Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Entrepreneurial Spirit

Entrepreneurial spirit atau Minat Berniaga ani sebenarnya bukanlah satu perkara yang asing bagi keluarga Omar-Aminah ani. Tinggal ganya lagi keadaan ekonomi (business environment) tidak begitu menggalakkan bagi warga keluarga katani lebih bergiat dalam bidang ani.

Lihat saja tah berapa kali udah trip ke Shenzen diungkayahkan dalam tahun-tahun kebelakangan ani. Mana lagi trip ke KL dan Singapura. Pendek kata di mana ada sedikit ruang peluang berniaga, di sana tah ada warga keluarga katani akan berada. Syabas diucapkan kepada mereka yang sentiasa berusaha. Tapi jangan jua sampai anggota badan pun jarih olehnya. Sambil-sambil atu ada jua lah produk-produk baru diperkenalkan seperti 'kelapa jelly', 'bantal menghilangkan kuruh' dll.

Setahu Pa Basar, pelopor perniagaan keluarga katani tidak lain dan tidak bukan adalah Allahyarham Haji Tahir. Sebagaimana yang ramai mengetahui, beliau menjalankan tuckshop di Sekolah Melayu Lela Menchanai. Di samping itu, beliau juga banyak melabur wangnya membeli dan memposit tanah yang mana dinikmati oleh anak cucunya pada hari ini. Kalau Pa Basar inda silap, contohnya ialah tanah di Kg Lampaki, Kilanas, Sengkurong dan Jangsak (Sila rujuk kepada Patno untuk kesahihannya).

Menurut sumber yang sah, bapa Allahyarham Mat Bakir dan DHE yakni Allahyarham Awang Sidek bin Hashim juga adalah seorang ahli perniagaan yang rajin berusaha sehingga sanggup berjalan kaki dari Bandar Brunei ke Jalan Berakas untuk berniaga. Sambil-sambil atu, beliau ditawarkan tanah dan ani tah makanya Allahyarham Mat Bakir membina rumah di Kampong Lambak Berakas atu.

Jadi, dapat dilihat bahawa untuk mengetahui ahli perniagaan di waktu silam, cari tah siapa yang tedapat banyak tanah. Di antara 'extended family' katani yang jadi ahli perniagaan termasuklah Allahyarham Hj Tengah (bapa Allahyarham Hj Karim) dan turun kepada Allahyarham Hj Karim sendiri dan Allahyarham Hj Mat Serudin (bapa YB Pehin Md Zain). Keluarga mereka ani banyak membeli tanah di kawasan Jalan Muara, Berakas dan Jerudong.

Bagi keluarga babu Hjh Tampoi pula, Allahyarham Hj Hitam (bapa Allahyarhamah Hjh Lunak) adalah seorang ahli perniagaan yang banyak mengampiti tanah kepada anak cucunya di kawasan Berakas dan Kota Batu.

Jadi, bagaimana dengan masa depan? Adakah di antara jenerasi kedua dan ketiga katani akan berani menceburi alam perniagaan? Mungkin ada yang akan berminat dalam bidang technopreneurship. Tapi apa yang ketara dalam keluarga katani adalah bidang training dan public speaking. High percentage warga katani terdiri daripada guru-guru dan pendidik.

Pa Basar serahkan tah kepada kamu semua untuk memikirkan dan meneruskan minat entrepreneurial yang sudah sedia ada dalam jiwa keluarga katani.

Salam hormat - Pa Basar.

1 comment:

Anonymous said...

Bercakap tentang spirit entrepreneur ani, ingat pulang ku satu kisah masa kanak2 bersama Allahyarham Nini Laki Hj Omar. Masa atu, beliau sudah pun menjaga kedai runcit Sekolah Lela Mencanai. Kerana terbawa2 meliat betapa sioknya beliau berniaga atu, terikutlah saya menjual gula2 benson (warna purple) kepada rakan sekelas masa di PGGMB. Gula2 atu dibeli dari kedai Makcik Mariam dengan harga 3 bigi sepuluh sen. Akan tetapi dijual dengan harga yang sama! hehe Alum pandai tah bejual masa atu dan belum faham kan konsep untung niaga. Sampai nini laki memberi komen "atu, inda ada untung tu..." sambil beliau tersenyum. Saya tidak akan lupa kisah ini sampai bila2...

Happening dates