Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Kehidupan Zaman 60-an.

Kampong Lurong Sikuna dalam tahun 60-an belumlah semoden sekarang dari segi prasarananya seperti bekalan letrik dan air ketika itu belumlah ada lagi; Jadi bagaimana kah rumah putih dan sekitarnya mendapatkan bahan tersebut?

Pabila malam menjelang tiba, kelihatan AWANG MAT USOF (DHE) selaku setiausaha ditugaskan menyalakan lampu disekitar rumah putih ini. Lampu minyak tanah(kerosene) setinggi setengah metre ini akan diisi dengan minyak tanah terlebih dulu. Dengan memakai kain pelikat yang dirancong ke paras dada tanpa memakai baju duduklah DHE menekan syringe lampu untuk mempam minyak itu naik keatas. Dengan mempam beberapa kali syringe itu menyalalah filament lampu yang ditunu itu dengan terangnya. Sebanyak lebih kurang enam biji lampu ini akan dinyalakan dan digantung di tiang-tiang rumah putih ini maka terang benderanglah rumah putih ini untuk melakukan sebarang kerja.

Di satu sudut kelihatan kaka Hajjah Rosnah suami isteri sedang menggoreng kacang untuk dijual di tuck shop Sekolah Melayu Lela Mencanai sebagai sumber rezeki . Kacang ini akan dibungkus satu persatu dengan bekas surat khabar dengan jualan 5 sen sebungkus. Anak damit seperti Noor Ehsan dan Noor Hadi kadang-kadang mengacau kedua ibu bapanya ini, terpaksalah kami membawa main di satu sudut yang lain.

Di satu sudut yang lain ternampak pula Angah Hajjah Hasmah menerikah baju dan seluar sekolah kami. Terikah ini dibuat dari tembaga (bronze) yang diisi dalamnya dengan arang (charcoal) yang lebih dulu ditunu sebelum dimasukkan kedalam terikah ini untuk memanaskannya. Kadang-kadang kalau terlalu panas baju kami akan hangus dan menangislah kami kerana baju sekolah kami habis terbakar.

Dengan lampu ini jugalah kami membuat kerja rumah dari sekolah. Kerja rumah tiada orang membantu, terpaksa dibuat sendirian kerana ibu bapa pun tidaklah seberapa tahap pelajaran mereka, jauh sekali mengenali kamus tuition.

kadang-kadang dihujung minggu berkumpullah sanak saudara katani seperti Mat Bakir dan kak Hjh Tampoi yang tinggal disebelah rumah putih (digelar tinggal sepanggal yg bererti sebelah rumah), nini tangah laki dan nini tangah bini dari Seria, nini Asai laki (Awang Osman) dan nini asai bini, dan nini tua mabohai.

Saya juga masih ingat orang tua katani ani memang pandai besigup dengan jenama kegemaran masing-masing. Hj Omar dengan "LUCKY STRIKE", Mat Bakir dan nini asai bini (Hjh Kayah) sigup cap torch light "lampu", NINI TANGAH LAKI DENGAN SIGUP CAP "consulate", nini tangah bini pula dengan jenama "tembak" kerana luar kotak sigup ini ada gambar cowboy! Kemudian tangah laki dan bini ini pula hisap sigup jenama "CAPSTAN", Nini Hj Tahir dan mama Dayang Tengah dengan sigup Brunei. Nini asai laki pula dengan paip sigupannya sendiri. Awang (DHE) pula dengan gaya tersendiri dengan babu Hjh Aminah dan Kak Hjh Tampoi makan sirih pinang yang disimpan dalam celapa. Tidak hairanlah DHE ini memang serba boleh kecuali ia tidak pandai besigup. Kalau mereka ini semua pandai besigup macam-macamlah bau yang dicium memenuhi rumah putih ini.

Bekalan air minum juga merupakan satu masaalah di kampong Air ketika itu. Paip air belum ada dibekalkan ke rumah-rumah seperti sekarang. Kami terpaksa berkayuh ke seberang sungai menuju ke Subuk untuk mengambil air. Sekali lagi DHE ditugaskan menyediakan bekas tin kosong minyak tanah untuk digunakan bagi menyimpan air dalam perahu. Apabila sampai saja di Subuk ramai orang yang sudah beratur untuk mengambil air ini kerana saluran paip hanyalah sebatang saja. Selama berjam-jamlah kami menunggu Q ini dengan sabar. Setelah air habis diisi saratlah muatan perahu kami dan agak beratlah perahu ini untuk dikayuh semula bila balik ke rumah.

Begitulah secebis kisah hidup di era 60-an yang menjadi ristaan katani sebagai iktibar mengingatkan katani hidup yang serba kekurangan. Generasi sekarang wajarlah insaf senario kehidupan sekarang jauh lebih selesa justeru janganlah kemudahan ini akan menjadikan anak cucu katani akan lebih relax atau complacent. Zaman sekarang jauh lebih mencabar , hambatan demi hambatan atau constraint akan lebih banyak dihadapi. Anak cucu katani perlulah melengkapkan diri masing-masing untuk lebih berfikiran positif dan mudah-mudahan lah mereka akan beroleh kejayaan dan kesejahteraan.. Amin.

Salam Hormat.

No comments:

Happening dates