Tarikh: 11 Januari 2009 bertempat di Royal Brunei Golf Club (RBGC)
Alhamdulillah, mesyuarat yang dijadualkan petang tadi dapat berjalan dengan sempurna dan mencapai objektif mesyuarat (selain daripada agenda yang lain iaitu 'mengasak makanan' - cuba tah liat gambar yang dipaparkan. You wonder kan meeting atau kan makan).
Mesyuarat Bermula......
Lapuran daripada setiap jawatankuasa telahpun disahkan seperti berikut:
- Jawatankuasa Permainan
Fast game
- Wheelbarrow -2 orang
- Threelegged race- 2 orang
- Memakai tudong and sinjang – (husband and wife)
- Folded newspaper- 2 groups; adult & kids dan husband & wife.
- reverse sprint (kids) - 2 orang
- Bubbing apple (individual)
- Pancing bottle (individual)
- Permainan SMS (adult/kidz)
- Telur, Straw (group- creativity game)
- Spies game (group)
- Treasure hunt (solo) kids only
- Guessing Weight (can be participated by all category age)
- Guessing Blog (can be participated by all category age)
Adalah di sarankan setiap individu tidak kira tua atau muda untuk menyertai permainan yang dirancangkan. Setiap kumpulan tidak boleh dianggotai oleh ahli daripada satu keluarga yang sama (mesti mix). Ini adalah bagi membolehkan keluarga dapat bergaul dan beramah mesra dengan keluarga yang lain.
Pendaftaran akan dibukakan pagi hari tersebut. (Jawatankuasa Permainan-sila sediakan borang pendaftaran)
2) Jawatankuasa Permakanan
Wakil jawatankuasa permakanan melaporkan makanan akan disediakan dalam 3 courses, i) sarapan pagi; ii) makan tengahari dan iii) minum petang. Menu-menunya adalah seperti berikut:
Sarapan pagi
Pendaftaran akan dibukakan pagi hari tersebut. (Jawatankuasa Permainan-sila sediakan borang pendaftaran)
2) Jawatankuasa Permakanan
Wakil jawatankuasa permakanan melaporkan makanan akan disediakan dalam 3 courses, i) sarapan pagi; ii) makan tengahari dan iii) minum petang. Menu-menunya adalah seperti berikut:
Sarapan pagi
- Sandwiches
- Kaichok
- Minuman panas
Makan tengahhari
- Nasi Ayam
- Sayur Kampung
- Ikan
- Ulam-ulaman
- Ayam goreng
- Cucur-cucuran
- Roti john
- Minuman sejuk dan panas
Mana-mana keluarga yang bermurah hati untuk membawa makanan lain adalah jua dialu-alukan seperti buah-buahan. Keluarga Haji Noorkaseh memaklumkan kesanggupan untuk ‘sponsor’ lalap. Setiausaha merakamkan ucapan terima kasih dan kepada keluarga lain yang akan mengikut atu tah yang dialu-alukan.
3) Jawatankuasa Hadiah
Hadiah bagi permainan akan disediakan mengikut acara permainan yang telah dipersetujui. Tertakluk jua kepada peruntukan yang ada, setiap permainan akan diberikan kepada pemenang pertama sahaja. Berlainan dengan permainan bagi kanak-kanak, hadiah akan disediakan bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga.
Bagi hadiah tiket bertuah, sekali lagi dibagitau, hadiah adalah daripada setiap keluarga. Jumlah hadiah yang diberikan tidak ada paksaan, seangkat-angkat hati. Ada jua usulan supaya ada grand draw seperti tiket ke KL kah, atu tertakluk lah sponsor yang bermurah hati tu. Kalau ada labih duit, boleh jua, jawatankuasa hadiah tolong membalikan. (Bah ceti, take note tu.... paning tia lagi ceti ni karang).
4) Jawatankuasa Bouncer
Bouncer yang dipilih samada titanic atau yang 'smaller version' tertakluk kepada peruntukan yang disediakan.
5) Jawatankuasa Kelengkapan
Jawatankuasa memaklumkan bahawa semua kenderaan akan diletakan di masjid kg masin. Shuttle bus akan disediakan untuk membawa ahli-ahli ke rumah Hj Junaidi.
6) Lapuran Kewangan (Ceti)
Setakat ini sebanyak $1000+ telahpun dapat dikutip. Yang belum menjelaskan atu, sila hadapkan kepada ceti sebelum 22hb Januari 2009 sebelum di 'uyung' ceti dengan payung-payungnya.
Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat dibacakan oleh salah seorang penaung acara majlis.
Sebelum mesyurat bersurai, mesyuarat juga merakamkan ribuan terima kasih kepada penaja hi-tea iaitu keluarga Hj Mohd Don, ahli-ahli Jawatankuasa kerana sudi hadir bagi mesyuarat tersebut dan tidak lupa kepada 'photographer' of the day (rezafaizal.com).
Sekian.
Sekian.
Best Regards,
Anih.
No comments:
Post a Comment