di foto-foto di bawah ini.
Kalau beginilah gayanya, bagaimana Puda hendak menguruskan badan ne?????
Salam hormat dari:
(Keep watching this space for more KL visit news in the next posting)
-Puda-
No comments:
Post a Comment