Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Gara - Gara Hj Johari HO - siri 2

Lanjutan kepada nukilan yang lalu bertajuk "gara-gara Hj Johari HO" yang diikuti lagi oleh penulis Jester , maka jelaslah sudah bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh" bagi meleraikan isu tali persaudaraan yang begitu lama sejak tahun 70-an lagi diantara Hj Johari HO dan Hj Abdul Ghani HO.

Detik pertemuan yang klassik disaat Hj Abdul Ghani HO meraikan ulang tahun ke 58 merupakan anugerah tuhan yang sangat tinggi nilainya apatah lagi isu tali persaudaraan ini memakan masa begitu lama. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang mempertemukan dua saudara kandung yang merindui sekian lama seperti dalam siri "Jejak Kasih" dalam siaran TV3 satu ketika dulu.

Potret dua bersaudara kandung ini yang diabadikan anak kandung dan anak saudara mereka Jester menjadi bukti yang kukuh yang tidak dapat dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dikalangan masyarakat setempat. Mudah-mudahanlah isu atau kemelut yang berpanjangan akan selesai dalam waktu terdekat supaya jangan lagi ada keraguan yang timbul dimasa akan datang.

Detik pertemuan yang samada dirancang atau tidak, atau apakah ia merupakan suratan atau kebetulan bukanlah menjadi soal pokok malah apa yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan, segala persoalan sudah pun terjawab. Semogalah tali persaudaraan dua beradik kandung ini bertambah kukuh dan dikurniakan kehidupan aman, sejahtera dan sihat walafiat dalam lindungan Allah SWT.. Amin.

Temasya Hari Keluarga - Versi Puda - Bahagian II

Seterusnya permainan dilanjutkan dengan penyertaan peserta lelaki dalam acara memilih dan menamakan rempah.
Waduh......rupa-rupanya masih ada yang tidak mengenali jenis rempah seperti bunga lawang, cengkih, kacang kuda dan sebagainya!! Terciptalah nama-nama rempah yang baharu seperti "bunga karing", "cengala", "kacang putih" dan entah apa lagi yang ditulis durang ane???

Kemudian permainan diteruskan lagi dengan acara perlumbaan berlari menuju belakang (back sprint). Ramai peserta kanak ikutserta dalam acara ini, tetapi terdapat juga jagau-jagau seperti Jester dan Haji Can7ona serta Bibeh dalam acara ini!!!


Acara yang paling popular pada hari tersebut ialah acara berpasangan mengenakan (memakaikan) tudung dan sinjang. Lihatlah gelagat peserta lelaki dengan kreativiti masing-masing memasang tudung ke atas pasangan perempuan dan pihak perempuan pula memasangkan kain sinjang ke atas pasangan lelaki masing-masing.

Salam hormat - Puda

Detik pertemuan kembali


Cerita kali ini merujuk kepada cerita PATNO yang lalu tentang dua orang adik beradik kembar, Hj Johari H.O. dan Hj Abdul Ghani H.O. Setelah sekian lama berpisah, ditakdirkan bertemu kembali pada malam ini. Peluang keemasan tidak dilepaskan begitu sahaja. Anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani sempat merakamkan detik pertemuan ini dengan mengambil potret yang berharga yang dipaparkan diatas. Memang wajarlah potret ini diambil oleh anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani ini kerana ia juga dikenali dulu dengan nama samarannya "H.O." hehehe



Happy Birthday Pa! What a nice present! ;-)

Temasya Hari Keluarga - Versi Puda

Awda telah puas menatap gambar-gambar yang dititipkan oleh Anih dalam dua entri laman blog ini secara berturut-turut - gambar-gambar yang diabadikan semasa Temasya Hari Keluarga yang berlangsung pada hari Ahad lalu, 25hb Januari, 2009.

Pada kesempatan keluaran blog kali ini, Puda sukacita mengambil kesempatan untuk mempaparkan beberapa potret wajah ahli-ahli keluarga Haji Awang Omar & Hajah Siti Aminah semasa Temasya tersebut dan kesemua lakaran potret wajah ini telah diilhamkan oleh Dani.

Aturcara pertama pada pagi tersebut adalah senam aerobik "Poco-Poco" dan saksikanlah gelagat masing-masing semasa melakukan senaman tersebut:




Sebelum acara utama permainan (games) dijalankan, terlebih dahulu bacaan doa selamat telah disampaikan oleh Uwa Haji Noorkaseh.


Kata-kata aluan juga telah disampaikan oleh salah seorang Penaung di dalam Jawatankuasa Penyelenggara Temasya tersebut.


Setelah itu baharulah acara permainan dimulakan. Permainan pertama adalah peraduan lumba lari "wheelbarrow". Saksikan aksi masing-masing peserta dalam acara ini:


Gambar-gambar dalam acara-acara seterusnya akan dimuatkan dalam posting yang akan datang.

Salam hormat - Puda

Happy Birthday Bapa/Nenek Boy

Selamat Hari Jadi diucapkan kepada Bapa/Nenek Boy, Hj Abdul Ghani bin Haji Omar pada hari ini, 26hb Januari 2009. Dipanjatkan doa semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan sihat walafiat. AMIN...



Ikhlas daripada isteri, anak-anak, menantu dan cucu-cucu.

Family Day Part II

Antara permainan yang tidak kurang hebatnya ialah permainan tudung dan sinjang dimana pihak lelaki memakaikan partnernya tudung dan yang perempuan memakaikan sinjang. Lihatlah kreativiti peserta dalam acara ini.

Haha.. PaIring ah hentam kromo usul Auntie dililitkannya tudung ah

Ani ada jua usulnya sikit

Ani, not bad lah jua usulnya
Ani, fesyen tudung terbaru 2009

Pemenang. Tahniah

Jester.. boleh tahan jua lah
Another fesyen tudong terkini 2009

Abg Ash mempergayakan fesyen sinjang kepada hakim

Tua kilanas dengan gaya pendekar 'mustar'Sebahagian peserta menunggu keputusan hakim

Hakim bagi acara ini, Dhe bersama isterinya. Lain jua skill orang berpengalaman. Lilitan tudung atu sempurna.
Terima kasih Dhe.

Regards,
Anih

Family Fun Day

Alhamdulillah, acara family day yang dijadualkan pada hari minggu, 25hb Januari 2009 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun keadaan cuaca tidak menentu, berkat doa semua keluarga, cuaca pada hari tersebut mengizinkan.

Family Group Photo

Keluarga Hj Noorkaseh

Keluarga Hj Abdul Ghani

Keluarga Hj Mohd Zaini

Keluarga Hj Junaidi
Keluarga Hj Mohd Don
Keluarga Mohd Noh
Acara bermula dengan bacaan doa selamat.

Doa Selamat


Newspaper games

Berdangdut

Apple games

UnagiBoy
Nini Angah ber-Aerobic

Pihak Urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak samada yang terlibat secara langsung maupun yang tidak secara langsung kerana tanpa kerjasama abiskita, acara ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah....

Will update more pics in a later post.

Jester, seperti yang dicadangkan sila adakan voting samada acara ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan atau sebaliknya.

Regards,
Anih

Outcome Meeting for Family Day

Minit Mesyuarat Kedua
Tarikh: 11 Januari 2009 bertempat di Royal Brunei Golf Club (RBGC)

Acara majlis 'Family Fun Day'

Alhamdulillah, mesyuarat yang dijadualkan petang tadi dapat berjalan dengan sempurna dan mencapai objektif mesyuarat (selain
daripada agenda yang lain iaitu 'mengasak makanan' - cuba tah liat gambar yang dipaparkan. You wonder kan meeting atau kan makan).



Awie dengan boxing chicken


Mesyuarat Bermula......
Urusetia dengan minit mesyuratnya

Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan



Lapuran daripada setiap jawatankuasa telahpun disahkan seperti berikut:
  1. Jawatankuasa Permainan
Permainan dibahagikan kepada 3 kategori; 'fast game','time game' dan 'kuiz game'.
Fast game
  • Wheelbarrow -2 orang
  • Threelegged race- 2 orang
  • Memakai tudong and sinjang – (husband and wife)
  • Folded newspaper- 2 groups; adult & kids dan husband & wife.
  • reverse sprint (kids) - 2 orang
  • Bubbing apple (individual)
  • Pancing bottle (individual)
  • Permainan SMS (adult/kidz)
Time Game
  • Telur, Straw (group- creativity game)
  • Spies game (group)
  • Treasure hunt (solo) kids only
Quiz game
  • Guessing Weight (can be participated by all category age)
  • Guessing Blog (can be participated by all category age)

Jester dan Amoy memberikan penerangan mengenai Games

Adalah di sarankan setiap individu tidak kira tua atau muda untuk menyertai permainan yang dirancangkan. Setiap kumpulan tidak boleh dianggotai oleh ahli daripada satu keluarga yang sama (mesti mix). Ini adalah bagi membolehkan keluarga dapat bergaul dan beramah mesra dengan keluarga yang lain.
Pendaftaran akan dibukakan pagi hari tersebut. (Jawatankuasa Permainan-sila sediakan borang pendaftaran)

2) Jawatankuasa Permakanan
Wakil jawatankuasa permakanan melaporkan makanan akan disediakan dalam 3 courses, i) sarapan pagi; ii) makan tengahari dan iii) minum petang. Menu-menunya adalah seperti berikut:


Sarapan pagi
  • Sandwiches
  • Kaichok
  • Minuman panas
(ada jua request untuk menyediakan roti canai..hahaha..ngalih saja aerobic)

Makan tengahhari
  • Nasi Ayam
  • Sayur Kampung
  • Ikan
  • Ulam-ulaman
  • Ayam goreng
Minum petang
  • Cucur-cucuran
  • Roti john
  • Minuman sejuk dan panas
Sibuk membincangkan menu


Mana-mana keluarga yang bermurah hati untuk membawa makanan lain adalah jua dialu-alukan seperti buah-buahan.
Keluarga Haji Noorkaseh memaklumkan kesanggupan untuk ‘sponsor’ lalap. Setiausaha merakamkan ucapan terima kasih dan kepada keluarga lain yang akan mengikut atu tah yang dialu-alukan.

3) Jawatankuasa Hadiah

Hadiah bagi permainan akan disediakan mengikut acara permainan yang telah dipersetujui. Tertakluk jua kepada peruntukan yang ada, setiap permainan akan diberikan kepada pemenang pertama sahaja. Berlainan dengan permainan bagi kanak-kanak, hadiah akan disediakan bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga.

Bagi hadiah tiket bertuah, sekali lagi dibagitau, hadiah adalah daripada setiap keluarga. Jumlah hadiah yang diberikan tidak ada paksaan, seangkat-angkat hati. Ada jua usulan supaya ada grand draw seperti tiket ke KL kah, atu tertakluk lah sponsor yang bermurah hati tu. Kalau ada labih duit, boleh jua, jawatankuasa hadiah tolong membalikan. (Bah ceti, take note tu.... paning tia lagi ceti ni karang).

4) Jawatankuasa Bouncer
Bouncer yang dipilih samada titanic atau yang 'smaller version' tertakluk kepada peruntukan yang disediakan.


Bouncer mana kan dipilih ani kan?

5) Jawatankuasa Kelengkapan
Jawatankuasa memaklumkan bahawa semua kenderaan akan diletakan di masjid kg masin. Shuttle bus akan disediakan untuk membawa ahli-ahli ke rumah Hj Junaidi.


Melukis dan menunjukkan peta untuk parking

6) Lapuran Kewangan (Ceti)
Setakat ini sebanyak $1000+ telahpun dapat dikutip. Yang belum menjelaskan atu, sila hadapkan kepada ceti sebelum 22hb Januari 2009 sebelum di 'uyung' ceti dengan payung-payungnya.


Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat dibacakan oleh salah seorang penaung acara majlis.

Bacaan Doa Penutup

Sebelum mesyurat bersurai, mesyuarat juga merakamkan ribuan terima kasih kepada penaja hi-tea iaitu keluarga Hj Mohd Don, ahli-ahli Jawatankuasa kerana sudi hadir bagi mesyuarat tersebut dan tidak lupa kepada 'photographer' of the day (rezafaizal.com).

Sekian.

Best Regards,
Anih.

Happening dates