- menguji dan memeriksa penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit (penyakit jantung koronari, diabetis, penyakit buah pinggang, kanser (usus besar, pangkal rahim dan payudara), tekanan darah tinggi; dan status kesihatan mata dan gigi.
- memberi peluang kepada setiap Warga Perkhidmatan Awam menjalani pemeriksaan kesihatan
- menambah pengetahuan mengenai penyakit kronik tidak berjangkit yang ada kaitan dengan cara hidup
- mendapatkan rawatan dan/atau khidmat nasihat awal mengenai kesihatan mereka jika perlu
- menanamkan kesedaran bahawa kesihatan diri adalah tanggungjawab bersama
- membolehkan setiap Warga Perkhidmatan Awam mempunyai pengetahuan untuk membuat keputusan yang termaklum (informed decision) mengenai kesihatan masing-masing
- menjana ke arah kehidupan yang berkualiti
Di dalam buku panduan ini, Kementerian Kesihatan menyarankan bahawa terdapat empat pedoman asas yang mudah untuk cara hidup sihat:
- Amalkan makanan yang sihat dan seimbang
- Sentiasa lakukan kegiatan fizikal seperti bersenam
- Jangan merokok
- Atasi stres
Arahan yang terkandung dalam 'bullet points' ketiga dan keempat di atas rasa-rasanya sudah dapat Puda patuhi sepenuhnya. Puda sudah pun berhenti merokok sejak lebih empat tahun yang lalu dan sejak Puda bersara dari perkhidmatan di Syarikat Minyak Brunei Shell dalam bulan April 2007, tekanan stres Puda berada dalam paras yang boleh dikawal sepenuhnya kerana Puda tidak lagi berada dalam persekitaran pekerjaan yang penuh dengan tekanan stres yang tinggi.
Yang menjadi cabaran Puda sekarang ini adalah memenuhi saranan atau arahan yang terkandung dalam 'bullet points' pertama dan kedua di atas iaitu berhubung dengan mengamalkan makanan sihat dan seimbang serta melakukan kegiatan fizikal. Kedua-dua arahan ini berkait langsung dengan berat badan seseorang. Memang kelihatan di atas kertas, kedua-dua saranan ini seolah-olah mudah untuk dipraktikkan; lebih-lebih lagi sumber informasi mengenai makanan sihat dan seimbang dan kaedah serta cara-cara melakukan kegiatan fizikal seperti senaman mudah didapati di mana-mana. Tetapi pada hakikatnya kita masih terkial-kial untuk mempraktikkan arahan-arahan ini secara konsisten. Berat badan kita yang pada awalnya mula menurun setelah memulakan program 'diet', tiba-tiba kembali meninggi beberapa ketika kemudian dan ianya terus tidak dapat dikawal dan akhirnya kita merasa kecewa dan terus menyerah kalah. Program 'diet' seperti ini biasanya banyak bergantung kepada kekuatan 'will power' menahan diri dan mengelak daripada menurut hawa nafsu untuk makan sesuka hati. Apabila 'will power' itu sudah luntur, kita mula mengalah dan kesudahannya kita masih mengamalkan tabiat lama dengan makan secara tidak berancang dan menurut hawa nafsu sesuka hati.
Apabila Puda membaca buku Dr Phil McGraw berjodol "The Ultimate Weight Solution" itu, beliau menekankan bahawa program kegiatan untuk menurunkan berat badan TIDAK berasaskan kepada 'will power' tetapi lebih merupakan suatu perancangan bagi mengubah gaya hidup kta kepada gaya hidup yang sihat dan berkuailiti. Ia bolehlah dikatakan sebagai suatu 'reformasi diri' bagi membawa perubahan terhadap sikap dan fikiran kita kepada sesuatu yang lebih bersifat positif dengan fikiran yang lebih terbuka. Ia menekankan betapa pentingnya strategi dan perancangan daripada hanya menumpukan kepada persoalan 'diet'.
Dr. McGraw menggariskan tujuh 'kunci' utama bagi melepaskan diri kita dari belenggu yang menahan kita untuk mencapai sasaran menurunkan berat badan secara tetap (permanent). Tujuh kunci utama bagi membantu kita mencapai Kemerdekaan Terhadap Penurunan Berat Badan (Weight Loss Freedom)!!
Apakah tujuh kunci utama itu? Kita akan bincangkan dalam posting yang akan datang......
Salam hormat daripada - Puda
No comments:
Post a Comment