
Cerita kali ini merujuk kepada cerita PATNO yang lalu tentang dua orang adik beradik kembar, Hj Johari H.O. dan Hj Abdul Ghani H.O. Setelah sekian lama berpisah, ditakdirkan bertemu kembali pada malam ini. Peluang keemasan tidak dilepaskan begitu sahaja. Anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani sempat merakamkan detik pertemuan ini dengan mengambil potret yang berharga yang dipaparkan diatas. Memang wajarlah potret ini diambil oleh anak lelaki sulung Hj Abdul Ghani ini kerana ia juga dikenali dulu dengan nama samarannya "H.O." hehehe

Happy Birthday Pa! What a nice present! ;-)
No comments:
Post a Comment