Hari ini adalah hari pertama Unagiboy berada di St Lucia, Brisbane setelah tiba malam semalam dari Bandar Seri Begawan. Setelah bangun tidur kira-kira jam 10.30 pagi, Unagi Boy bergegas ke kamar mandi untuk mandi pagi dan seterusnya menyuci seluar dalamnya yang dipesankan oleh babunya supaya berdikari dan pandai menyuci pakaian sendiri. Alhamdulillah, Unagi Boy setakat ini patuh kepada segala arahan Puda dan Udanya dan sudah pandai melatihkan dirinya supaya sedikit berdisiplin dan taat menurut arahan orang tua. Cuma nafsu makannya sahaja belum lagi dapat dikawal benar-benar - keinginannya untuk makan chips dan ayam masih membara dalam benak pemikirannya........
Bagi memenuhi keinginannya itu, Puda inda sampai hati untuk menghampakannya. Maka tengah hari ini, kami bawalah Unagi Boy berjalan kaki dari Austral Road menuju ke jalan utama Sir Fred Schonell Drive untuk sampai ke Kedai Makan Nandos di St Lucia ini. Maka berpestalah Unagi Boy dengan ayam panggang Nandos serta potato chips dan minuman Coke kegemarannya. Lihat sahaja kegirangan si Awang Unagi Boy berada di kedai makan Nandos seperti yang terpapar dalam gambar-gambar di bawah ini:-
Berjalan kaki dari Austral Road ke kedai makan Nandos
Petang ini kami merancang untuk memulakan gerakan membersih rumah Abang Zun dan Unagi Boy berjanji untuk menolong menyucikan peti sejuk di dapur Abang Zun atu. Mungkin malam nanti akan membawa Unagi Boy naik City Cat menyulusuri Sungai Brisbane menuju ke South Bank. Jalan-jalan di sebelah petang atau malam ada rahmatnya sedikit memandangkan udaranya kurang panas dan lebih menyelesakan............
Salam hormat daripada Puda
No comments:
Post a Comment