Kebetulan Puda berada di Kuala Lumpur tempoh hari, maka ingin jua rasanya Puda menjalani rawatan tersebut. Oleh yang demikian, Puda pun telah membuat temujanji dengan Dr Shahdan untuk mendapatkan prosedur rawatan 'ozone' di hospital di mana Dr Shahdan bertugas ia itu Hospital Pakar Al-Islam di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Puda juga menyarankan agar Bonda Hajah Aminah (Tok Minah) juga menjalani rawatan tersebut tekeduhung beliau berada di Kuala Lumpur waktu itu. Mendengar akan rawatan di hospital itu, Tok Minah terus merasa gentar dan keluarlah 'uri' beliau. Beberapah hari sebelum rawatan, Tok Minah bertubi-tubi asyik mengajukan pertanyaan mengenai prosedur rawatan dan sama ada rawatan itu menyakitkan atau tidak!! Semasa kami menghadiri jemputan makan malam di rumah Dr Shahdan, kami mengambil kesempatan meminta Dr Shahdan menjelaskan sejelas-jelasnya kepada Tok Minah mengenai rawatan tersebut. Mendengar penjelasan Dr Shahdan itu, barulah Tok Minah merasa reda dan tenang sedikit. Bak kata orang, 'confidence level'nya pun agak menaik sedikit!!
Pada hari Khamis, 26 Mac 2009, kami pun berangkat menuju Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru. Kami terlewat hampir satu jam kerana kesesakan jalan raya dalam perjalanan dari Taman Melati melalui lebuhraya menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Turut serta untuk menerima rawatan 'ozone' selain daripada Puda dan Tok Minah ialah Uwa Laki (Haji Noorkaseh), Angah Hajah Hasmah dan Bu Amit (Hajah Mahani). Uwa Laki turut mendapatkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh iaitu mengambil contoh darah dan menjalani pemeriksaan pendengaran dengan seorang pakar ENT.
Prosedur rawatan 'ozone' amatlah mudah dan ringkas. Darah kami diambil (prosedurnya sama seperti prosedur menderma darah) melalui suntikan jarum di lengan masing-masing dan darah tersebut disimpan di dalam botol khas. Kemudian darah di dalam botol itu digoncang dan dibubuh dengan 'medication' atau 'vitamin' tertentu sebelum ianya dimasukkan kembali ke dalam badan melalui suntikan jarum tadi.
Lihatlah telatah kami semasa menjalani prosedur rawatan 'ozone' tersebut:
Salam hormat dari: -Puda-