Setelah penat bergotong royong membersihkan kawasan garage di rumah Abang Zunnur, hari pun semakin bertambah siang dan hampir melimpasi tengah hari. Unagiboy mahu bersiar-siar keluar rumah dan kebetulan kami memerlukan bekalan ayam dan bahan-bahan memasak di dapur, maka kami bawa Unagiboy ke China Town, di Brunswick Street, Fortitude Valley. Mula-mula kami menaiki bas dari Austral Street ke Toowong Train Station.
Menunggu bas di Perhentian Bas Austral Street, St Lucia
Di dalam bas dalam perjalanan dari Austral Street ke Toowong Station
Dari Toowong, kami menaiki keretapi (train) untuk menuju ke China Town, di Brunswick Street, Fortitude Valley.
Di dalam keretapi (train) dari Toowong ke China Town, Fortitude Valley
Sampai sahaja kami di China Town, Uda pun sibuk membeli belah - mula-mula ke Ismail Butcher untuk membeli ayam dan juga sausage buat breakfast Unagiboy besok pagi. Kemudian ke Yuen Supermarket membeli rempah ratus bahan-bahan untuk dibuat memasak. Juga singgah di kedai India berhampiran dengan Ismail Butcher untuk membeli Basmati rice.
Di hadapan Beard Papa, Brisbane City Centre
Selesai shopping di China Town, kami naik keretapi sekali lagi untuk ke City Centre dan di sana kami singgah sebentar di Beard Papa untuk membeli cream puffs kegemaran si Jester ah! Rupanya Unagiboy ani balum pernah makan cream puffs ani. Bila ia merasa satu, terasa nyaman benar dan ia terus meraum tiga biji lagi dan satu-satu di telannya (gulp) dengan rakus!!! Uda terus menyembunyikan cream puffs yang tinggal lagi atu - takut-takut Unagiboy meraum lagi.
Kami makan tengah hari di Myers Centre. Puda, Uda dan Abang Zunnur makan nasi dengan daging dan ayam kari/korma di Indian Muslim stall, sementara Unagiboy kami orderkan nasi Udon (masakan Jepun) berlaukkan Unagi.
Setelah makan tengah hari, kami singgah sebentar di kedai game EB untuk melihat Sony PSP player yang Unagi berhajat untuk membeli. Puda sahaja mahu tahu harganya dahulu - sekitar AUD299 dengan satu game percuma. Puda belum beli lagi - minta kepastian dahulu dari Buday tu.
Si Unagi Boy rasa sedikit kecewa kerana PSP belum dibeli lagi. Puda katakan kepadanya bahawa ia perlu menurunkan berat badannya 2kg, baru tah Puda belikan PSP atu. Berkerut muka si kawan atu......
Bah sampai di sini dulu. Kami akan menantikan kedatangan kakak Zati dan rombongan malam ini.......baru tah siok ramai kami di sini ani.
Salam hormat daripada Puda
No comments:
Post a Comment