Hari ini Ahad, 7hb Disember 2008. Cuaca di Brisbane masih lagi panas di siang hari dan hujan lebat di waktu malam. Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, maka kami batalkanlah rancangan kami untuk ke South Bank malam tadi dan cuma duduk-duduk di rumah sambil mengemas-ngemas barang. Unagi Boy asyik bermain computer dengan Abang Zunnur di ruang tamu.
Pagi ini Unagi Boy lebih awal bangun pagi dan sudah siap mandi dan bertukar baju kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Hari ini kami berusaha untuk mengemaskan ruang garage di bawah yang masih berselerak dengan barang-barang yang tidak diperlukan lagi. Oleh kerana beberapa minggu lepas terjadi banjir yang juga menimpa rumah kediaman Abang Zunnur, banyak barang-barang yang disimpan di garage basah kuyup ditimpa air banjir dan perlu dibuang kerana sudah tidak diperlukan lagi. Abang Zunnur mengarahkan Unagi Boy supaya membersihkan lantai kawasan garage dengan menyapu dan me-"mob" sehingga bersih. Maka Unagi Boy pun terpaksa tah bekerja keras hari ani - maklum tah katani pun mau ia kurus jua sikit!! Jangan tah asyik makan saja di sini ani. Lihatlah betapa tekunnya Unagi Boy bekerja pagi ini seperti yang terpapar dalam gambar-gambar di bawah ini:-
Sekian untuk laporan pagi ini. Sebentar lagi kami akan ke City Center dan shopping untuk bekalan makanan dan barang-barang dapur serta membeli lamb, sausage dan ayam halal di Ismail Butcher di China Town.
Salam hormat dari Puda
No comments:
Post a Comment