Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


GALLERY BUDAYA KAMPUNG AIR

Gallery di atas telah dirasmikan oleh DPMM AL MUHTADEE BILLAH pada 19hb. Ogos yang lalu.

Apa yang menarik ialah gallery ini terletak di atas tapak bekas SEKOLAH MELAYU LELA MENCHANAI. Sekolah ini telah ranap dijilat api beberapa tahun yang lalu. Tinggallah nama sekolah ini sebagai bahan sejarah pendidikan awal di negara katani.

Sekolah yang bertiang simen dan berdinding kayu telah mula digunakan pada tahun 1956. Guru Besar pertama ialah Allahyarham DP Haji Hashim nini tua Mabohai. Sejak itulah nini Haji Tahir mula membuka tuck shop dan Niaman atau adik nini Hj Tahir jadi kitchen staff di sekolah tersebut.

Di Sekolah ini juga tempat anak-anak lelaki Haji Omar kecuali Hj Md. Don HO menuntut. Malah banyak orang ternama pernah menuntut di sekolah ini, kerana inilah satu-satunya sekolah pertama di kampung air.

Justru ada baiknya generasi sekarang jika ada kesempatan melawat gallery dengan menaiki motor tambang untuk membangkitkan nostalgia kami yang pernah hidup di kampung air ini. Tambahan lagi untuk mempromosi pelancongan di nagara katani, ada lah wajar generasi sekarang berkunjung untuk meninjau sejarah kampung air tempat awal mulanya kehidupan yang pernah Allahyarham Haji Omar dan keluarga diami.

No comments:

Happening dates