Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Majlis Perkahwinan di Tanjung Bunut - acara rasmi akan bermula


Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon buluh.
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah bersusun jari sepuluh.

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon nangka.
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.


Maka dengan bermulanya mesyuarat keluarga Awang Haji Noor Kaseh bin Awang Ahmad dengan seluruh kerabat warga keluarga Dayang Hajah Aminah (Tok Minah) di rumah Awang Haji Mazanan di Tanjung Bunut malam tadi, maka kerja-kerja (berperusahaan) persediaan bagi majlis Perkahwinan AWANG HAJI NOOR AFIFI ISLAH sudah pun bermula dan pembahagian tugas dan tanggungjawab kepada mereka yang diamanahkan sudah pun dirasmikan. Puda ingin menyarankan agar ahli-ahli Jawatankuasa Publisiti dan Seranta yang diketuai oleh Dayang Hajah Noor Aida (Amoy) dapat menyisipkan dan memuatkan maklumat-maklumat penting dan terkini di ruang blog ini bagi makluman ahli-ahli keluarga yang berkenaan. 

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
Bukan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Salam hormat daripada - Puda


Perkembangan Terkini (Latest Update)

Puda sekadar ingin memberigakan perkembangan terkini mengenai berat badan Puda sehingga hari ini, 31 haribulan Mei, 2009. Hari ini sudah masuk hari ke 38 sejak Puda mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan secara seimbang dan melakukan kegiatan fizikal seperti senaman dan berjalan menaiki bukit di kawasan Peranginan Tasik hampir setiap hari. Hasilnya lihatlah graf di bawah yang menunjukkan perkembangan berat badan Puda sejak 24 haribulan April, 2009 sehingga 31 haribulan Mei, 2009. Berat badan Puda sudah menurun hampir 8 kilogram, tetapi masih JAUH untuk mencapai matlamat bagi menurunkan berat badan hingga melebihi 20 kilogram!! 

Terpaksa tah Puda berkerja lebih keras lagi di minggu-minggu hadapan dan sementara itu banyak lagi jamuan-jamuan makan orang kahwin yang perlu dikawal dan diawasi agar tidak terpengaruh untuk makan mengikut hawa nafsu sahaja!! 

Salam hormat daripada - Puda

Gaya Hidup Sihat - Bagaimana mencapainya?


Pada akhir tahun 2007, Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan  (Integrated Health Screening and Health Promotion) bagi warga Perkhidmatan Awam sempena 100 tahun Perkhidmatan Kesihatan. Antara matlamatnya ialah:
  • menguji dan memeriksa penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit (penyakit jantung koronari, diabetis, penyakit buah pinggang, kanser (usus besar, pangkal rahim dan payudara), tekanan darah tinggi; dan status kesihatan mata dan gigi.
  • memberi peluang kepada setiap Warga Perkhidmatan Awam menjalani pemeriksaan kesihatan
  • menambah pengetahuan mengenai penyakit kronik tidak berjangkit yang ada kaitan dengan cara hidup
  • mendapatkan rawatan dan/atau khidmat nasihat awal mengenai kesihatan mereka jika perlu
  • menanamkan kesedaran bahawa kesihatan diri adalah tanggungjawab bersama
  • membolehkan setiap Warga Perkhidmatan Awam mempunyai pengetahuan untuk membuat keputusan yang termaklum (informed decision) mengenai kesihatan masing-masing
  • menjana ke arah kehidupan yang berkualiti

Walaupun Puda bukan Warga Perkhidmatan Awam, Puda turut menumpang kasih dengan meminta ehsan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan fail yang mengandungi berbagai booklet dan buku panduan Am mengenai Pemakanan Sihat dan Langkah-Langkah Mudah Ke arah Kehidupan yang lebih Bermakna Dan Berkualiti Dengan Cara Hidup Sihat.

Di dalam buku panduan ini, Kementerian Kesihatan menyarankan bahawa terdapat empat pedoman asas yang mudah untuk cara hidup sihat:
  • Amalkan makanan yang sihat dan seimbang
  • Sentiasa lakukan kegiatan fizikal seperti bersenam
  • Jangan merokok
  • Atasi stres



Arahan yang terkandung dalam 'bullet points' ketiga dan keempat di atas rasa-rasanya sudah dapat Puda patuhi sepenuhnya. Puda sudah pun berhenti merokok sejak lebih empat tahun yang lalu dan sejak Puda bersara dari perkhidmatan di Syarikat Minyak Brunei Shell dalam bulan April 2007, tekanan stres Puda berada dalam paras yang boleh dikawal sepenuhnya kerana Puda tidak lagi berada dalam persekitaran pekerjaan yang penuh dengan tekanan stres yang tinggi. 

Yang menjadi cabaran Puda sekarang ini adalah memenuhi saranan atau arahan yang terkandung dalam 'bullet points' pertama dan kedua di atas iaitu berhubung dengan mengamalkan makanan sihat dan seimbang serta melakukan kegiatan fizikal. Kedua-dua arahan ini berkait langsung dengan berat badan seseorang.  Memang kelihatan di atas kertas, kedua-dua saranan ini seolah-olah mudah untuk dipraktikkan; lebih-lebih lagi sumber informasi mengenai makanan sihat dan seimbang dan kaedah serta cara-cara melakukan kegiatan fizikal seperti senaman mudah didapati di mana-mana. Tetapi pada hakikatnya kita masih terkial-kial untuk mempraktikkan arahan-arahan ini secara konsisten. Berat badan kita yang pada awalnya mula menurun setelah memulakan program 'diet', tiba-tiba kembali meninggi beberapa ketika kemudian dan ianya terus tidak dapat dikawal dan akhirnya kita merasa kecewa dan terus menyerah kalah. Program 'diet' seperti ini biasanya banyak bergantung kepada kekuatan 'will power' menahan diri dan mengelak daripada menurut hawa nafsu untuk makan sesuka hati. Apabila 'will power' itu sudah luntur, kita mula mengalah dan kesudahannya kita masih mengamalkan tabiat lama dengan makan secara tidak berancang dan menurut hawa nafsu sesuka hati.

Apabila Puda membaca buku Dr Phil McGraw  berjodol "The Ultimate Weight Solution" itu, beliau menekankan bahawa program kegiatan untuk menurunkan berat badan TIDAK berasaskan kepada 'will power' tetapi lebih merupakan suatu perancangan bagi mengubah gaya hidup kta kepada gaya hidup yang sihat dan berkuailiti. Ia bolehlah dikatakan sebagai suatu 'reformasi diri' bagi membawa perubahan terhadap sikap dan fikiran kita kepada sesuatu yang lebih bersifat positif dengan fikiran yang lebih terbuka. Ia menekankan betapa pentingnya strategi dan perancangan daripada hanya menumpukan kepada persoalan 'diet'.

Dr. McGraw menggariskan tujuh 'kunci' utama bagi melepaskan diri kita dari belenggu yang menahan  kita untuk mencapai sasaran menurunkan berat badan secara tetap (permanent). Tujuh kunci utama bagi membantu kita mencapai Kemerdekaan Terhadap Penurunan Berat Badan (Weight Loss Freedom)!!

 Apakah tujuh kunci utama itu? Kita akan bincangkan dalam posting yang akan datang......


Salam hormat daripada - Puda

Cara Hidup Sihat (Healthy Life Style)

Semasa Puda masih bekerja di Syarikat Minyak Brunei Shell beberapa tahun lalu, Puda selalu disogokkan dengan program Cara Hidup Sihat (Healthy Lifestyle Programme) yang mana Puda hanya rajin mengumpulkan bahan-bahan informasi yang diagih-agihkan tetapi kurang mempraktikkan apa yang disaran dalam program tersebut. Sehingga apabila Puda menemui doktor pada setiap temujanji yang ditetapkan dalam program tersebut, Puda seringkali diingatkan agar mematuhi arahan-arahan seperti memakan makanan secara seimbang dan melakukan kegiatan senaman fizikal seperti yang disyorkan di dalam leaflet dan doket informasi yang diedarkan terlebih dahulu kepada Puda. Kerana kedegilan Puda membuat respons yang positif terhadap saranan yang diberikan, berat badan Puda telah bertambah dan lebih dua minggu lepas ianya mencecah kepada 92.3 kilogram. 

Selain daripada berat badan yang berlebihan, Puda juga terpaksa memakan ubat preskripsi doktor bagi mengawal tahap tekanan darah yang tinggi (atau hypertension) dan paras kolesterol yang tinggi. Pendek kata, profail kesihatan Puda berada dalam keadaan berisiko tinggi dan ia memerlukan pengawasan dan pemantauan yang rapi. Sebab itulah Puda perlu menemui doktor setiap 4-5 bulan sekali bagi pemeriksaan tekanan darah, paras kolesterol dan juga paras asid urik (uric acid yang penyebab utama penyakit sejahan atau 'gout').

Sejak kebelakangan ini, sekonyong-konyong Puda mendapat rawatan dari Tuan Imam Haji Ramdzan di Kampong Permatang Duku, Pontian Kecil, Johor pada bulan Ogos 2008 yang lalu, Alhamdulillah paras kolesterol dan tekanan darah Puda sudah beransur pulih ke paras normal dan Puda jarang sekali mengalami sakit sejahan atau 'gout' seperti yang Puda deritai sebelumnya. Hanya sekarang yang menjadikan Puda agak risau ialah mengenai berat badan yang masih meninggi dan belum terkawal.


Semasa Puda berada di Brisbane akhir tahun lepas sehingga ke awal tahun 2009 ini (bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Zunnur), Puda berkesempatan menjenguk beberapa buah kedai/toko buku dan Puda tertarik dan berminat membaca beberapa buah buku mengenai penjagaan kesihatan diri termasuk buku mengenai bagaimana menurunkan berat badan. Puda terserampak dengan sebuah buku berjodol "The ultimate weight solution" tulisan Dr. Phil McGraw dan sebuah lagi buku berjodol "Champions Body for Life" tulisan Art Carey. Kedua-dua buku ini Puda beli dan telah diteliti dengan tekunnya. Kesan dari pembacaan itu, Puda berazam untuk membuat perubahan dalam cara hidup (lifestyle) Puda dan memulakan fasa pertama program mengawal berat badan Puda dengan mengikuti 'Rapid Start Diet' mulai 24 April 2009 yang lalu selama 14 hari sebelum memasuki fasa kedua dan seterusnya sehinggalah mencapai paras berat badan yang 'ideal'.

Seperti yang Puda sebutkan di awal rencana ini, berat badan Puda lebih dua minggu yang lalu ialah 92.3 kg dan berat badan Puda pada hari ke 15 setelah berakhir mengikuti fasa pertama 'Rapid Start Diet' ialah 85.8 kg iaitu penurunan berat badan sebanyak 6.5 kg. Ini satu pencapaian yang agak memberangsangkan walaupun Puda masih jauh untuk mencapai sasaran berat badan yang 'ideal' iaitu pada paras 63 kg.!! Puda masih perlu untuk menyisihkan lebih 20 kg daripada berat badan Puda sekarang......suatu perkara yang memang sukar tetapi BOLEH dicapai!!!!!

Apakah kegiatan yang perlu dilakukan bagi mencapai sasaran ini dan apa pula intisari daripada buku "The ultimate weight solution" yang Puda baca itu? Ikuti perbincangannya di posting akan datang. 

Salam hormat - Puda

Happening dates