Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Wabak Pembawa Maut

Kita sekali lagi dikejutkan oleh satu wabak pendemic A(H1N1)berbahaya melanda dunia termasuk negara katani.

Sebelum ini pula kita juga dilanda beberapa wabak seperti selsema burung , penyakit tangan , kaki dan mulut beberapa ketika dulu. Tetapi apa yang mungkin generasi sekarang tidak ketahui dalam tahun 60-an wabak kolera atau taun pernah melanda negara dan mengorbankan ratusan jiwa terutama di Kg. Ayer.

Kira-kira dalam tahun 1965, wabak ini telah menggemparkan negara katani. Dalam sekelip mata saja wabak ini telah menular mungkin disebabkan tahap kesihatan belum begitu canggih seperti sekarang, walaupun penduduk belum begitu ramai. Saya masih ingat kami berpusu-pusu mendapatkan suntikan di hospital lama di Bandar Brunei ketika itu.

Salah satu langkah diambil kerajaan ketika itu ialah mengawal penjualan makanan kerana kuman dibawa dari makanan melalui lalat. Oleh karana itu agak terjejas perniagaan abis keluarga katani disebabkan tuck-shop tidak dibenarkan menjual sebarang makanan seperti mee dan kacang iaitu sumber rezki keluarga katani.

Pada waktu itu seingat saya sekolah tidak ditutup. Terdengarlah keluh kesah rakan-rakan sekolah yang menceritakan sebilangan keluarga mereka yang maut akibat wabak taun. Dalam sebuah rumah itu sampai belasan orang yang meninggal dunia. Contohnya jika hari ini seseorang menghantar jenazah ke tanah perkuburan, keesokan harinya dia yang pula dikebumikan.

Demikianlah secebis kisah yang ingin saya ristakan untuk tatapan generasi sekarang sebagai renungan dan iktibar kita semua. Mudahan wabak A(H1 N1) yang masih menular di seluruh dunia yang sudah mengakibatkan ribuan jiwa terkorban akan dapat dibendung secepat mungkin. Amin…

No comments:

Happening dates