Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Candik MABBIM

Puda baharu sahaja beberapa hari yang lalu menerima senaskhah buku Candik MABBIM ehsan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Objektif penerbitan buku ini dijelaskan oleh Penyusunnya seperti berikut:

"SETIAP JASA dan bakti yang dicurah walau sebesar dan sekecil manapun tetap dikenang dan dihargai, sementelah pula jasa dan bakti yang dicurah mempunyai kesan sejarah pada sesebuah institusi.

Penghargaan kepada mereka yang telah berjasa bukan sahaja diabadikan dalam bentuk material, bahkan yang lebih lestari diabadikan dalam sebuah buku. Buku Candik MABBIM: Meninta Sejarah ini mengetengahkan individu yang pernah berganding bahu dalam organisasi kerjasama kebahasaan serantau MABBIM, sama ada sebagai ketua, pakar bidang ilmu mahupun sebagai setiausaha. Penyajian maklumat dalam buku ini dibuat dalam bentuk biografi atau curriculum vitae (cv) serta catatan khidmat dan jasa bakti yang pernah dicurahkan sama ada dalam konteks Negara Brunei Darussalam mahupun di ketiga-tiga negara anggota MABBIM."

Puda amat terharu atas ketulusan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan sumbangan yang tidak seberapa pun daripada insan kerdil seperti Puda ini dalam kegiatan-kegiatan kebahasaan yang pernah Puda ceburi bersama MABBIM suatu ketika dulu. Puda petik beberapa halaman daripada buku tersebut yang melakarkan keterlibatan Puda dalam MABBIM sehingga dianugerahkan dengan penghormatan sebagai Tokoh MABBIM dalam tahun 2008.






Salam hormat - Puda

No comments:

Happening dates