Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Gara-Gara Johari HO.

Isu pertalian saudara antara penyanyi terkenal tanah air yang tidak asing lagi
Haji Johari HO dan Haji Abdul Ghani HO memang sudah berlarutan hingga kini.
Apakah nama Haji Omar atau "HO" yang menjadi hujung nama itu menjadi keramat sehingga kedua pemuda anak Haji Omar ini disangka dua adik beradik kandung?

Haji Johari HO atau nama penuh Haji Johari bin Pehin Orang Kaya Udana Laila Haji Omar dan
Haji Abdul Ghani bin Haji Omar ini memang sudah kenal mengenali antara satu sama lain
tambahan lagi mereka pernah tinggal satu kampung suatu ketika dulu. Selain itu apakah lagi
fakta-fakta lain yang menguatkan hujjah masyarakat setempat menyangka mereka ini saudara
kandung.Cuba kita perhatikan dan amati fakta berikut:


1. Adik beradik Haji Johari ada bernama Haji Zaini dan Hjh Mahani. Begitu juga adik
beradik Haji Abdul Ghani.

2. Anak Haji Johari bernama Khairul Nazri dan Nazrina, keduanya penyanyi terkenal. Nama
mereka ini tidak jauh bezanya dengan nama anak Haji Abdul Ghani iaitu Mazrul Adini,
Mazriyani dan Maziri Muhtadi. Mereka ini juga tidak kurang bakat dalam bidang nyanyian.
Sementara itu pula Haji Abdul Ghani memang mempunyai minat dalam bidang muzik sehingga
mempunyai music room sendiri yang canggih di kediamannya.

3. Haji Johari pula akan sering mengenalkan dirinya adik kandung Haji Abdul Ghani
dimana ada kesempatan untuk menguatkan kekeliruan masyarakat setempat dengan riak wajah yang meyakinkan.

Sebagai satu bukti lagi Haji Abdul Ghani pernah merista ketika mengajar dulu ada seorang
temannya sanggup membuat pertaruhan wang bahawa Haji Abdul Ghani benar-benar adik kandung Johari HO. Baru-baru ini pula Muhd. Izdi anak Mohd Noh HO juga disangka mempunyai tali persaudaraan dengan Haji Johari HO.

Nampak gayanya isu adik kandung Haji Johari HO dan Haji Abdul Ghani HO ini akan berlarutan sehingga menjangkit kepada adik beradik lain. Bagaimana lagi dengan Hj Mohd Don Bakir yang kini dikenali dengan Mohd Don HO? Tentu sekali beliau ini akan dicap sebagai keluarga Hj Johari HO!

Kemelut atau isu tali persaudaraan keluarga HO yang sahih ini akan bertambah mengelirukan
sampai bila-bila dan tidak pasti bila akan berakhir, bak kata pepatah "Jauhari juga yang mengenal ma'nikam"

Salam Hormat...Dan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2009...

Hj Omar Dalam Kenangan.

Pada 14hb.Disember 2008 yang lalu genaplah 25 tahun atau suku abad Allahyarham Hj Omar telah meniggalkan anak cucu yang tercinta buat selamanya. Kasih sayang beliau bukan ditinggalkannya dengan harta benda tetapi lebih penting dari itu didikan menjadi insan yang sempurna lebih diutamakan.

Anak bongsu dari lapan beradik Allahyarham Abdul Hamid bin Ahmad dan Dayang Majanah binti Metamit, beliau dilahirkan pada tahun 1919. Pemegang kad pengenalan bernombor 004600 ini memang mempunyai perwatakan sederhana dan lembut serta low profile. Beliau tidak pandai bercakap banyak seperti anak-anaknya yang kebanyakannya petah dalam public speaking.

Disebalik itu saya teringat pula satu ketika beliau pernah mengimbas kembali sewaktu dia bekerja di daerah Temburong mungkin ketika bertugas di Jabatan Perhutanan. Waktu itu beliau menjadi seorang pengajar secara informal. Tidaklah diketahui apakah subjek yang diajar. Tetapi beliau mengenang kembali anak didiknya itu telah menghargai sumbangan beliau walaupun secara informal bahkan memadailah apabila anak didiknya itu telah mencapai kejayaan yang dihajati. Jiwa pendidik ini mungkin telah ada dalam sanubarinya tapi terpendam dilubok hatinya. Kerjaya guru ini direalisasikan dan diwarisi pula oleh anak cucunya sebagai impian dan harapannya. Tidak kurang dari itu Dhe dan nini tua Mabohai juga seorang pendidik dan mendapat anugerah Hari Guru pada tahun 1996.

Beliau memang gemar dengan kehidupan yang sangat sederhana dan simple baik dari segi pakaian atau personal belonging. Salah satu peninggalannya hanyalah sebuah rumah di kampung Jaya Bakti Berakas dimana kebanyakan anak cucunya sempat dibesarkan disitu. Rumah ini merupakan salah satu skim perpindahan terawal ditahun 60-an. Ketika itu harga sebuah rumah dua tingkat hanyalah sekitar $18 ribu sementara yang setingkat $12 ribu sahaja. Atas nasihat nini tua Mabohai Allahyarham telah memilih rumah dua tingkat kerana perbezaan harga dengan setingkat tidaklah terlalu besar. Bayaran balik pinjaman rumah ketika itu hanyalah sebanyak $75 sebulan sahaja. Seingat saya kontraktor yang bernama Woo Hong Voon telah menyiapkan rumah tersebut.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah sebagai draughtsman di Jabatan Ukur. Dari kerjaya ini mungkin menjadikan beliau mempunyai seni tulisan tangan yang sangat indah dan cantik. Sementara kerja terakhir sebelum kembali Kerahmatullah adalah menyambung kerja nini Haji Tahir sebagai jurujual tuckshop di Sekolah Melayu Lela Mencanai. Ketiadaannya juga dirasakan oleh guru-guru di sekolah tersebut ketika mendapat berita kepulangannya kerahmatullah.

Dalam pergaulan hidup beliau sering mengamalkan pendekatan yang neutral atau menghindarkan diri dari sebarang kontroversi, satu sikap yang moderate dan disenangi oleh semua rakan atau sahabatbaik pun dari kalangan kaum kerabatnya sendiri.

Semogalah dengan adanya family blog ini akan dapat mengenang kembali jasa-jasa beliau yang wajar anak cucu cicitnya hargai.. ALFATIHAH...

Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1430 kepada kaum muslimin dan muslimat dan khusus kepada kaum keluarga. Semoga tahun baru hijrah dan tahun baru masehi yang akan menjelang tiba lebih membawa kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran hidup yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Amin.

Salam hormat..

Season of giving

Lihatlah aktiviti nini Angah and nini Amit semasa cuti panjang hujung tahun ini. Mereka kelihatan sibuk memanyap-manyap baju yang sudah tidak dipakai lagi dan akan disedekahkan kepada yang memerlukan.

Nini Angah dan Nini Amit


Ada jua pembantu khas dari Jerudong ;-)

Marilah kita mengambil iktibar dari contoh baik ini dan mungkin dapat mengikutkannya.

New addition to the family

Congratulations to Abg Hj Kudin and family for their first born son. He was born on the 24th of December 2008, a day after Hjh Amoy's birthday.

Melaka + 23 Disember

Pada 23 Disember(birthday Hjh Amoy),kami yang di KL berpakat ke A'Famosa yang terletak di negeri Melaka...kami berhasrat mengunjungi Waterworld nya yang lebih kurang sama dengan Sunway Lagoon... tetapi perjalanan dari KL ke Melaka yang memakan masa selama lebih kurang 2 jam tidak menghampakan niat untuk berseronok & cuti2...






Kami tidak ketinggalan menikmati keindahan negeri Melaka & tertarik dengan beca2 yang masih digunakan di sana...

Pada sebelah malamnya pula,kami menyambut Hari Jadi Birthday Girl dengan membeli kek dari Secret Recipe...

Bersembang Di Kedai Kopi

Pada waktu musim haji ini teringatlah pula saya dan ninda Haji Tahir bersembang dengan sahabatnya di sebuah kedai kopi HAI LAM di Jalan Sultan Bandar Brunei ketika itu.

Hari itu ialah hari sabtu, hari bilamana nini Haji Tahir membeli barang dagangannya. Bila dia terjumpa sahabatnya ini, teruslah dia mempelawa ke kedai kopi tersebut. Tuan Haji Ajak berasal dari kampung Pulau Ambok dekat Kg. Pintu Malim. Dia adalah orang yang sebaya dalam rombongan haji ketika mereka sama-sama menunaikan fardu haji dalam bulan Mac 1963 bersama Ayahanda Hj Omar, Tangah laki dan bini serta Dang Hjh Safiah isteri Hj Mohammad ketika ia berusia belasan tahun.

Hj Ajak ini berbadan besar denngan memakai tengkolok dan berkain pelikat dengan memakai tali pinggang agak besar seperti tok lebai usulnya. Mereka pun memulakan cerita mereka dengan mengenang kembali peristiwa penting dalam menyahut rukun Islam yang kelima itu. Semua rombongan bakal haji ketika itu ditempatkan di Masjid Omar Ali Saifuddin beberapa malam sebelum bertolak dari Tambatan Kastam DiRaja menuju ke Labuan.

Seingat saya ada tiga buah kapal laut yang membawa rombongan bakal haji ini dengan menggunakan kapal laut kepunyaan Jabatan Laut ketika itu. Rombongan keluarga katani menaiki kapal "SULTAN" sementara rombongan yang lain menaiki kapal "BOLKIAH" DAN KAPAL "PRETTY". Ketika kapal-kapal ini meninggalkan tambatan Kastam dengan laungan azan berkumandang maka sanak saudara pun melambaikan tangan dan tidak cukup dengan lambaian tersebut setengah sanak saudara mengekori kapal itu dengan moto sangkut sehingga ke kuala sungai Brunei. Ini kerana mereka tahu pemergian mereka ini memakan masa selama tiga bulan lebih.

Setelah belayar selama lebih dua jam sampailah mereka di Labuan. Di sini mereka bertukar kapal besar untuk menuju ke Pelabuhan Kelang Malaysia yang memakan masa lebih kurang sehari .

Seingat saya mereka merista telah bermalam di Malaysia beberapa hari sebelum bertolak menuju ke Pelabuhan Aden di Jeddah dengan menaiki kapal "HM MALAYA" seperti poskad yang dikirim oleh Haji Omar pada 10-03-1963.

Pelayaran ini agak lama iaitu memakan masa lebih 1 bulan bersama-sama dengan jemaah haji dari Malaysia. Apakah aktiviti mereka lakukan dalam pelayaran yang memakan masa agak lama ini? Dalam kapal ini diadakan permainan kanak-kanak seperti mencari wang syiling dalam tepung dan lain-lain khusus untuk kanak-kanak damit. Dang Aji tidak melepaskan peluang dalam permainan tersebut. Bagi abis nini dan bapa dan sahabat dari Brunei pula demi mengisi masa yang agak panjang ini mereka berdikir sesama mereka dari Brunei. Bayangkan saja kalau Jester dan Bab menunaikan haji dengan menaiki kapal laut ketika ini tentulah mereka mengisi masa ini dengan karaoke dengan mendendangkan lagu dakwah dan lagu padang pasir!

Di Tanah Suci Mekah seperti biasa mereka berada selama sebulan lebih bagi mengerjakan ibadat haji.

Pelayaran balik pula memakan masa sebulan lebih lagi dan semuanya perjalanan mereka ini memakan masa lebih kurang 3 bulan! Kalau tidak silap dalam pelayaran balik menuju ke tanah air mereka singgah di Singapura dan sempat bergambar ramai di salah sebuah studio di sana.

Sampai saja rombongan haji ini dari Labuan merapati Kastam DiRaja dengan menaiki kapal laut yang sama, sanak saudara tidak sabar lagi untuk menyambut kepulangan mereka. Seingat saya nini Haji Tahir ini ditarik dari kapal "SULTAN" ke salah sebuah moto sangkut! saya juga ingat DHE dan Ka Haji Noor Kaseh adalah orang pertama yang menyambut rombongan keluarga katani.

Demikianlah secebis coretan yang saya ingat ketika mendengar perbualan mereka pada waktu itu yang dapat saya imbas kembali. Mereka juga merista sebelum rombongan mereka itu iaitu dalam tahun 50-an, perjalanan dari Brunei ke Mekah mengambil masa selama enam bulan!

Selesai saja nini bersembang dengan Haji Ajak ini, tibalah masa untuk membayar minuman. Tahukah kamu apa yang terjadi ketika membuat pembayaran ini? mereka berdua ini berebut untuk membayar tak ubah seperti bergaduh pula mereka ni. Yang aneh dan klassiknya mereka ini berlumba pula untuk membayar! Kalau zaman ani pula terbalik berebut untuk meminta belanja .. Memanglah kata pepatah Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang..

Sebaik saja kami berdua berkayuh balik ke rumah putih pada hari itu, kami dapati babu Hjh Aminah sedang sibuk hendak melahirkan anak damit. Kalau tidak silap malam itu lahirlah seorang anak perempuan yang dinamakan dengan Mahyon pada 4hb. Mac 1964. Nama ini mungkin diambil bersempena dengan seorang pelakon dalam filem Melayu ketika itu seniwati Hashimahyon..

Wallahuaklam...

Salam hormat..

Entrepreneurial Spirit

Entrepreneurial spirit atau Minat Berniaga ani sebenarnya bukanlah satu perkara yang asing bagi keluarga Omar-Aminah ani. Tinggal ganya lagi keadaan ekonomi (business environment) tidak begitu menggalakkan bagi warga keluarga katani lebih bergiat dalam bidang ani.

Lihat saja tah berapa kali udah trip ke Shenzen diungkayahkan dalam tahun-tahun kebelakangan ani. Mana lagi trip ke KL dan Singapura. Pendek kata di mana ada sedikit ruang peluang berniaga, di sana tah ada warga keluarga katani akan berada. Syabas diucapkan kepada mereka yang sentiasa berusaha. Tapi jangan jua sampai anggota badan pun jarih olehnya. Sambil-sambil atu ada jua lah produk-produk baru diperkenalkan seperti 'kelapa jelly', 'bantal menghilangkan kuruh' dll.

Setahu Pa Basar, pelopor perniagaan keluarga katani tidak lain dan tidak bukan adalah Allahyarham Haji Tahir. Sebagaimana yang ramai mengetahui, beliau menjalankan tuckshop di Sekolah Melayu Lela Menchanai. Di samping itu, beliau juga banyak melabur wangnya membeli dan memposit tanah yang mana dinikmati oleh anak cucunya pada hari ini. Kalau Pa Basar inda silap, contohnya ialah tanah di Kg Lampaki, Kilanas, Sengkurong dan Jangsak (Sila rujuk kepada Patno untuk kesahihannya).

Menurut sumber yang sah, bapa Allahyarham Mat Bakir dan DHE yakni Allahyarham Awang Sidek bin Hashim juga adalah seorang ahli perniagaan yang rajin berusaha sehingga sanggup berjalan kaki dari Bandar Brunei ke Jalan Berakas untuk berniaga. Sambil-sambil atu, beliau ditawarkan tanah dan ani tah makanya Allahyarham Mat Bakir membina rumah di Kampong Lambak Berakas atu.

Jadi, dapat dilihat bahawa untuk mengetahui ahli perniagaan di waktu silam, cari tah siapa yang tedapat banyak tanah. Di antara 'extended family' katani yang jadi ahli perniagaan termasuklah Allahyarham Hj Tengah (bapa Allahyarham Hj Karim) dan turun kepada Allahyarham Hj Karim sendiri dan Allahyarham Hj Mat Serudin (bapa YB Pehin Md Zain). Keluarga mereka ani banyak membeli tanah di kawasan Jalan Muara, Berakas dan Jerudong.

Bagi keluarga babu Hjh Tampoi pula, Allahyarham Hj Hitam (bapa Allahyarhamah Hjh Lunak) adalah seorang ahli perniagaan yang banyak mengampiti tanah kepada anak cucunya di kawasan Berakas dan Kota Batu.

Jadi, bagaimana dengan masa depan? Adakah di antara jenerasi kedua dan ketiga katani akan berani menceburi alam perniagaan? Mungkin ada yang akan berminat dalam bidang technopreneurship. Tapi apa yang ketara dalam keluarga katani adalah bidang training dan public speaking. High percentage warga katani terdiri daripada guru-guru dan pendidik.

Pa Basar serahkan tah kepada kamu semua untuk memikirkan dan meneruskan minat entrepreneurial yang sudah sedia ada dalam jiwa keluarga katani.

Salam hormat - Pa Basar.

Sate Kajang & Batu Caves

Di mana ada makanan, di situlah ada keluarga ini...Tidak sah kalau tidak ada acara makan2...Pada 16Disember yang lalu, kami keluarga di KL singgah makan sate, di mana lagi kalau tidak Sate Kajang...


Lihatlah saja dari dalam sekurang2nya 20 cucuk sate yang di order sampai hanya tinggal beberapa tangkai sahaja...Belum lagi dikira pesanan untuk nasi himpit yang sampai 5 pinggan...Kuah sate pun boleh menjadi pujian 2 pengkritik makanan ter"hebat",Hjh Noor Ehsan & Hjh Noor Aida...






Lihatlah betapa famousnya Sate Kajang...sehingga penuh sesak satu kedai walaupun sudah hampir pukul 10mlm...


Pada 18disember pula,sama tarikh dengan Uwa Hjh Noor Ehsan menduduki peperiksaan,kami yang masih berada di KL pun mengunjungi Batu Caves pada tengahari itu...


Pemandangan dari bawah

Kami yang sihat2 diajak menaiki tangga yang sebanyak 272 steps...

Tidak disangka2, rupanya Awie yang mendahului menaiki tangga yang tersedia...

Pemandangan dari atas..

Terasa Sunyi

Sudah sehari Unagi Boy dan the rest of the cuzs beserta Uda pulang ke tanah air dan hanya Puda dan Abang Zun sahaja yang masih tinggal di Austral Street ini. Wau, Puda terasa kesunyian banar masa ani kerana inda lagi bising mulut memarahi Unagi Boy kalau ia malas tolong berkemas atau buat apa saja yang disuruh arahnya. Semalam, setelah menghantar mereka ke Brisbane airport, Puda dan Abang Zun membawa rasa mendrive ke Gold Coast - saja kan buang masa untuk mengisikan kesunyian atu bah. Mula-mula kami late lunch di Harbour Town - makan kebab saja tu. Selepas itu, di Surfers Paradise, kami jalan-jalan di pesisir pantai dan apabila hari sudah menjelang senja, kami berinut-rinut ke Maharani Restaurant, sebuah lagi restoran Malaysia yang menyajikan makanan halal kepunyaan orang Melayu Malaysia. Makan tah kami green curry chicken, udang masak sambal dan sayur campur dengan sos tiram. Setelah makan malam, kami pun balik semula ke Brisbane dan malam tadi kami tidur awal kengalehan.









Tadi siang kami hantar balik kereta yang kami sewa di Shell Station di Milton. Lepas atu kami ke City Centre dan makan tengah hari di Gerai Makan Indian Odyssey di Myer Centre.  Pusing-pusing sekejap di Bandar dan kira-kira jam 2.30 petang kami balik ke rumah. Hari ini kami mahu rihatkan badan sahaja dan duduk diam-diam sahaja di rumah. Nanti petang ani planning kan masak sendiri saja - entah balum tau apa yang akan dimakan malam ani.

Bah atu sahaja dulu laporan dari Brisbane hari ani. 

Salam hormat - Puda

Kembali ke Brunei Darussalam

Hari ini Rabu, 17hb Disember 2008, genaplah 12 hari Unagi Boy berada di Brisbane dan hari ini juga tibalah masanya bagi Unagi Boy kembali ke tanah air, Brunei Darussalam. Pagi-pagi lagi Unagi Boy sudah dikejutkan dari tidur nyenyaknya dan terus diarahkan untuk mandi pagi dan berberus gigi. Unagi Boy terus mengenakan  pakaian baru, baju-T Quicksilver dan short pant Ripcurl dan memakai topi cap Australia. Setelah itu, dia terus breakfast makan roti prata dengan bercacahkan susu manis.  Kira-kira jam 9.45 pagi, bertolaklah Unagi Boy dan rombongan dari Austral Street menuju ke Brisbane Airport.

Lihatlah gelagat Unagi Boy ketika berada di Brisbane International Airport. Sampat lagi minum Sprite dan makan Pizza sebelum masuk ke Departure Lounge.....he..he... Selamat Pulang ke Tanah Air, Unagi Boy dan semoga ada kesempatan melancong ke luar negeri bersama Puda lagi di lain hari!!!!!!!












Salam hormat - Puda

Happening dates