Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Gelikan Binatang Satu Phobia

Kebanyakan ahli keluarga katani tidak dapat dinafikan mempunyai tabiat gelikan jenis binatang atau haiwan berbulu seperti kucing dan tikus. Malahan ini menjadikan satu phobia bagi sebilangan ahli keluarga katani.

Tidaklah payah disebutkan nama mereka ; jangankan bertembung malahan mendengar nama binatang ini saja pun mereka geli gaman dibuatnya.

Diketuai oleh Tok Minah dan diwarisi oleh anak dan cucunya,mereka lari bertempiaran apabila saja mendengar nama binatang ini disebut walaupun binatang itu tidak ada di situ. Pernah anak kucing tidur di atas pakaian, pakaian itu langsung dibuang kerana terlalu gelikan binatang itu. Siapakah orang yang sangat gelikan haiwan itu carilah sendiri orangnya!

Tetapi kalau kita tinjau Dhe merupakan hero katani kerana beliau ini sangat sayang terhadap haiwan peliharaan ini. Kalau ibu kucing melahirkan anak , lantas baru beberapa hari umur anak kucing itu diusapnya tanpa ada kegelian langsung. Bayangkan saja apa reaksi abis Tok Minah belihat gelagat DHE ini!

Kalau kita fikirkan dengan logiknya sepatutnya haiwan ini seharusnya takut kepada katani manusia; tidakkah haiwan ini akan ketawa kalaulah mereka ini pandai berfikir..

Pernah satu kejadian Haji Amin @Pak Poh cuba menggelikan Hajjah Hira terhadap anak kucing yang sebetulnya tidak ada langsung, tetapi orang lain yang cuba mengambil parang! Siapakah orangnya? Carilah sendiri!

Disamping haiwan berbulu ada juga yang gelikan lipas dan cicak. Carilah juga siapakah orangnya!

Pada hakikatnya perbuatan menggelikan orang lain dengan haiwan ini merupakan satu kesalahan malah mereka boleh membunuh kalau mereka ini betul-betul tanpa sedarkan diri lagi atau semi-conscious. Salah seorang dari ahli keluarga katani memang sangat sensitif terhadap haiwan berbulu ini.

Mengikut sejarah Islam pula Rasulullah S.A.W. amat gemar memelihara haiwan kucing ini demikian juga sahabat baginda Abu Hurairah R.A. yang banyak memelihara kucing. Mengikut riwayat, Baginda Rasulullah S.A.W. memberi gelaran Abu Hurairah itu sempena nama kucing walaupun nama asalnya bukan Abu Hurairah .. Riwayat ini pun seingat saya dengar dari ceramah ugama daipada apa yang saya pernah ikuti satu ketika dulu.. Wallahuaklam.

No comments:

Happening dates