Pada 14hb.Disember 2008 yang lalu genaplah 25 tahun atau suku abad Allahyarham Hj Omar telah meniggalkan anak cucu yang tercinta buat selamanya. Kasih sayang beliau bukan ditinggalkannya dengan harta benda tetapi lebih penting dari itu didikan menjadi insan yang sempurna lebih diutamakan.
Anak bongsu dari lapan beradik Allahyarham Abdul Hamid bin Ahmad dan Dayang Majanah binti Metamit, beliau dilahirkan pada tahun 1919. Pemegang kad pengenalan bernombor 004600 ini memang mempunyai perwatakan sederhana dan lembut serta low profile. Beliau tidak pandai bercakap banyak seperti anak-anaknya yang kebanyakannya petah dalam public speaking.
Disebalik itu saya teringat pula satu ketika beliau pernah mengimbas kembali sewaktu dia bekerja di daerah Temburong mungkin ketika bertugas di Jabatan Perhutanan. Waktu itu beliau menjadi seorang pengajar secara informal. Tidaklah diketahui apakah subjek yang diajar. Tetapi beliau mengenang kembali anak didiknya itu telah menghargai sumbangan beliau walaupun secara informal bahkan memadailah apabila anak didiknya itu telah mencapai kejayaan yang dihajati. Jiwa pendidik ini mungkin telah ada dalam sanubarinya tapi terpendam dilubok hatinya. Kerjaya guru ini direalisasikan dan diwarisi pula oleh anak cucunya sebagai impian dan harapannya. Tidak kurang dari itu Dhe dan nini tua Mabohai juga seorang pendidik dan mendapat anugerah Hari Guru pada tahun 1996.
Beliau memang gemar dengan kehidupan yang sangat sederhana dan simple baik dari segi pakaian atau personal belonging. Salah satu peninggalannya hanyalah sebuah rumah di kampung Jaya Bakti Berakas dimana kebanyakan anak cucunya sempat dibesarkan disitu. Rumah ini merupakan salah satu skim perpindahan terawal ditahun 60-an. Ketika itu harga sebuah rumah dua tingkat hanyalah sekitar $18 ribu sementara yang setingkat $12 ribu sahaja. Atas nasihat nini tua Mabohai Allahyarham telah memilih rumah dua tingkat kerana perbezaan harga dengan setingkat tidaklah terlalu besar. Bayaran balik pinjaman rumah ketika itu hanyalah sebanyak $75 sebulan sahaja. Seingat saya kontraktor yang bernama Woo Hong Voon telah menyiapkan rumah tersebut.
Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah sebagai draughtsman di Jabatan Ukur. Dari kerjaya ini mungkin menjadikan beliau mempunyai seni tulisan tangan yang sangat indah dan cantik. Sementara kerja terakhir sebelum kembali Kerahmatullah adalah menyambung kerja nini Haji Tahir sebagai jurujual tuckshop di Sekolah Melayu Lela Mencanai. Ketiadaannya juga dirasakan oleh guru-guru di sekolah tersebut ketika mendapat berita kepulangannya kerahmatullah.
Dalam pergaulan hidup beliau sering mengamalkan pendekatan yang neutral atau menghindarkan diri dari sebarang kontroversi, satu sikap yang moderate dan disenangi oleh semua rakan atau sahabatbaik pun dari kalangan kaum kerabatnya sendiri.
Semogalah dengan adanya family blog ini akan dapat mengenang kembali jasa-jasa beliau yang wajar anak cucu cicitnya hargai.. ALFATIHAH...
Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1430 kepada kaum muslimin dan muslimat dan khusus kepada kaum keluarga. Semoga tahun baru hijrah dan tahun baru masehi yang akan menjelang tiba lebih membawa kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran hidup yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Amin.
Salam hormat..
2 comments:
Luruskah tahun lahirnya 1919 atu Patno? Kalau lurus, jauh tah beza umurnya dgn liau Minah tu. He would be 89 years old if he is still alive today! - Pa Basar.
Tahun lahir Hj Omar itu hanya mengikut catatan kad pengenalan, tapi yang tidak pasti tidak bertarikh. Babu Hjh Siti Aminah pula lahir pada tahun 1926mengikut kad pengenalan. Tapi mengikut Hjh Aminah tahun kelahirannya itu tidak tepat kerana abangnya Hj Md. Hashim lahir pada 5hb. Ogos 1920. Tapi yang anehnya kenapa dorang dua suami isteri ini tidak tercatat tarikh mereka sedangkan Liau Hashim ada tarikhnya. Jadi berpandukan tarikh yang ada pada Liau Hashim jika betul memang bapa lebih tua sedikit. Tahun kelahiran babu mungkin 2 tahun selepas Liau Hashim iaitu pada tahun 1922.Wallahuaklam..
Post a Comment