Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Ketibaan Kakak Zati & rombongan

Pada hari Ahad, 7hb Disember, 2008, kira-kira jam 11.30 malam, maka pesawat Penerbangan Diraja Brunei yang membawa kakak Zati, Abang Afiq, Abang Dani dan kakak Fifah serta penumpang-penumpang yang lainnya pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antara Bangsa Brisbane. Abang Zunnur telah lebih awal berada di Lapangan Terbang Brisbane bagi menunggu ketibaan mereka. Setelah pemeriksaan Imigrasi dan Pusat Kawalan Kastam, mereka pun menaiki sebuah teksi van dan berangkat menuju ke kediaman Abang Zunnur ke Austral Street, St. Lucia. Mereka sampai di rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam. Walaupun Uda sudah siap sedia menyediakan makanan malam untuk mereka, tetapi masing-masing merasa masih kenyang setelah berpesta makan di pesawat dalam penerbangan tadi. Tidak lama setelah itu, mereka pun tidur berkelampar di ruang tamu rumah Abang Zunnur.

Pada pagi Isnin, 8hb Disember, 2008, kakak Zati, Abang Zun, Abang Afiq, Abang Dani dan kakak Fifah telah bersiar-siar berjalan kaki menuju ke Toowong Village dan mereka telah dipesankan untuk membeli beberapa biji pies dan lain-lain bahan makanan buat sarapan pagi hari ini. Unagi Boy tinggal sahaja di rumah pagi ini kerana tidak larat mahu berjalan kaki sebegitu jauh ke Toowong Village. 

Setelah anak-anak kembali ke rumah, kami pun bersarapan pagi. Uda menyediakan nasi goreng, sosej goreng, beberapa biji pies ayam dan daging, ayam masak tomato, minuman milo panas dan lain-lain lagi. Sungguh meriah rasanya beramai-ramai menikmati sarapan pagi hari ini. Unagi Boy pun kelihatan gembira kerana kenyang perut makan sosej dan kami berjanji untuk membelikannya alat permainan Sony PSP hari ini!!

Selepas sarapan pagi (bukan lagi sarapan pagi, hari pun hampir tengah hari dan atu dikira brunch le tu!), anak-anak pun bergegas mandi pagi dan kemudian kami beraban-raban jalan kaki ke Toowong Village dan naik train ke City Centre. Di City Centre, Puda, Uda, Abang Dan dan Kakak Fifah sempat membeli-beli barang di City Beach - kedai jual pakaian Billabong, Quicksilver dan yang se tanding dengannya.....

Kemudian kami singgah di kedai EB Games dan tarus tah menyimbatkan buat Unagi Boy pemainan Sony PSP player, dua jenis games dan satu memory stick 2GB. Semua sekali lebih kurang AUD400 harganya tu. Terpaksa tah dipotong dari duit bata Unagi Boy tah tu. OK tu Buday ah!!!

Sebelah petang, kami singgah di Malaysia Satay Club dan makan mee laksa dan noodles - satu-satunya kedai makan Malaysia yang menyediakan makanan masakan halal. Unagi Boy inda biasa makan laksa ani, jadinya ia order 3 keping curry puffs sahaja.

Selepas makan kami berjalan di atas jembatan menyeberangi Sungai Brisbane menuju ke South Bank. Hari pun semakin berubah menjadi malam dan di South Bank, anak-anak menaiki gerabak sebuah roda besar yang berpusing untuk menikmati keindahan pemandangan kota Brisbane di waktu malam dari paras yang tinggi. Ungai Boy takut untuk menaiki roda tersebut dan secara sukarela memilih untuk menunggu sahaja di bawah. Terpaksa tah Puda dan Uda menemankannya menunggu di bawah.

Setelah puas menikmati keindahan pemandangan di South Bank, kami pun balik menaiki City Cat, ferry yang menyulusuri Sungai Brisbane, dan menuju ke Guyat Park dan kemudian berjalan kaki pulang ke Austral Street.

Demikian kegiatan kami hari ini, hari Isnin 8hb Disember 2008. Unagi Boy sememangnya puas hati hari ini kerana sudah memiliki permainan Sony PSP yang diidamkannya selama ini......



Salam hormat daripada Puda

No comments:

Happening dates