Hari ini anak-anak agak lewat bangun pagi. Apabila Puda terjaga bangun tengah malam tadi, Puda masih terdengar bunyi manusia bercerita dari ruang tamu di tingkat bawah dan Puda pun maklum bahawa anak-anak masih belum lagi tidur sehingga pun jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hari ini barulah penduduk beragama Islam di Brisbane meraikan Hari Raya Aidil'adha dan kami di rumah Abang Zunnur ani bersarapan pagi dengan hidangan masakan lontong yang disediakan oleh Uda/Amit.
Setelah bersarapan pagi, baru tah anak-anak bergegas mandi pagi dan hari pun sudah melimpasi tengah hari. Kira-kira jam 2.30 petang, kami semua keluar berjalan kaki ke Toowong Village dan dari Toowong kami menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Indooropoly. Hari ini Puda, Uda dan anak-anak menghabiskan masa berbelanja di Indooropoly Shopping Mall dan antara kedai-kedai yang disinggahi termasuklah City Beach, Jay-Jays, House, Storage Space, Robbins Kitchen, My Toys (tempat Unagi Boy beli barang-barang permainannya) dan lain-lain. Pada jam 5.15 petang, kedai-kedai di sini pun mulai tutup dan kami berinut-rinut balik semula ke Toowong dengan menaiki bas. Dari Toowong, kami berjalan kaki pulang ke rumah di Austral Street.
Unagi Boy terlalu asyik dengan Sony PSP barunya
Salam hormat - Puda
No comments:
Post a Comment