Syukur Alhamdulillah, Puda, Uda dan Unagiboy (Hamdi) selamat sampai di Kota Brisbane kira-kira jam 9.30 malam waktu Brisbane malam semalam (5hb Disember, 2008). Terdapat sedikit lewat dalam penerbangan kami dari Bandar Seri Begawan kerana kerja-kerja pemuatan barang-barang ke dalam pesawat memakan masa agak sedikit panjang dan jadual pelepasan tersasar kira-kira setengah jam kemudian. Unagi Boy kelihatan bersemangat apabila berada dalam pesawat dan tidak pernah menolak semua pelawaan hidangan minum dan makan yang diberikan oleh pramugari pesawat. Untuk sajian petang, Unagi Boy dengan penuh berselera menikmati hidangan Nasi Ayam dan sejam sebelum mendarat, Unagi Boy sempat menikmati hidangan minum ringan dengan memakan Croissant berintikan keju dan minuman teh panas. Sebenarnya pada mulanya beliau pura-pura menolak dengan alasan kenyang perut. tetapi apabila beliau meliat kami makan dengan nyamannya, dia terus meminta Uda memanggil pramugari untuk membawakan minuman dan Croissnt untuknya. Unagi boy......manakan lepas peluang bila makan punya pasal.....
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane, Unagi Boy membantu kami menyorong trolley barangan dan membawa bagasi ke Pusat Pemeriksaan Kastam. Beberapa bungkus serbuk kari dan serbuk teh tarik ditahan oleh pihak penguasa Kastam dan tidak diluluskan dibawa masuk. Barang-barang yang lain semua beres, dan kami terus menaiki teksi menuju ke Austral Road, St. Lucia di tempat kediaman Abang Zunnur. Kami sampai di St Lucia kira-kira jam 10.30 malam.
Sebelum tidur, kira-kira jam 1.00 pagi, sempat lagi Unagi Boy makan nasi goreng berlaukkan telur goreng mata lembu yang dimasak oleh Uda. Eh..kuat makan Unagi Boy ani....habis dikebasnya dua biji telur goreng atu....hahaha.....
Pagi ini, hampir jam 10.45 pagi pun, Unagi Boy masih lagi nyaman berkumpal di atas sofa di bilik ruang tamu atu. Belum ada rancangan mau ke mana pagi ani....mungkin shopping beli barang-barang untuk dimakan barangkali......
No comments:
Post a Comment