Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Secebis coretan pengalaman seorang Peserta "TBL".......

Fasa pertama pertandingan Juara Kurang Berat Badan (The Biggest Loser - Family Edition) bagi enam bulan pertama 2010 telah berakhir pada hari Ahad lepas, 13 Jun, 2010 sempena "Hari Keluarga Omar-Aminah 2010". Pemenang-pemenangnya telah pun diumumkan dan diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jester (Hj Mazrul Adini) kerana menjuarai pertandingan ini dan sekalung tahniah kepada Mazriyani atas pencapaian sebagai Naib Juara keseluruhan dan seterusnya merangkul gelaran Juara Wanita dalam pertandingan TBL ini.

Pertandingan tidak berakhir setakat ini sahaja kerana ungkayah menurunkan berat badan dan kandungan lemak badan adalah dihasratkan untuk menjadi gaya hidup sepanjang hayat. "Ke arah Gaya Hidup Yang Sihat" - demikian cogan kata atau tema yang kita pilih bagi meraikan Hari Keluarga pada tahun ini. Pertandingan TBL akan kita teruskan lagi bagi fasa seterusnya dan kita akan melihat hasilnya dalam jangka waktu enam bulan ke hadapan. Insya Allah pada bulan Disember 2010 kita akan menyaksikan keputusan siapa pula yang akan memenangi kejuaraan TBL ini!

Dalam kita sama-sama merenung sejenak akan pencapaian kita setakat ini dalam usaha menurunkan berat badan dan mengurangkan kandungan lemak badan, ada jua baiknya kita mengongsikan pengalaman yang telah dilalui oleh peserta-peserta TBL sepanjang perjalanan yang mereka lalui sejak enam bulan yang lalu. Sebagai salah seorang peserta tersebut, izinkanlah Puda terlebih dahulu membuat coretan pertama di ruangan ini dan diharap peserta-peserta yang lain akan turut menceritakan kisah masing-masing di keluaran yang akan datang, Insya Allah.

Puda sebenarnya secara bersungguh-sungguh sudah memulakan ungkayah untuk menurunkan berat badan sejak 24 April 2009 ketika berat badan Puda waktu itu di paras 92.3 kg. Ini pernah Puda ceritakan dalam ruangan blog ini pada keluaran 10, 16 dan 31hb. Mei, 2009. Berat badan Puda secara konsisten telah berkurangan sehingga mencapai paras paling rendah iaitu 80.0 kg pada 23 September 2009. Sepanjang lima bulan tersebut, Puda telah mengamalkan gaya hidup sihat yang bersandarkan kepada keseimbangan diet makanan dan kegiatan fizikal seperti melakukan larian atau jalan pantas (brisk walking) di Pusat Peranginan Tasik Lama dan sebagainya.

Sejurus ketibaan bulan Syawal 1430 di minggu ketiga bulan September 2009, disiplin kawalan makanan Puda sudah mulai longgar dan kegiatan senaman dan fizikal yang lainnya juga sudah mula berkurang. Keghairahan menjamu selera di Hari Raya dan di hari-hari berikutnya dan ditambah lagi dengan kelembaban untuk bersenam dan melakukan kegiatan fizikal telah membawa padah! Berat badan Puda mula bertambah naik dan sehingga waktu "weighing-in" menandakan bermulanya pertandingan TBL pada awal Januari 2010 ini, berat badan Puda berada di paras 89.0 kg!!

Pertandingan TBL ini memberikan peluang kepada Puda untuk memulihkan semangat dan berusaha mendisiplinkan diri bagi mengurangkan semula berat badan Puda ke tahap yang lebih rendah lagi. Sejak bulan Januari lalu, Puda sudah memulakan kegiatan bersenam dan melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan kaki dan "jogging" di sepanjang Jalan Jerudong dan juga menjadi ahli kepada Jerudong Park Medical Centre Gymnasium. Kesemua kegiatan fizikal ini membolehkan Puda mengawal berat badan agar ianya tidak bertambah dan sekurang-kurangnya berada di paras yang konsisten.

Puda rasa cabaran yang paling besar adalah bagaimana kita boleh mengawal nafsu makan kita agar kita hanya makan makanan yang seimbang. Di dalam dua atau tiga bulan pertama sejak pelancaran pertanding TBL ini, displin mengawal diet makanan belumlah Puda laksanakan. Bersandarkan kepada kegiatan fizikal sahaja tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan. Berat badan Puda hanya turun sekedar 1 atau 2 kilo sahaja dalam jarak masa 3 atau 4 bulan tersebut.

Pada bulan Mei yang lalu, Puda membuat keputusan untuk memberikan perhatian yang serius terhadap diet permakanan Puda. Maka Puda pun mula mengamalkan "Rapid Start Diet" yang disyorkan oleh Dr. Phil Mcgraw yang mana selama dua minggu Puda berpantang makan nasi, roti (bread), sup, lemak dan mempastikan setiap 'meal' yang Puda makan mengandungi jumlah (portion) protein dan karbohidrat yang memadai dan berpatutan. Memperbanyakkan makan sayur dan salad adalah suatu kemestian. Untuk menjadikan tabiat makan seperti ini sebagai gaya hidup seharian setentunya begitu sukar dan amat mencabar. Lebih-lebih lagi hampir setiap minggu kita akan menerima jemputan kenduri kahwin dan lain-lain kenduri makan yang saban minggu kita hadapi di Brunei ini!!

Selepas dua minggu, Puda sudah boleh memakan nasi tetapi hanya daripada beras berwarna coklat atau perang (brown rice) dan memakan roti (bread) wholemeal. Jumlah protein dan karbohidrat dalam makanan juga masih dikawal pada portion yang disyorkan. Diet makanan seperti ini diteruskan lagi sehingga berat badan Puda mencapai paras yang dihajatkan iaitu 79.0 kg pada peringkat pertama ini. Setakat ini berat badan Puda berada di paras 83.8 kg - iaitu Puda telah menghilangkan lebih 5 kilogram dalam masa enam bulan!

Apakah yang Awda rasakan setelah berat badan Awda turun dan dapat dikawal? Puda setentunya merasa lebih sihat, tidak sesak nafas dan sentiasa merasa lega apabila berat badan Puda lebih ringan daripada yang sebelumnya. Dahulu Puda akan tercungap-cungap jika berlari anak selama tidak lebih dari dua atau tiga minit. Sekarang syukur Alhamdulillah, Puda berupaya berlari perlahan tanpa henti-henti sehingga 15 hingga 20 minit lamanya di atas 'treadmill' dan Insya Allah jangka masa ini akan Puda tambah lagi secara beransur-ansur sehingga mencapai 30 atau 45 minit nanti. Yang paling penting juga buat Puda adalah paras tekanan darah yang terkawal dan kandungan kolesterol berada di paras yang tidak berisiko tinggi.

Pada peringkat kedua nanti Puda merancang untuk menurunkan lagi berat badan Puda dan sasaran (target) Puda kali ini ialah penurunan sebanyak 10 kilo. Kita saksikanlah nanti sama ada sasaran ini dapat dicapai atau sebaliknya..................

Salam hormat - Puda

Update - Family Day

Salam untok Keluarga semua,

Macamana dengan persediaan semua? Adakah semua bersedia pada Ahad,13hb Jun 2010 ini atau ada yang putus asa? Bagi mereka yang membuat persediaan, tahniah atas usaha gigih dan yang putus asa, jangan sedih, maseh ada waktu lagi..Mungkin hadiah biggest loser akan ditambah bagi membangkitkan semula semangat untuk menang. Oleh yang demikian usaha dan usaha terus. Masa bukan penghalang tetap usaha gigih menjadi penentu untuk kejayaan.(Kata-kata semangat dari Pengerusi..Aiseyman...bolehlah jadi pakar motivasi sekajap).

Nampaknya hasil kutipan sudah meningkat dan menunjukkan keberkesanan Bendahari kita yang tidak segan-segan menagih melalui media-media terkini dan juga sanggup menebalkan muka dikhalayak ramai. Tahniah diucapkan kepada Bendahari kita.(Usul-usul nya akan ditetapkan jawatan ini berterusan kepada beliau,,Jangan Mare...ya....)

Sekali lagi diperingatkan kepada ahli-ahli komiti yang lain supaya akan memberi "update" dan berkordinasi dengan komiti yang berkaitan supaya rancangan akan dapat diungkayahkan dengan teratur dengan jayanya.

Program juga sudah disediakan oleh Dyg Rusydina.Tahniah juga kepada beliau. Awu baik jua alum keraja, ada masa dan waktu terluang untuk menyediakan kalau inda, habis rojak rancangan Family Day tahun ani. Puda diminta untuk memberi kata-kata aluan serta ucapan yang bernas (inda kira, kata nasihat, perangsang, pantun dan sebagainya) yang difikirkan sesuai.

Serangkap Pantun dari Pengerusi,

Kalau ada sumur diladang
Mari semua menumpang mandi
Kalau ada idea dan nasihat perangsang
Mari dibuat dilaman blog ini

Sekian untuk semua dan Salam Hormat

Minit Mesyuarat Hari Keluarga Omar-Aminah

Salam Semua Ahli Keluarga yg disayangi,

Disenaraikan minit mesyuarat hari keluarga Omar-Aminah:
Tempat: Rumah Haji Mazanan & Hjh Noorhira
Kg Tanjung Bunut
Tarikh: Isnin,24hb Mei 2010
Jam: 8.30 malam

Penasihat & Hakim:
Hajah Aminah Hj Tahir
Hj Noorkaseh Ahmad
Hj Abd Ghani Hj Omar
Hj Mohd Zaini Hj Omar
Hj Junaidi Hj Omar
Hj Mohd Don Hj Omar
Mohd Noh Hj Omar
Zakaria Hj Mohd Ali
Hj Mazanan Hj Md Yusof

Pengerusi: Mahyon Hj Omar
Dyg Mazriyani

1. Penetapan Tarikh hari keluarga: Ahad,13hb Jun 2010, bertempat di Kg Tg Bunut, rumah kediaman Hj Mazanan & Hj NoorHira

2. Kutipan minima B$50 bagi setiap orang yang berpendapatan

3. Lantikan Ahli-ahli Komiti Permainan, Pengangkutan & Kelengkapan, Hadiah, Permakanan, Master of Ceremony dan Bendahari

4. Ahli Komiti Permainan
a. Dina
b. Amoi
c. Hamdi
d. Islah
e. Bee Aye
f. Siti Fatimah
g. Alwee

5. Ahli Komiti Pengangkutan & Kelengkapan
a. Waqi
b. Ajit
c. Aidi
d. Jerry
e. Dani
f. Fadli
g. Izdi
h. Ahmad Wajdi
i. NoorAsh

6. Ahli Komiti Hadiah
a. Hjh Maznah
b. Hjh Rosnani DP Hj Hashim
c. Mahani
d. Noorhadi
e. Hjh Zaleha
f. Adini
g. Zati
h. Zunnur

7. Ahli Komiti Permakanan
a. Hjh Hasmah
b. Hjh Rosnani Hj Hamid
c. Hjh Maoiah
d. Hjh Noorehsan
e. Hjh NoorHira
f. Mahani Hj Abdullah
g. Dyg Masni Hj Nayan

8. Master of Ceremony
a. Dina
b. Nabilah
c. Afeena

9. Bendahari
Dyg Mazriyani
Reza Faizal
Syaza, Faiz & Aqiel

Lain-lain perkara:
1. Hadiah "Biggest Loser" akan disediakan untuk 3 pemenang yg akan ditaja oleh Hj Junaidi, Mahyon, Adini & Jerry

2. Hadiah "Lucky Draw" keluarga akan ditaja oleh setiap keluarga, satu hadiah

3. Hadiah permainan akan disediakan oleh komiti hadiah melalui wang kutipan

4. Senaman "Tai-Chi" akan ditaja oleh Hj Junaidi Hj Omar

5. Program hari keluarga akan disediakan oleh Dyg Rusydina.

Sekian untuk makluman semua ahli keluarga.


Jawatankuasa Omar-Aminah "Family Day"

Assalamualaikum WBT,

Pada tahun ini keluarga Omar-Aminah dengan izin Allah akan mengadakan lagi satu temasya hari keluarga yang akan diadakan pada bulan Jun 2010. Dalam sama-sama memeriahkan hari tersebut, beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyelenggarakan temasya tersebut. Pelbagai acara akan disediakan dan pihak jawatankuasa "induk" ingin menjemput ahli keluarga dan seterusnya menjadi ahli dalam komiti-komiti yang akan disenaraikan.

Jawatankuasa yang akan ditubuhkan adalah saperti berikut:

1. Jawatankuasa Permakanan
2. Jawatankuasa Hadiah
3. Jawatankuasa Permainan
4. Jawatankuasa Pengangkutan dan Kelengkapan
5. Bendahari

Disamping jawatankuasa yang tersebut diatas, ada lantikan berasingan juga akan diumumkan saperti "Master of Ceremony", Penasihat, Hakim-hakim dan sebagainya.

Olih yang demikian, Jawatankuasa "induk" adalah dengan ini mengalu2 kan seluruh keluarga untuk mencalonkan nama-nama bagi jawatankuasa yang bersesuaian. Satu mesyuarat akan diadakan bagi mengesahkan pencalonan serta menerangkan tugas dan tanggungjawab setiap jawatankuasa. Saperti tahun lepas, tugas dan tanggungjawab adalah mempunyai format yang sama, dan sebarang pertukaran dan tambahan akan diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Tarikh, masa dan tempat mesyurarat akan diumumkan kemudian.

Usulan saperti tarikh dan tempat temasya hari keluarga adalah juga dialu-alukan sebagai persediaan dan akan diambil kira dalam mesyuarat yang akan diadakan. Untuk pengetahuan cuti sekolah pada bulan Jun 2010 adalah bermula dari 4hb Jun hingga 20hb Jun 2010.

Semua pencalonan, usulan, pertanyaan dan sebagainya hendaklah disalurkan melalui blog ini supaya semua ahli keluarga akan dapat informasi yang lengkap mengenai sebarang perkembangan.

Pihak kami tidak lupa mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli keluarga atas sokongan dan dokongan yang akan sumbangkan itu nanti dalam sama-sama untuk menjayakan temasya hari keluarga bagi kali-2 Omar-Aminah ini.

JUARA KURANG BERAT BADAN: Family Edition

Calling all family members.....

Your holiday weight weighing you down?
















Did you enjoy the KL Bellamy Ikan Bakar and Tony Roma ribs a bit too much?

Can u even see the weighing scale or is your tummy in the way?

Don't worry, help is at hand!

To those who are (ehem) trying to renew their new year resolutions (yet again) to lose weight in 2010. Let's do something different and exciting.

Presenting JUARA KURANG BERAT BADAN: Family Edition. (roughly translated in malay to avoid any legal actions hehe).

The rules and regulations:
  1. Open to all members of Omar-Aminah family.
  2. First weigh-in will be done at a family function sometime soon. Weights and pictures of all participants will be collected and placed in Berakas for reference.
  3. All participants are free to carry out any exercise regime they wish to do in their personal time during the 6-month period. Joint sessions with other participants are welcome. (I can already hear budayang placing her advanced orders for extra iCovers....)
  4. Biggest loss in % weight after 6 months will be determined the winner. There will be attractive prizes for Top 3 "losers". The final weigh-in and prizes will be presented during the annual Family Day.
  5. In case the prizes inda memuaskan, do remember: the real prize is your improved health ;-)
  6. Please register your interest to participate to Jester or Anih by 10th January 2010.
Let's all aim towards a healthier family lifestyle =)





The City on everyone's mind


The time has come. The city awaits for Hj Omar and Hjh Aminah's family.

Probably for the first time, almost all members of this family will be taking a holiday at the same time and head to the city of Kuala Lumpur, Malaysia.

The hosts, Hj Mazanan, Hjh Hira and family and also Hj Mazrul will be hosting this family event. Due to the high numbers expected, some room allocation strategy for sleeping arrangements will have to be executed Hehee.

As expected from this family, the two main activities will be Food and Shopping ;-) Insya-Allah, a trip to Terangganu is also being planned. There will also be a wedding to attend.

For general info, here are the expected dates of arrival:

Flight on 25/11/09
Hj Abd Ghani and family (including Sengkurong family members).

Flight on 28/11/09
Hj Junaidi and family

Flight on 7/12/09
Hj Zaini and family

Flight on 11/12/09
Hjh Aminah & family, Hj Noorkaseh and family, Hj Abd Ghani, Mazriyani, Hj Md Don & family, Zakaria & family.

Flight on 13/12/09
Noorhadi and family

Hope the holiday will be good and everyone will enjoy themselves.

BIBD Wish Campaign

Jumaat, 13hb Nobember 2009, adalah hari yang bertuah bagi keluarga Hj Omar & Hjh Aminah, yang mana cucunda Noorhadi Haji Noorkaseh telah terpilih sebagai pemenang kempen Hajat BIBD bagi bulan Oktober 2009 dan telah menerima wang sebanyak B$8,000 dengan hajat beliau untuk menampung perbelanjaan yuran anak sulung nya yang mengikuti kursus di Kolej IGS.

Ucapan setinggi tahniah kepada beliau dan keluarga, semoga hajat dan hasrat yang mulia itu akan tercapai dan anak sulung nya akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Ikhlas Drp: Seluroh keluarga Hj Omar & Hjh Aminah.

Happening dates