Tahukah awda bahawa kira-kira 43 tahun yang lalu, salah seorang anak lelaki Hj Awg Omar dan Dyg Hjh Aminah telah terpilih menerima biasiswa Kerajaan Brunei untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Singapura. Maka dalam bulan Julai, 1965 sekumpulan 10 orang pelajar aliran Inggeris (2 orang dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Brunei dan 8 orang dari Maktab Anthony Abel, Seria) dan 10 orang pelajar aliran Melayu telah berangkat meninggalkan Brunei menuju ke Singapura bagi meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Telok Kurau, Still Road, Geylang. Salah seorang penuntut tersebut ialah Mohd Zaini bin Haji Awang Omar.
Perjalanan dari Brunei ke Singapura di tahun enam puluhan tidaklah semudah dan secepat yang kita alami pada masakini. Kebiasaannya para pelancong dan pengembara pada waktu itu akan menaiki kapal laut dan pelayaran akan mengambil waktu selama 4 hingga 5 hari. Bagi yang bernasib baik berpeluang menaiki pesawat udara, mereka akan menaiki pesawat Dakota atau Fokker Friendship yang menggunakan kipas. (Belum ada pesawat Jet jenis Boeing atau Airbus pada waktu itu!!)
(keratan akhbar Borneo Bulletin - Penuntut bergambar ramai sejurus sebelum berlepas ke Singapura. Puda duduk di hadapan hujung sebelah kiri.)
Puda masih ingat, pada bulan Julai 1965 itu, Puda beserta kumpulan pelajar Brunei yang lainnya telah berangkat dari Lapangan Terbang Lama Berakas (tapak terminal lapangan terbang itu sekarang sudah didirikan bangunan Jabatan Percetakan) kira-kira jam 11.00 pagi menaiki pesawat udara Dakota menuju ke Kuching, Sarawak. Setelah empat jam dalam penerbangan, baharulah kami sampai di Kuching. Kami terpaksa berpunggah ke pesawat udara yang lain untuk meneruskan penerbangan dari Kuching ke Singapura; dan penerbangan ini juga memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Kami sampai di Lapangan Terbang Paya Lebar Singapura kira-kira jam 10.00 malam. Demikian peritnya perjalanan dari Brunei ke Singapura pada waktu itu!!
3 comments:
Puda, great post for the first "Tahukah Awda?" series!
Thanks for posting. Let's hope there's more to come.
Thanks, Jester. Hope I am not the only contributor to this potentially great series. We need input from veteran members of our family - the likes of your dad as well as Uwa Laki. May be our blog focal point authors can interview them and then relay those interesting stories to this blog.
Puda, great idea. Will be nice to hear the stories from the other veterans as well.
Bah, to all author focal points, time to dig those classic stories!
Post a Comment