Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Cara Hidup Sihat (Healthy Life Style)

Semasa Puda masih bekerja di Syarikat Minyak Brunei Shell beberapa tahun lalu, Puda selalu disogokkan dengan program Cara Hidup Sihat (Healthy Lifestyle Programme) yang mana Puda hanya rajin mengumpulkan bahan-bahan informasi yang diagih-agihkan tetapi kurang mempraktikkan apa yang disaran dalam program tersebut. Sehingga apabila Puda menemui doktor pada setiap temujanji yang ditetapkan dalam program tersebut, Puda seringkali diingatkan agar mematuhi arahan-arahan seperti memakan makanan secara seimbang dan melakukan kegiatan senaman fizikal seperti yang disyorkan di dalam leaflet dan doket informasi yang diedarkan terlebih dahulu kepada Puda. Kerana kedegilan Puda membuat respons yang positif terhadap saranan yang diberikan, berat badan Puda telah bertambah dan lebih dua minggu lepas ianya mencecah kepada 92.3 kilogram. 

Selain daripada berat badan yang berlebihan, Puda juga terpaksa memakan ubat preskripsi doktor bagi mengawal tahap tekanan darah yang tinggi (atau hypertension) dan paras kolesterol yang tinggi. Pendek kata, profail kesihatan Puda berada dalam keadaan berisiko tinggi dan ia memerlukan pengawasan dan pemantauan yang rapi. Sebab itulah Puda perlu menemui doktor setiap 4-5 bulan sekali bagi pemeriksaan tekanan darah, paras kolesterol dan juga paras asid urik (uric acid yang penyebab utama penyakit sejahan atau 'gout').

Sejak kebelakangan ini, sekonyong-konyong Puda mendapat rawatan dari Tuan Imam Haji Ramdzan di Kampong Permatang Duku, Pontian Kecil, Johor pada bulan Ogos 2008 yang lalu, Alhamdulillah paras kolesterol dan tekanan darah Puda sudah beransur pulih ke paras normal dan Puda jarang sekali mengalami sakit sejahan atau 'gout' seperti yang Puda deritai sebelumnya. Hanya sekarang yang menjadikan Puda agak risau ialah mengenai berat badan yang masih meninggi dan belum terkawal.


Semasa Puda berada di Brisbane akhir tahun lepas sehingga ke awal tahun 2009 ini (bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Zunnur), Puda berkesempatan menjenguk beberapa buah kedai/toko buku dan Puda tertarik dan berminat membaca beberapa buah buku mengenai penjagaan kesihatan diri termasuk buku mengenai bagaimana menurunkan berat badan. Puda terserampak dengan sebuah buku berjodol "The ultimate weight solution" tulisan Dr. Phil McGraw dan sebuah lagi buku berjodol "Champions Body for Life" tulisan Art Carey. Kedua-dua buku ini Puda beli dan telah diteliti dengan tekunnya. Kesan dari pembacaan itu, Puda berazam untuk membuat perubahan dalam cara hidup (lifestyle) Puda dan memulakan fasa pertama program mengawal berat badan Puda dengan mengikuti 'Rapid Start Diet' mulai 24 April 2009 yang lalu selama 14 hari sebelum memasuki fasa kedua dan seterusnya sehinggalah mencapai paras berat badan yang 'ideal'.

Seperti yang Puda sebutkan di awal rencana ini, berat badan Puda lebih dua minggu yang lalu ialah 92.3 kg dan berat badan Puda pada hari ke 15 setelah berakhir mengikuti fasa pertama 'Rapid Start Diet' ialah 85.8 kg iaitu penurunan berat badan sebanyak 6.5 kg. Ini satu pencapaian yang agak memberangsangkan walaupun Puda masih jauh untuk mencapai sasaran berat badan yang 'ideal' iaitu pada paras 63 kg.!! Puda masih perlu untuk menyisihkan lebih 20 kg daripada berat badan Puda sekarang......suatu perkara yang memang sukar tetapi BOLEH dicapai!!!!!

Apakah kegiatan yang perlu dilakukan bagi mencapai sasaran ini dan apa pula intisari daripada buku "The ultimate weight solution" yang Puda baca itu? Ikuti perbincangannya di posting akan datang. 

Salam hormat - Puda

No comments:

Happening dates