Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Majlis Perkahwinan di Tanjung Bunut - acara rasmi akan bermula


Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon buluh.
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah bersusun jari sepuluh.

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon nangka.
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.


Maka dengan bermulanya mesyuarat keluarga Awang Haji Noor Kaseh bin Awang Ahmad dengan seluruh kerabat warga keluarga Dayang Hajah Aminah (Tok Minah) di rumah Awang Haji Mazanan di Tanjung Bunut malam tadi, maka kerja-kerja (berperusahaan) persediaan bagi majlis Perkahwinan AWANG HAJI NOOR AFIFI ISLAH sudah pun bermula dan pembahagian tugas dan tanggungjawab kepada mereka yang diamanahkan sudah pun dirasmikan. Puda ingin menyarankan agar ahli-ahli Jawatankuasa Publisiti dan Seranta yang diketuai oleh Dayang Hajah Noor Aida (Amoy) dapat menyisipkan dan memuatkan maklumat-maklumat penting dan terkini di ruang blog ini bagi makluman ahli-ahli keluarga yang berkenaan. 

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
Bukan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Salam hormat daripada - Puda


No comments:

Happening dates