Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Secebis coretan pengalaman seorang Peserta "TBL".......

Fasa pertama pertandingan Juara Kurang Berat Badan (The Biggest Loser - Family Edition) bagi enam bulan pertama 2010 telah berakhir pada hari Ahad lepas, 13 Jun, 2010 sempena "Hari Keluarga Omar-Aminah 2010". Pemenang-pemenangnya telah pun diumumkan dan diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jester (Hj Mazrul Adini) kerana menjuarai pertandingan ini dan sekalung tahniah kepada Mazriyani atas pencapaian sebagai Naib Juara keseluruhan dan seterusnya merangkul gelaran Juara Wanita dalam pertandingan TBL ini.

Pertandingan tidak berakhir setakat ini sahaja kerana ungkayah menurunkan berat badan dan kandungan lemak badan adalah dihasratkan untuk menjadi gaya hidup sepanjang hayat. "Ke arah Gaya Hidup Yang Sihat" - demikian cogan kata atau tema yang kita pilih bagi meraikan Hari Keluarga pada tahun ini. Pertandingan TBL akan kita teruskan lagi bagi fasa seterusnya dan kita akan melihat hasilnya dalam jangka waktu enam bulan ke hadapan. Insya Allah pada bulan Disember 2010 kita akan menyaksikan keputusan siapa pula yang akan memenangi kejuaraan TBL ini!

Dalam kita sama-sama merenung sejenak akan pencapaian kita setakat ini dalam usaha menurunkan berat badan dan mengurangkan kandungan lemak badan, ada jua baiknya kita mengongsikan pengalaman yang telah dilalui oleh peserta-peserta TBL sepanjang perjalanan yang mereka lalui sejak enam bulan yang lalu. Sebagai salah seorang peserta tersebut, izinkanlah Puda terlebih dahulu membuat coretan pertama di ruangan ini dan diharap peserta-peserta yang lain akan turut menceritakan kisah masing-masing di keluaran yang akan datang, Insya Allah.

Puda sebenarnya secara bersungguh-sungguh sudah memulakan ungkayah untuk menurunkan berat badan sejak 24 April 2009 ketika berat badan Puda waktu itu di paras 92.3 kg. Ini pernah Puda ceritakan dalam ruangan blog ini pada keluaran 10, 16 dan 31hb. Mei, 2009. Berat badan Puda secara konsisten telah berkurangan sehingga mencapai paras paling rendah iaitu 80.0 kg pada 23 September 2009. Sepanjang lima bulan tersebut, Puda telah mengamalkan gaya hidup sihat yang bersandarkan kepada keseimbangan diet makanan dan kegiatan fizikal seperti melakukan larian atau jalan pantas (brisk walking) di Pusat Peranginan Tasik Lama dan sebagainya.

Sejurus ketibaan bulan Syawal 1430 di minggu ketiga bulan September 2009, disiplin kawalan makanan Puda sudah mulai longgar dan kegiatan senaman dan fizikal yang lainnya juga sudah mula berkurang. Keghairahan menjamu selera di Hari Raya dan di hari-hari berikutnya dan ditambah lagi dengan kelembaban untuk bersenam dan melakukan kegiatan fizikal telah membawa padah! Berat badan Puda mula bertambah naik dan sehingga waktu "weighing-in" menandakan bermulanya pertandingan TBL pada awal Januari 2010 ini, berat badan Puda berada di paras 89.0 kg!!

Pertandingan TBL ini memberikan peluang kepada Puda untuk memulihkan semangat dan berusaha mendisiplinkan diri bagi mengurangkan semula berat badan Puda ke tahap yang lebih rendah lagi. Sejak bulan Januari lalu, Puda sudah memulakan kegiatan bersenam dan melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan kaki dan "jogging" di sepanjang Jalan Jerudong dan juga menjadi ahli kepada Jerudong Park Medical Centre Gymnasium. Kesemua kegiatan fizikal ini membolehkan Puda mengawal berat badan agar ianya tidak bertambah dan sekurang-kurangnya berada di paras yang konsisten.

Puda rasa cabaran yang paling besar adalah bagaimana kita boleh mengawal nafsu makan kita agar kita hanya makan makanan yang seimbang. Di dalam dua atau tiga bulan pertama sejak pelancaran pertanding TBL ini, displin mengawal diet makanan belumlah Puda laksanakan. Bersandarkan kepada kegiatan fizikal sahaja tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan. Berat badan Puda hanya turun sekedar 1 atau 2 kilo sahaja dalam jarak masa 3 atau 4 bulan tersebut.

Pada bulan Mei yang lalu, Puda membuat keputusan untuk memberikan perhatian yang serius terhadap diet permakanan Puda. Maka Puda pun mula mengamalkan "Rapid Start Diet" yang disyorkan oleh Dr. Phil Mcgraw yang mana selama dua minggu Puda berpantang makan nasi, roti (bread), sup, lemak dan mempastikan setiap 'meal' yang Puda makan mengandungi jumlah (portion) protein dan karbohidrat yang memadai dan berpatutan. Memperbanyakkan makan sayur dan salad adalah suatu kemestian. Untuk menjadikan tabiat makan seperti ini sebagai gaya hidup seharian setentunya begitu sukar dan amat mencabar. Lebih-lebih lagi hampir setiap minggu kita akan menerima jemputan kenduri kahwin dan lain-lain kenduri makan yang saban minggu kita hadapi di Brunei ini!!

Selepas dua minggu, Puda sudah boleh memakan nasi tetapi hanya daripada beras berwarna coklat atau perang (brown rice) dan memakan roti (bread) wholemeal. Jumlah protein dan karbohidrat dalam makanan juga masih dikawal pada portion yang disyorkan. Diet makanan seperti ini diteruskan lagi sehingga berat badan Puda mencapai paras yang dihajatkan iaitu 79.0 kg pada peringkat pertama ini. Setakat ini berat badan Puda berada di paras 83.8 kg - iaitu Puda telah menghilangkan lebih 5 kilogram dalam masa enam bulan!

Apakah yang Awda rasakan setelah berat badan Awda turun dan dapat dikawal? Puda setentunya merasa lebih sihat, tidak sesak nafas dan sentiasa merasa lega apabila berat badan Puda lebih ringan daripada yang sebelumnya. Dahulu Puda akan tercungap-cungap jika berlari anak selama tidak lebih dari dua atau tiga minit. Sekarang syukur Alhamdulillah, Puda berupaya berlari perlahan tanpa henti-henti sehingga 15 hingga 20 minit lamanya di atas 'treadmill' dan Insya Allah jangka masa ini akan Puda tambah lagi secara beransur-ansur sehingga mencapai 30 atau 45 minit nanti. Yang paling penting juga buat Puda adalah paras tekanan darah yang terkawal dan kandungan kolesterol berada di paras yang tidak berisiko tinggi.

Pada peringkat kedua nanti Puda merancang untuk menurunkan lagi berat badan Puda dan sasaran (target) Puda kali ini ialah penurunan sebanyak 10 kilo. Kita saksikanlah nanti sama ada sasaran ini dapat dicapai atau sebaliknya..................

Salam hormat - Puda

1 comment:

mazriyani said...

Membaca coretan pertama Pauda ani, semangat saya semakin berkobar-kobar untuk menurunkan kadar lemak saya. Ini kerana persaingan semakin sengit untuk menjuarai pertandingan ini.

Happening dates