Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


TAHNIAH - CONGRATULATIONS


We heard the news from University of Queensland (UQ) today, 26th November, 2008. Our beloved son, Jobe (Muhammad Zunnurain), has passed his final semester examinations at UQ. He is expected to receive his degree, Bachelor of Multimedia Design, from the Chancelor of University of Queensland on Graduation Day to be held on 10th December, 2008, at UQ Centre, St. Lucia Campus.


We take this opportunity to express our heartfelt Congratulations to Jobe for this outstanding achievement.  You are the first grand child of the late Dato Paduka Haji Mohd Hashim and Datin Hajah Masni to graduate with a first academic degree. Well done!!

Let this be a motivating force for the other siblings and cousins to follow suit and excel in their academic studies. We are all proud of you, J O B E !!!!!! 

Bila tah kan belanja ????????? 

Love from Bapa, Babu, Kaka, Zay dan Dani serta Nini, Uncles, Aunties dan semua cuzs atu..................

Kereta Idaman....

Atas permintaan Jester dan Bab ketika kami makan karing di sebuah restoran di Lambak beberapa hari lalu , maka saya refresh memory saya untuk mengimbas kembali kereta idaman di era 60-an hingga sekarang.

Orang tua katani sebenarnya tidak ketinggalan dalam pembelian beberapa jenis kereta yang begitu popular dengan keadaan semasa.

Ka Haji Noorkaseh , ketika masih tinggal di Kampong Lurong Sikuna telah pertama kali membeli sebuah kereta HILLMAN MINX berwarna putih dan hijau dengan pendaftaran B2683. Apabila dia dapat rumah tumpangan kerajaan di Batu 2, kereta inilah digunakan dari bandar ke barek batu 2, Jalan Tutong. Kereta ini adalah bekas kereta Allahyarham Cikgu Haji Tuah Haji Hitam.

Apabila keluarga Hj Omar berpindah ke Perpindahan Berakas, keluarga Hj Noorkaseh ikut juga berpindah kemari. Sementara Keluarga Awang "DHE" masih bertahan di kampong Ayer sementara menunggu gilirannya.

Ketika di Perpindahan ini Hj Noor Kaseh telah menukar kereta baru jenis HILLMAN HUNTER pendaftaran BA 2658 berwarna hijau tua.

Apabila keluarga Haji Noor Kaseh berpindah ke Jalan Telepok dia membeli sebuah kereta DATSUN 120Y pendaftaran BA 9118 berwarna orange. Kereta inilah yang berjasa kepada saya kerana ianya telah saya gunakan dalam ujian memandu hingga lulus. Selepas itu dia membeli kereta TOYOTA COROLLA berwarna silver pendaftaran BB 9019. Kemudian setelah itu membeli TOYOTA CORONA warna merah terang pendaftaran BE 9179. Kemudian barulah lagi TOYOTA COROLLA biru pendaftaran BF 8106.

Allahyarham Haji Mat Bakir ketika berhijrah ke Kg. Lambak Berakas dalam tahun 60-an telah membeli kereta pertama MORRIS OXFORD warna cream pendaftaran B1360. Setelah itu barulah ia membeli MORRIS MINOR kelabu pendaftaran B3830. Setelah itu TOYOTA CORONA biru pendaftaran BA 5193. Kereta terakhirnya ialah TOYOTA COROLLA peach pendaftaran BC 3367 yang kemudian diubah cat merah.

Bagi Awang "DHE" kereta pertamanya MORRIS MINOR cream pendaftaran B8174 dibeli ketika berpindah ke Perpindahan Berakas. Kereta keduanya DATSUN 1200 warna peach pendaftaran BB7030 kemudian diubah cat biru tua. Kereta terakhirnya sebelum bersara memandu ialah TOYOTA CRESSIDA grey pendaftaran BE 427.

Bagi nini Tangah pula seingat saya ketika ia bekerja di BSP, kereta yang pernah kami tumpangi ketika dia membawa kami ke Seria ialah jenis VAUXHALL VIVA berwarna putih pendaftaran KB 3978. Pernah satu ketika saya dan Pa Ering diambilnya dari kampong Ayer menuju ke Seria; dia berlumba dengan sebuah kereta dari bandar Brunei ke Seria. Nini Tangah mengekori kereta itu sehingga di kawasan Telisai barulah dia dapat memotong! Tahukah kamu apabila saja memotong kereta itu disumpahnya " laju jua si tua ani payah kan memotong!" kebetulan pemandu itu seorang keling. Pa Ering yang duduk didepan dan saya yang dibelakang ketawa terbahak-bahak saja. Ketika itu kami dalam lingkungan umur 7-8 tahun. Memang dalam sebulan sekali nini Tangah akan mengangkut kami ke Seria untuk libur di hujung minggu. Saya agak Noor Ash ada watak nini Tangah kamu ani!

Nini Tua Mabohai pula minat dengan jenis HOLDEN. Tetapi seingat saya kereta pertama ialah OPEL REKORD warna cream stripe sikit biru dekat jendela belakang dengan pendaftaran B1488. Kemudian barulah ia meminati HOLDEN. Kereta kedua ialah HOLDEN SPECIAL hitam kemudian dicat hijau pendaftaran B2599. Kemudian HOLDEN KINGSWOOD putih pendaftaran BA 421 (kereta ini dijualnya arah si Babi yang tinggal di Muara. Kemudian kereta Holden terakhir ialah HOLDEN PREMIERE warna golden pendaftaran BA 5876. Selepas ini barulah dia meminati HONDA , dengan membeli HONDA ACCORD biru muda pendaftaran BC421 hinggalah HONDA ACCORD pendaftaran BE 2541.

Untuk pengetahuan Jester kereta bapanya yang pertama ialah DATSUN 1200 warna putih kebiru-biruan yang dibeli pada tahun 1971 dengan pendaftaran BA 1764 kemudian dicat atapnya dengan coated black. Kereta inilah yang dibawanya berdating dengan babumu ketika di Maktab Perguruan dulu. Selepas berkahwin pada bulan Disember 1973, dia membeli jenis DATSUN 160B pendaftaran BA 5498. Seingat saya ketika Jester lahir dia telah membeli TOYOTA COROLLA warna putih pendaftaran BB1266. Kemudian barulah NISSAN STANZA waarna hijau pucuk pisang pendaftaran BE876. Inilah kereta pertama menggunakan Automatic Transmission. Setelah itu HONDA ACCORD peach pendaftaran BF 905 dan diikuti NISSAN CEDRIC warna putih dengan hijau stripe dibawah dengan pendaftaran KD 8610.

Bagi Pa Ering pula kereta pertamanya ialah TOYOTA CORONA warna silver kemudian dicat merah pendaftaran BC 2963. Kereta kedua berbentuk sport HONDA PRELUDE warna silver pendaftaran BF9009 yang kemudian dibeli oleh Noor Ash. Kemudian seperti dimaklumi barulah ia meminati MITSUBISHI dengan angka trademark 1943 yang tidak payah saya huraikan lagi.

Begitulah sekilas ingatan saya jenis-jenis kereta yang dimiliki oleh orang tua katani dan generasi baru ini bolehlah menyambung kereta favourite masing-masing sekadar hanya jadi ristaan semata untuk "fun"

Nombor-nombor pendafftaran dan jenis-jenis kereta ini hanyalah berpandukan memory otak saya dan orang yang empunya akan lebih mengetahuinya.

Salam Hormat..

The Real BA Berakas.

Pada tanggal 18hb. Oktober 1984 lahirlah lagi seorang cucu lelaki Allahyarham Haji Omar. Anak ini lahir dalam era selepas Hj Omar kerana Allahyarham telah kembali kerahmatullah pada 14hb.Disember 1983, dan inilah cucu pertama lahir selepas ketiadaannya lagi.

Anak damit ini telah diberi nama Muhd. IhTisyamuddin, lain dari abang dan kakaknya dengan bermula "MAZ". Anak ini badannya agak besar dan tegap, matanya agak besar dan romantik; gelaran pertama diberi dengan "TONGA" oleh nininya sebelah Sengkurong. Ini berpunca dari Raja negeri kepulauan Tonga telah menghadiri acara sambutan hari kemerdekaan Brunei pada 23hb. Feb 1984. Raja ini berbadan besar seberat 250kg. Jadilah anak ini dengan gelaran popular Si Tonga.

Musim kelahirannya ini pula sebuah episod filem bersiri ditayangkan di tv Brunei ketika itu dengan siri A-Team. Yang menarik sekali salah seorang pelakon berkulit hitam bernama
Mr. T berlakon sebagai BA BARACUS. Siri ini amat popular dengan action-packed dilakonkan oleh Hannibal , Murdoch selain BA. Baju T-shirt pun dijual dengan gambar pelakon A Team. Ketika IhTi berumur 2 tahun baju ini sering dipakainya dan bangga menunjuk gambar BA Baracus dengan megahnya..

Pada waktu tersebut rasmilah gelarannya diumumkan sebagai BA Berakas tambahan lagi dia sering berkunjung ke Berakas dan muka serta badannya mirip Mr T memang layaklah dipanggil nama tersebut.

Ketika berumur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun dia dan abangnya Jerry selalu memakai baju superman. Mereka berdua ini berlagak seperti superman dengan baju bersayap di belakang. Oleh kerana badan BA ini lebih besar dari Jerry, selalulah mereka ini berkelahi dimana Jerry akhirnya tewas dan menangis.


Ketika bersekolah di Sekolah PGGMB dia sering mengolokkan sekolah ini dengan nama Sekolah Perempuan Gemuk Gemuk Makan Belacan. Teman-teman yang sering disebutnya ialah Rozaini, Azim, Irsyad, Norshah, Wafuddin, Sahanisah dan Keith. Budak Keith pernah komplen arah Jester BA is very naughty. Pada suatu hari sekembalinya ke rumah hijau kuning kami telah mengesan lehernya ada garit atau small cut. Bila ditanya dia jawab terjatuh. Tetapi kami mengesyaki sesuatu dengan berulangkali menyiasat semula. Akhirnya dia mengaku dicerut lehernya dengan rantai oleh Norshah! Saya memang tidak boleh defend atau advocate budak ini kerana memang wataknya sangat nakal dan insiden ini tidaklah menghairankan.

Ketika bersekolah disebelah petang di PGGMB, BA bersekolah ugama disebelah pagi. Setiap hari bapanya transitkan dia di rumah hijau kuning sebelum sekolah petang. Saya telah mendapati BA sering menelofon kawan-kawannya ini terutama Azim dan Rozaimi. Dia berbual secara perlahan supaya tidak dapt didengar oleh orang lain. Saya pun menghendap dari sebelah dinding dan mengesan perbualan mereka berkisar fasal homework tidak siap. Pernah satu kejadian BA telah memaksa saya tandatangani buku catatan pengesahan dia telah membaca buku dirumah. Saya tanya adakah ia dah baca buku itu? Dia gugup dan kajar-kajar jadi tahulah saya dia belum baca buku itu. Matanya yang besar itu jadi kecil dan mahu saja ia menangis. Tidak hairanlah kadang-kadang bapanya telah dipanggil oleh Cikgu Hajjah Salmah Tengah, pengetua PGGMB. BA memang sangat takut bila bapanya berjumpa dengan pengetua maklumlah kalau orang berdosa!

Ada kalanya saya disuruh oleh bapanya mengambil dia balik dari sekolah PGGMB. Pada suatu tengahari saya dapati mukanya tidak juga muncul walaupun murid lain semua dah balik. Oleh kerana sudah tidak ada murid lagi di situ saya pun balik ke rumah. Tetapi saya dapati dia belum juga diambil. Riuhlah Hajjah Hasmah kerana dia belum ada orang mengambil kerana takut dia dikidnap. Saya berpatah balik ke sekolah dan hanya berjumpa dia di hujung bangunan sekolah dengan melihat bermain tanah dengan dua orang kawannya. Bajunya yang putih menjadi kuning! Beg sekolahnya dilemparkan jauh dari tempat ia bermain dan pusing-pusinglah kami mencari beg sekolahnya itu.

Pemuda bertuah dan kacak ini bernasib baik kerana telah menjejakkan kaki ke UBD. Dikalangan mahasiswa di sana dia juga popular dipanggil dengan gelaran BA. Tidak hairanlah ia memperolehi ijazah BA!. Kini dia sedang melanjutkan pengajiannya untuk mendapatkan Master Degree di Newcastle. Mengikut laporan BBC London dia juga sedang mengekori buah hatinya yang sedang menuntut di England. Semogalah BA Berakas dan temanitanya Hebriyanti akan beroleh kejayaan yang cemerlang... Amin

Jangan marah Tuan BA, kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman saya berdamping rapat dengan pemuda handsome ini sejak kecil lagi..

Salam Hormat.

284.... apa sejarahnya?

Tahukah awda apakah sejarah 284 yang menjadi angka trademark bagi kebanyakan anak dan cucu Hj Omar pada hari ini? Angka ini telah digunakan bagi nombor kereta (terutamanya keluarga Hj Noor Kaseh) dan juga tidak kurangnya nombor telefon bimbit yang berhujung dengan angka ini .

Pada tanggal 12hb. Februari 1970 Allahyarham Haji Omar telah membeli sebuah kereta NISSAN SKYLINE berwarna biru tua dengan pendaftaran BA 284 di Syarikat Tang Ching Ying Motor yang masih lagi bertahan ketika ini; kalau tidak silap Jester telah juga membeli sebuah kereta pertamanya NISSAN SKYLINE BS 6905 disini. Agaknya Jester ingin mengambil sukut baik daripada Allahyarham nindanya ini.

Sebelum kereta ini Hj Omar telah membeli sebuah kereta MORRIS MINOR B5547 berwarna kelabu yang menjadi kebanggaan bapa Jester waktu muda dulu dan kalau tidak silap kereta ini juga dibawa kesana kemari; maklumlah kereta inilah yang dibawa kerana pertama kali medapatkan lesen memandu. Pada waktu dulu Morris Minor ini dicap sebagai kereta kura-kura kerana bentuknya macam kura-kura. Allahyarham Mat Bakir juga telah membeli jenis kereta yang sama dan warna yang sama dengan pendaftaran B3830. Awang (DHE) tak ketinggalan membeli kereta jenis yang sama dengan pendaftaran B8174 berwarna cream. Mereka ini bolehlah dipanggil Morris Minor Club.

Apabila saja umur kereta ini meningkat tua BA 284 ini diubah catnya menjadi kuning beratap hitam, kemudian diubah lagi menjadi putih. Kereta ini telah menabur jasanya apabila ia digunakan bagi saya dan Pa Ering belajar memandu sehingga pandai. Tetapi kebenaran dari bapa untuk memandu kereta ini hanya terhad dalam kampung saja tanpa keluar jalan besar (jalan Berakas). Dalam kampung pun rasanya sudah seronok kerana waktu itu kami dalam umur bawah 18 tahun.

Bila kereta ini terlalu uzur,ianya telah dicampakkan di belakang rumah hijau kuning (tapak Sekolah Tadika Jaya). Jiran katani Awang Zaini Abdul Rahman telah membeli kereta ini dengan harga $500 dari bapa ketika itu.Pada satu hari Noorhadi telah ternampak kereta ini di suatu kawasan Mulaut. Beliau telah menyiasat apakah kereta ini masih digunakan atau sebaliknya dengan menghubungi Jabatan Pengangkutan Darat. Ternyata nombor BA 284 tidak lagi digunakan.

Atas inisiatif Noor Hadi dari saat ini bermulalah angka 284 menjadi trademark bagi anak cucu Hj Omar hingga sekarang.

Salam Hormat.

Kg 1 Red Concert

Satu perkara telah memeranjatkan saya pagi tadi dimana Muhammad Faiz Amzar yang terkenal dengan tidak mengambil bahagian dalam membuat persembahan telah membuat satu KEJUTAN.

Saksikan lah tayangan video ini untuk melihat sendiri ‘skill’ terpendam beliau. To Achum; It deserve a big round of applause. BIG improvement from last year.





Faiz with Nenek Girl

















Faiz with Friends


















Faiz with Classmates











Salam Sejahtera,
Mazriyani

Novel Pembangun Jiwa

Setentunya masih ramai anak-anak buah ku yang belum berkesempatan membaca buku karya agung Sdr Habiburrahman El Shirazy, sebuah novel pembangun jiwa yang berjodol "Ayat Ayat Cinta" yang pada masa ini masih berada di pasaran di toko-toko buku  di Brunei dalam versi bahasa Indonesia dan juga dalam versi bahasa Malaysia. Filemnya juga sudah pernah ditayangkan beberapa bulan yang lalu di Empire Cinema, yang mana Puda dan juga BaBasar sempat menontonnya. Sorotan buku ini pernah Puda tuliskan dalam laman blog Puda "Sembang-Sembang" bulan Mei yang lalu dan Puda senghaja perturunkan sorotan ini sekali lagi kerana Puda pasti ramai kerabat katani yang tidak pernah membaca laman blog Puda "Sembang-Sembang" tersebut. 
Berterus terang aku katakan. Sudah berbelas tahun aku tidak menyentuh walau senaskah buku novel pun. Sebenarnya, bukan aku tidak menggemari, tidak meminati, tidak mencenderungi karya-karya atau penulisan kreatif yang bergenre begini. Sememangnya, sejak dari awal remaja lagi, aku begitu terpesona dan lalai dalam buaian pembacaanku terhadap karya-karya seni dan penuh dengan nilai-nilai estetika dalam apa jua bentuk wacananya.....baik berbentuk puisi/sajak, syair, gurindam, haiku, pantun mahupun dalam genre cerpen, novel dan juga essei kritikan sastera.

Entah, sejak kebelakangan aku masih bekerja, ruang waktuku untuk menyelami pembacaan novel seperti terasa amat terhad. Aku memusatkan kesempatan masa terluang yang masih ada sesudah menyelesaikan kerja-kerja pejabat harianku dengan membaca bahan-bahan 'non-fiction' seperti buku-buku pengurusan, politik, autobiografi, bahasa, falsafah, agama dan lain-lain sebanding dengannya. Sekali sekala, aku membelek-belek buku-buku antologi puisi hasil penulisan penyair-penyair tersohor tempatan maupun dari negara jiran. Itu pun sekedar mengisi waktu terluang...........

Entah bagaimana, lebih satu bulan yang lalu aku sempat berkenalan dengan seorang penulis muda yang dinobatkan sebagai novelis No.1 Indonesia, Sdr Habiburrahman El Shirazy, atau lebih dikenali dengan panggilan akrab Kang Abik. Aku bertemu beliau semasa sama-sama mengikuti Seminar Bahasa/Sastera Mabbim-Mastera di Hotel Borobudur, Jakarta Pusat bulan April, 2008 yang baru berlalu. Kang Abik memang penulis 'top' masakini baik di Indonesia maupun di Malaysia dengan adikaryanya yang sangat fenomenal seperti Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Berbuah Surga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sejadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan beberapa hasil karya di bidang cerpen dan puisi.

Merakamkan kenangan ketika bertemu dengan Saudara Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik) semasa sama-sama mengikuti Seminar Bahasa/Sastera Mabbim-Mastera di Hotel Borobudur, Jakarta, 7hb April, 2008

Beliau bolehlah dikategorikan sebagai penulis karya-karya 'Pembangun Jiwa' yang amat berkesan. Novel 'Ayat-Ayat Cinta'nya yang benar-benar fenomenal itu sejak beredar di pasaran lebih tiga tahun lalu sudah mencecah penjualan hampir setengah juta naskah dan dicetak lebih daripada 30 kali. Novel ini juga sudah difilemkan dan filemnya masih ditayangkan di pawagam-pawagam atau bioskop-bioskop seluruh Indonesia entah sejak bila dan hingga ke hari ini.

Aku setentunya begitu terpengaruh untuk membaca karya-karya Kang Abik. Dan sekarang sudah selesai membaca novel Ayat-Ayat Cinta. Novel yang berlatarbelakangkan bumi para nabi (Mesir) dan kota seribu menara (Kaherah atau Cairo) amat mengesankan di hati dan jiwaku. Ianya mengingatkan zaman mudaku sewaktu masih menuntut di United Kingdom di tahun 70an. Aku berkesempatan membuat kunjungan singkat ke kota Kaherah bersama seorang teman lelaki yang kebetulan mempunyai seorang adik lelaki yang menuntut di Al Azhar University ketika itu. Gambaran yang dilukiskan oleh Kang Abik di dalam novel Ayat-Ayat Cintanya menghidupkan kembali ingatanku tentang suasana hiruk pikuk di kota Kaherah, dengan kesesakan metronya, perilaku pemandu taksinya, betapa kosmopolitan bentuk kota rayanya, kemeriahan pasar terbuka Khan Khalili yang menjual beribu macam barangan oleh-oleh, kesergaman piramid dan patung sphinxnya, kebersihan pantai di kota Alexandria (Iskandariah)........mengingatinya membuat aku tersenyum puas, bersyukur kerana berkesempatan mengunjungi kota yang menempatkan universiti Islam tertua di dunia iaitu Al Azhar University.

Aku mengkagumi karya Kang Abik, khususnya novel beliau Ayat-Ayat Cinta yang mengangkat kehidupan seorang mahasiswa Indonesia bernama Fahri yang sedang belajar di luar negeri: Al-Azhar University, Cairo, Mesir. Aku mengkagumi liku-liku kehidupan Fahri saat belajar di Cairo kerana ia adalah seorang mahasiswa Indonesia yang miskin, bukan sebarang miskin. Ia memang miskin tapi berkarakter, miskin tapi bersahaja, miskin tapi berprinsip, miskin tapi haus ilmu, miskin tapi baik hati, miskin tapi kuat imannya, miskin tapi memiliki semangat hidup yang menyala-nyala untuk terus maju dan berprestasi, begitu seterusnya.  Dan akhirnya, kerana modal kemiskinannya itulah ia berhasil meraih kejayaan hidup: prestasi akademik yang membanggakan, isteri cantik kaya-raya yang taat beragama dan takzim pada suami, dan ia pun dicintai semua orang yang mengenalnya.

Apakah awda tidak teruja dan "tais liur" untuk mengikuti kisah Fahri ini seterusnya.....aku sarankan bacalah buku Ayat-Ayat Cinta dan tontonilah filemnya yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang genit dan tampan serta berketerampilan dan berwibawa......

Salam hormat - Puda

Karing-Karingan

Kenanganku kepada mu .. kereta coklet Toyota Carina rugged sekali.. itulah sepatutnya dinyanyikan oleh dua budak nakal dirumah hijau kuning dalam tahun 1986 dulu.

Kereta yang dimaksudkan itu ialah BC1677 yang dibeli oleh Puda pada 29hb. Okt. 1979 dengan bayaran bulanan $379 di bank Industrial Re sources atau IRB. Kereta ini telah diwariskan kepada saya dengan hanya menyambung bayaran tersebut pada tahun 1982 hingga langsai tahun berikutnya.. Pada tahun 1982 itu juga saya telah berkhidmat di Jabatan Telekom , satu bangunan dengan babu si Kitang( masa tu masih lagi girlfriend Pa Ering). Ketika itu dia memandu kereta Daihatsu Charmant warna silver BE 1943.

Dua budak nakal ini agak handsome jua sedikitlah tapi tabiat mereka inilah yang memeningkan kepala. Saya beli dua budak ini dari Abdul Wahub ketika dilelong di Pasar Borong ketika
itu. Yang tua berumur 10 tahun bernama HO(Jester) sementara yang muda sikit 8 tahun bernama BAB(Hj Can7ona) . BAB inilah yang mendorong saya membeli mereka ini kerana wajahnya benar-benar mirip seniman A Rahim yang berlakon dalam Ali Baba Bujang Lapok sebagai orang pandai berbahasa Jepun.

Tujuan membeli dua ekor budak ini adalah untuk menjaga ladang Allahyarham Haji Omar di belakang rumah hijau kuning itu tetapi ladang menjadi padang, satu tanaman pun tidak jadi! Setiap hari kerja mereka hanyalah tidur sepanjang masa tapi bila hujung minggu tiba senyum lebarlah muka mereka. Hari Jumaat dan Ahad mereka tunggu dan bangun seawal 7.00 pagi.

Pada tahun tersebut lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah pun dirasmikan. Berjalanlah kami bertiga melalui lebuhraya baru ini sambil mendengar dendangan lagu dari Alleycats seperti sampaikanlah salam cintaku padanya, hingga akhir nanti, seribu bintang, andaiku pergi sebelummu... singgahlah kami di kedai restoran C A Mohammed, restoran Seri Kenanga, restoran Fathul Razak bergilir-gilir setiap minggu. Semua restoran ini terletak di Batu satu yang sudah diroboh hari ini.

Apa yang pelik tabiat mereka berdua ini mereka tetap akan makan roti telur bagi HO dan roti kosong bagi BAB. Bila ditanya kepada BAB kenapa ia suka roti kosong ia selamba menjawab "karing". Padanlah muka mereka kalau tidak makan roti ini saja mereka akan karing-karingan macam daun karing mau gugur ke bumi.

Kami juga menjelajah semua restoran di merata tempat yang menjual karing. Pernah sebuah restoran di Kg. Pancha Delima memberi tepung mentah yang sudah diuli kepada si BAB kerana terlalu asyik melihat pembuat roti sedang memasak roti kosong. Setiba di rumah tepung yang diuli tadi hanya dijadikan guli kecil oleh dua budak nakal ini!

Pernah satu hari kami berjalan ke Seri Lambak Kompleks dimana waktu itu Hua Ho supermarket terletak. Tak disangka terjumpalah kami Si Ah Kok pada masa ini Pehin Lau Ah Kok. Saya tegur dia , lalu bertanya siapakah dua budak ini. Saya pun beritahu anak saya beli lalu ia pun bersedekah buah-buahan di supermarketnya itu. Disuruhnya ambil seberapa banyak buah di situ. Apa lagi kedua budak nakal ini pun meraum buah duku, limau, longan; mentang-mentanglah nama si HO(Jester) ini bertepatan nama HUA HO , mujur juga mereka tidak mengangkut durian monthong itu kalau tidak, saya yang tebal muka!

Pada dua tahun lepas, mereka berdua ini tidak juga berpisah menunaikan fardu haji. Ketika disana mereka juga keunjaran karing ini. Entahlah mungkin karing inilah favourite dish mereka sepanjang hayat. Wallahuakllam.

Sekian saja dulu sebuah kenangan yang sangat mengusik jiwa dua budak nakal yang karing-karingan dalam hidup ini.

Faiz 5th Birthday

Pada 13hb Nov 2008, Muhammad Faiz Amzar telah merayakan hari jadinya yang ke-5 tahun di Taman Asuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di kelas Kg 1 Red. Antara tetamu jemputannya ialah Syaza Hamani bersama beberapa rakan kelasnya dan juga Aqiel (dapat cuti khas daripada Babunya).

Picture of Faiz & Friends.


Syaza & the Gangs


Birthday Boy with Nenek Girl & Aqiel


Syaza and Aqiel















The video ....


Note: To Achum Bee Aye, don't forget Faiz birthday present.

Video 9th Nov


Evening to everybody..

Ini lah video yang dinanti2kan oleh para2 cuzen yg berada di kl and uk hehe..dalam video ini dimana uncle2, cuzen2, abang2, and sister amoy yg sedang asyik begelek macam gelek inul especially pa uda haha..uncu pun nda tahan ketawa bah sampai tegagar2 melyat kerenah durang ani...part yg uncu suka konco2 di belakang atu..





Next video ini adalah khas untuk sister amoy because dalam video ani bnr2 lagu favouritenya..PEMINAT ANUAR ZAIN bah! =D





And.."CHE'GU HJ LAMPUH" a.k.a awie (tanya awie napa uncu panggil ia atu hehe)





By: Uncu Attahira

Berdangdut, berdendang, dan lain-lainnya.......

Maka berkumpullah seluruh anggota keluarga Haji Awg Omar dan Hajah Siti Aminah di rumah cucunda Awang Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh di Kampung Bengkurong semalam, hari Ahad, 9hb Nobember 2008, bagi meraikan hari Ulangtahun Perkahwinan beliau dan hari jadi cicitanda Awang Noor Haziq Waqiuddin. 



Daripada yang tua seperti Pabasai dengan lagu Broery Marantikanya...






Sehinggalah yang muda seperti Awie dengan lagu "Aku bukan superstar".....








Daripada lagu sentimental Anuar Zain seperti "Lelaki Ini"...................






Sehinggalah lagu irama dangdut "Lebih baik sakit gigi" lagu yang dipopularkan oleh Meggi Z.......




Daripada berkaraoke........






Sehinggalah bermain bouncer................

Begitu meriah, begitu riang dan begitu rancak anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit berdendang, berdangdut, berjoget dan berinjak di bouncer, dan tidak ada perkataan yang dapat mengungkapkan keceriaan masing-masing keluarga dalam majlis tersebut....tatapi sahajalah wajah masing-masing dalam gambar-gambar di bawah ini:-


 



Salam hormat - Puda

If Music be the food of love, Play on - Shakespeare

Di antara peranak nini Hj Omar ani, mungkin kamu mengetahui hampir kesemuanya meminati bidang muzik. Pa Basar inda pasti siapa yang berkebolehan bermain alat muzik tetapi yang pasti majoritinya minat mendengar muzik dan men-sumbangkan suara menyanyi.

Dalam kisah memutar batis, Pa Basar ada menyebut tentang Puda memiliki "Bang & Olufsen" music centre. Setentunya ramai yang tau kebolehan Puda menyanyikan lagu Inggeris dan Melayu (of course yg sewaktu dengannya lah tu!). Sehinggakan dalam satu dinner function baru-baru ani, nama beliau disebut sebagai penghibur BSP yang berbakat!

Ani kira penyanyi bertaraf Pro sudah ni!!!!



Pa Basai usulnya meminati Jamal Abdillah, SM Salim, Siti Nurhalizah dll. (I am sure peranaknya dapat melengkapkan senarai penyanyi idola bapa diorang ani). Satu bukti yang menunjukkan minat ini ialah music room yang dilengkapi dengan sound system yang canggih di rumahnya atu. Tapi problemnya tabiat kelanguan atu tah saja. Usulnya golf pun sudah kendur ni. Mudah-mudahan minat mengail akan berterusan...

Next come Pa Iring. Ani susah sikit meramal cuacanya. Pa Basar pasti orangnya berminat tapi kurang keyakinan diri. Pernah pulang Pa Basar mendangar ia humming lagu-lagu seperti Hotel California dan The Mercy's. Baru-baru ani kedapatan ia menyimpan lagu Sebelas Januari by Gigi dalam handphonenya. Ucapnya si Abang yang mendownload ke telefonnya!

Seorang yang inda dapat katani sangkalkan kebolehannya ialah Patno. Beliau ani memang memiliki nada suara yang sangat menakjubkan. Cuba bayangkan sejak dalam tahun 60an lagi Patno sudah mengenali dan bisa (berkebolehan) menyanyikan lagu-lagu Indonesia seperti Muchsin, Titiek Sandhora, Koes Plus, D' Lloyd, The Mercy's, Broery, Emilia Contessa dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan pada waktu atu, penyanyi-penyanyi Indonesia belum begitu exposed di negara kita dan belum ada yang dibenarkan membuat persembahan di sini. Jangan kan penyanyi, amah Indonesia pun belum wujud lagi di Brunei.



Agaknya kekanda-kekanda ani tah yang menurunkan minat yang sama kepada Pa Basar. I will say no more....




Pada zaman atu, untuk mendengarkan lagu, katani memakai piring hitam dimainkan pakai gramophone. Kemudian terciptalah cassette tape recorder. Dengan kecanggihan teknologi, timbul pula Laser Disc player berserta karaoke. Untuk kemudahan selanjutnya, dikecilkan pula ukurannya menjadi VCD. Belum puas hati, keluar pula DVD, Blue Ray, MP3, MP4 dan entah apa lagikah. Orang Filipina meluahkan pemandainya dengan mencipta WOW Magic Mike di mana semua lagu disimpan dalam memory card yang kecil yang dapat disumbatkan dalam microphone atu sendiri. Jadi kalau kan menyanyi, bawa saja Magic Mike atu ke sana ke mari.

Yang bini-bini belum Pa Basar membuat kajian yang terperinci tapi usulnya Bu Amit dan Bu Dayang dapat jua disorongkan kali.

Kalau kami ani dikira sebagai 1st Generation, bagaimana pula 2nd, 3rd dan 4th Generation?









Jester, Hj Can7ona, Amoy, Rusydina, Rusydi apa kurangnya? Tidak dilupai jua peranak Patno!



Pa Basar ingin kan tau jika ada yang dapat mengongsikan pengetahuannya tentang bakat anak-anak buah yang terpendam.

Pa Basar.

SHOPPING SPREE DI BANDAR BRUNEI

Oleh kerana atas permintaan ramai bagi menyambung kisah sepanjang kedai kenangan di tahun 60 an, maka saya kuatkan memory otak ini kepada beberapa gigabytes untuk meneruskannya kerana kisah ini berlaku 40 tahun lalu.

Pada masa dulu hari kelepasan yang banar hanyalah setiap hari jumaat. Ini kerana hari Ahad hari sekolah bagi sekolah rendah dan hari Sabtu pula hari sekolah bagi menengah seperti SOAS dan STPRI, dan hari bekerja bagi perkhidmatan awam. Maka hari Jumaat sebelah petang selalunya diadakan acara perkahwinan dan lain-lain acara.

Bagi kaum ibu rumah putih shopping spree akan dibuat selalunya hari jumaat petang atau hari sabtu, kerana hari Ahad kedai tutup. Seingat saya Haji Mat Usof atau Awang "DHE"lebih suka mengepalai rombongan shopping ini pada hari jumaat. DHE adalah pemimpin yang boleh dipercayai untuk mengondan kaum ibu ini ke kedai Bandar Brunei ketika itu kerana memang masak sudah dengan kedai dan kerenah tawar menawar kaum ibu ini. Bagi ahli kabinet yang lain Allahyarham bapa, kalaki atau MAT BAKIR (setiausaha kewangan) dan kaka laki (Haji Noor Kaseh) bukanlah bidang mereka apatah lagi mama (Dayang Tengah) dan nini Haji Tahir bukanlah berapa hukum untuk mereka join kaum ibu dalam hal ehwal membeli belah ini. Majlis kabinet rumah putih telah pun sebulat suara mengamanahkan DHE selaku setiausaha negara bagi mission yang mencabar ini!

Perkara pokok yang diambil kira terlebih dulu ialah pengangkutan awam. DHE mempunyai sebuah bidar atau perahu yang sederhana besarnya berwarna merah tua. Bidar ini tidak boleh menampung keramaian penumpang seperti babu Hajjah Siti Aminah, kaka Hjh Rosnah, kak Hjh Tampoi, kak Hjh Timah, kabini Hjh Tuah atau nama banarnya Hjh Nafsiah binti Abdul Rahman iaitu adik angkat DHE dan juga sepupunya, angah Hasmah dan saya sendiri. Jadi terpaksalah saya mengadap nini Haji Tahir bagi meminjam bidarnya. Bidarnya ini boleh dipinjam tetapi dengan syarat setiausaha sulitnya Haji Noor Kaseh mesti pengemudinya.

Setelah kata sepakat dicapai bertolaklah rombongan ini dengan menggunakan dua buah perahu atau bidar. Sebuah dikayuh oleh DHE yang satu lagi oleh kaka laki tetapi dia akan ke tempat kedai lain, favouritenya tentulah ke pasar. Sepanjang perjalanan di sungai Brunei ini ternampak beberapa buah kapal besar masing-masing bernama "BRUAS, BIDOR, RAJAH BROOKE"sedang berlaboh di tambatan kastam DiRaja untuk membawa barang dari Malaysia kerana nama kapal-kapal ini adalah tempat di negeri Perak. Sampai saja di tambatan kastam ini , satu tabiat DHE apabila mengikat kalat perahu ialah dia akan berulang kali mencheck sudah diikat kah belum dan inilah yang dipanggil "beuri" . Saya masih ingat kak Hjh Timah memarahinya terlampau beuri!

Iktisad Guru-Guru Melayu Brunei terletak pada waktu itu sebaris dengan Hotel Brunei sekarang. Iktisad ini merupakan seperti syarikat kerjasama atau koperasi bagi guru-guru ketika itu. Tidak hairan lah DHE adalah seorang ahlinya. Tambahan pula kalau tidak silap ahli boleh dibenarkan berhutang. Walau bagaimana pun saya syorkan katani akan membuat kunjungan hormat kepada DHE(bekas setiausaha negara) bagi membuat kajian yang formal kerana waktu dulu saya masih mentah dan hijau (kanak-kanak) untuk mengetahui selok belok tatacara atau kaedah perjalanan perniagaan sebegini. Ini penting kerana katani wajar mengetahui sejarah perjalanan perniagaan yang diasaskan oleh guru-guru ketika itu sebagai wadah dan bahan tatapan dan tauladan sepanjang zaman.

Sampai saja di kedai Iktisad ini DHE memasuki pejabat, entah apa dibuatnya tidaklah pasti tapi saya mengagak dia mungkin mencheck daftar ahli sebelum membuat pembelian. Barang yang terdapat di sini seperti barang runcit, alat tulis, kain dan baju sekolah. Barulah pertama kali saya dapati juru jualnya orang melayu. Kedai ini akan lebih sibuk apabila waktu bulan puasa ramailah kenalan DHE yang terdiri daripada guru-guru. Pernah DHE terjumpa seorang guru bernama Cikgu Daud Bakar atau famous dengan nama Cikgu Daud nda behajai.


Sebelah kedai Iktisad terdapat kedai impian kaum ibu iaitu kedai kain KAMIL HASSAN & SONS. Bayangkan saja kedai ini masih bertahan hingga kini di beberapa tempat di Brunei pada masa ani. Pekedai terdiri dari orang India yang memakai turban yang memang dikenali oleh DHE. Timbullah shopping frenzy abis babu Hjh Siti Aminah dan lain-lain di kedai ini. Mulalah tawar menawar dan pisi memisi termasuk DHE yang memang seronok dan ghairah memisi kain kasa, kain kihip kain tetron , tudung dan lain-lain. DHE seakan bersilat gara-gara oleh kekecohan kaum ibu bila berada di kedai kain begini! Benarlah kata Jester anak cucu keluarga Hjh Siti Aminah ada mempunyai genes membeli-beli yang memang sudah diwarisi.

Di Jalan Sultan kedai CHEE HO tidak dilupakan untuk membeli periuk belanga, sudu garpu, piring cawan, bayangkan saja telatah mereka semua ini bila terjumpa kedai sebegini. Kedai AIK THYE tidak juga dilupakan , kedai runcit agak besar waktu itu. Sebaris juga terdapat satu-satunya restoran melayu jual soto yang memang terkenal dengan nama restoran SI TADONG. Berseberangan terdapat kedai Si BONGKOK kedai favourite nini Haji Tahir. Juga ada kedai AMAT SATE, DENGAN HARGA 5 SEN SECUCUK. Amat Sate ini pun masih bertahan sampai sekarang seperti di Berakas contohnya. Di sepanjang Jalan Sultan ini kalau hari Ahad ketika kedai tutup jalan raya sangat lengang sampai kadang-kadaang nda berkereta langsung. Pernah satu ketika saya dan Pa Ering (Hj Junaidi) lepas main bola di padang besar kini Taman Sultan Hj Omar Ali melimpang di jaraya kerana langsung ndada kereta. Dulu memang jauh bezanya dari sekarang!
Di kaki lima betul-betul sebelah kedai AMAT SATE terdapat pula deretan orang Arab jual permata , cincin dll. Kaum ibu tidak lepas peluang kedai yang berhampar ini. Bayangkan saja keolahan mereka di Arab Street Brunei ini! Tempat ini tidak jauh dengan panggung wayang Boon Pang, yang pada masa ini tapaknya diambil oleh bangunan BIBD. Di belakang Boon Pang ini lah letaknya gerai makan di Bandar Brunei ketika itu. Nasi lemak Malaysia, rojak, soto, martabak semua ada dijual di sini hingga malam.

Di Jalan Robert yang menuju tambing terdapat sebuah kedai elektrik yang besar waktu itu MALAYAN ELECTRICAL, yang bersebelahan dengan kedai gunting rambut PAK KOON SALOON. Kedai letrik ini agak besar yang menjual tambak gas, radio gram dll. Seingat saya angah kamu membeli tambak gas pertama dari kedai ini. Bayangkan saja bila saja gas habis siapa yang menganggong gas dari kedai menyeberang sungai ke rumah putih?
Siapa lagi kalau tidak dua pemuda yang gagah iaitu Haji Noor Kaseh dan DHE. Katani mestilah insaf bahawa perjalanan hidup waktu dulu bukan senang seperti sekarang ;lebih mudah dan selesa , semua tersedia. Untuk pengetahuan sebelum tambak gas rumah putih pakai tambak minyak tanah (kerosene).

Di kedai ini juga seingat saya nini tua Mabohai membeli radio gram jenama "TELEFUNKEN" buatan German yang memakai piring hitam (sekarang CD). Radio gram berkabinet macam almari kecil ini telah dihadiahkan kepada nini Perpindahan Berakas ketika keluarga Haji Omar mula berhijrah dari rumah putih ke Perpindahan Berakas pada tanggal 25hb. Ogos 1966.

Dari tarikh tersebut bermulalah kehidupan baru bukan lagi di kampung Air. Rumah itu No. 18 asalnya bukan no 7 seperti sekarang. Nama Jalan Durian itu pun belum ada ketika mula berpindah, Warna asalnya atas warna hijau dan bawahnya warna kuning. Siri akan datang katani akan rujuk rumah ini sebagai "rumah hijau kuning". Tetapi siri rumah putih belum berakhir. Tunggu siri akan datang...

Sekian untuk kali ini.. wassalam

ANIH SANGAT ANEH.

Tekidum jua sejenak (banar kata Hjh Amoi atu!) oleh nukilan penulis "cucu-cucu yang nakal" dalam coretan yang lalu.

Tapi satu hal yang terjadi sebagai kenangan yang manis dan pahit yang menjadi misteri tidak mungkin boleh dilupakan bahkan menjadi kenangan abadi sepanjang hayat bagi Anakanda tersayang Dayang Mazriyani yang sangat cantik rupawan.

Mazriyani atau alias "Mazni Riyani"(nama ini sebenarnya nama yang dicadangkan tapi tidak jadi, mengikut al-kisah ) atau popular dengan panggilan Anih mempunyai sejarah tersendiri waktu zaman kanak-kanak dahulu yakni dalam umur 5 atau 6 tahun bahkan hingga mencapai umur belasan tahun.

Si kecil yang bernama Anih ini memang sangat aneh..Waktu di Perpindahan Berakas dulu apabila dia saja terpandang bapa saudaranya yang bernama Matnoh, dia pun masam muka, matanya yang agak besar itu pun keliar-keliar macam muka Saloma tengok Sharif Dol dalam cerita Seniman Bujang Lapok.

Entah apa salah apa silap tidak pula diketahui sebab musababnya. Yang calinya dia akan berada di belakang ibunya sepanjang masa walaupun ketika memasak dia tetap tidak akan berganjak. Sampaikan Allahyarham bapa pun gelengkan kepala sambil tekidum melihat telatah cucunya yang satu ini yang dianggapnya sangat aneh.

Patuannya yang baik hati ini tidak juga mahu berganjak melihat anak yang sangat aneh kelakuannya ini. Bahkan makin Anih menjeling makin dihampiri.

Adik-adiknya terutama Bee Aye Brakus akan ketawa mengilai melihat telatah kakaknya yang lucu dan aneh ini. Adiknya yang satu lagi Adini begitu juga akan ketawa berabis sehingga Anih sakit hati. Makin sakit hatinya makin lagi dua beradik B A dan Adini menyakat dengan berkata "Ka Anih anak Amit Matnoh " . Apa lagi Anih , dihentakkan lagi kakinya sambil menangis. Ibunya pun sakit hati dan kadang-kadang tekidum meliat telatah Anih yang aneh ini kerana dia sukar buat kerja seperti memasak dan lain-lain.

Sekarang Anih sudah mempunyai tiga cahaya mata , semogalah mereka tidak akan mengikut jejak langkah ibunya Anih yang aneh ini.

Sekian saja dulu dan jangan marah hehehe hohoho hahaha. salam hormat dan wassalam.

cucu cucu nakal part 2

terkidum ku tarus bila membaca cerita dari jester pasal ulah kami semasa damit atu.ingat tah ku jua bukan saja kami mengabiskan masa kanak2 kami di keliling rumah di perpindahan atu tapi dlm rumah pun jadi mangsa kami.

walaupun bis kainchan sampat idup di kampong air dan dorang terdapat kolam renang sendiri,kami jua ada 'private pool" kami sendiri.itulah jamban di perpindahan.kalau pembaca-pembaca masih ingat jamban di bawah atu structure dulu nya lain dari masa ani.pintu dapan nya ada dinding setinggi 2 kaki dan tong business nya lebih tinggi dari lantai jamban.iatah tu jadi kolam kami tu.

cara kami membanjirkan jamban dengan menutup lobang drain nya atu dengan kain pelikat yang di barati dengan baldi berisi air atau batu supaya inda timbul.berjam-jam tah kami tu menunggu jamban atu panoh alum lagi masuk jam kan bermain tu.inda lupa jua kami kunci pintu jamban atu supaya inda kedapatan oleh orang-orang tua.

bila udah panoh nah mencabor tah kami berpupu tu,cukup dengan yang berseluar katak dan yang bertelanjang bulat.keluar tah segala skill kuak dada,breaststoke,doggie dan apa aja panggilan untuk swimming.memang siok masa atu walaupun kedapatan dan kana marahi oleh angah tapi kami inda jara.pandai tah kami tu mencari jalan untuk membanjirkan jamban atu lagi.

Apa Cerita………Ekpedisi ke laut samudera

Semalam Pa Basai mengail lagi. Kali ini kami berlima iaitu Pa Basai, Dato Hj.Zaimi, Ariffin (abang Midah isteri Osman), Pg.Wadod dan bapa Pg wadod (rakan pancing baru) mengadu nasib menjadi nelayan sambilan mengharungi laut samudera di perairan yang lebih kurang 103 kilometer jauhnya dari pantai Jerudong.

Dengan menaiki perahu yang panjangnya 25 kaki dan bermotor sangkut berkuasa 85 kuda sebanyak dua biji bermulalah ekpedisi kami bertolak dari pantai Jerudong sekira-kira jam 5:15 pagi. Oh…. Kami amat bernasib baik, laut tidak bergelora . Ia seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kepada kami berlima.

Perjalanan berhenti seketika berdekatan dengan Derek Champion kerana melihat tombokan awan yang menunjukkan angin sedikit berligar di tempat yang dituju. Kami tidak membuang masa begitu sahaja. Kami mencari lubuk ikan dengan menggunakan fish finder di perhentian kami ini. Setelah melihat wajah ikan di fish finder, kami berlima melabuhkan kail. Ada yang menggunakan joran dan ada yang menggunakan kirikan dengan mata kail tiga atau lima yang dipanggil perambut bajau atau anjun.

Wau…… tidak menyesal kami berhenti sebentar disini. Setiap orang dapat menaikkan ikan pisang-pisang. Dalam hati kami pisang-pisanglah. Ini adalah pemanas badan sebelum menuju ke destinasi kami.

Setelah melihat langit cerah ditempat yang dituju, kami meneruskan perjalanan. Hendak tahu berapa lama kami sampai ke destinasi? Ia mengambil masa hampir 2 jam. Dimana? Itu rahsia nelayan ,takut orang lain tahu.

Setelah hampir sahaja sampai ke tempat di tuju, Pg Wadod ternampak sekumpulan ikan bakulan menari-nari di permukaan air yang biru. Oh! Kami amat seronok melihat ikan bakulan menampakkan dirinya. Apa lagi Pg. Wadod memberi isyarat kepada kami untuk singgah sebentar disana. Kami tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengail ikan bakulan ini. Kami berempat tanpa banyak bicara menyetujui saranan tekong kami Pg. Wadod ini.

Hati didalam amat iski. Apa tah lagi ini adalah pengalaman pertama Pa Basai mengail ikan bakulan. Kail yang digunakan ialah kail yang mempunyai lima belas perambut. Ianya dilabuhkan secara bertunda.

Engine perahu di perlahankan lalu dilabuhkanlah kail dengan lima belas mata. Amat menyeronokkan bila kail di bangkit sembilan ekor ikan bakulan dapat dinaikkan. Setelah ikan-ikan di lepaskan dari mata kail, kail dilabuhkan lagi di tempat mana Ariffin melihat kawan ikan bakulan bermain-main mungkin menari irama dangdut ala Maggi Z dengan lagu takut sengsara.

Jatuh bangun aku mengejarmu,

Namun dirimu tidak mengerti,

Percuma saja mengail (berlayar lirik asal)

Kalau takut lautan

Percuma saja mengail (bercinta senikata asal)

Kalau takut ngalih (sengsara lirik asal)

Dapat lagi 2 ekor. Dua ekor, dua ekorlah tidak mengapa.

Setelah dua kali melabuh, Pg Wadod melihat lagi target dimana kumpulan ikan bakulan mempamerkan dirinya. Cheh,cheh,cheh ada lagi si ikan bakulan yang besarnya hampir setengah kilo seekor ini bermain dan menari-nari. Mungkin kali ini ia asyik bertango dengan lagu Julio Eglesias. Apa lagi kami terus melabuhkan kail kali ketiga.

Entah macam mana sebelum tali di tarik, Pg wadod mempelawa kepada kami bertiga iaitu Arifin, Dato Hj.Zaimi dan Pa Basai untuk sama-sama menarek tali kail apabila kail direntap. Mendengar tawaran ini kami yang sungguh iski dan tidak berpengalaman menarik ikan bakulan ini, menerima pelawaan ini dengan dada terbuka. Pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.Itulah suara hati bila mendengar pelawaan ini. Sebelum itu Pa Basai tidak berani bersuara takut ada pantang larang atau sorok langkah dalam dunia pemancingan ini.Maklumlah turun ke laut banyak pantang larang.

Waduh apa bila ikan-ikan bakulan merentap kail apa lagi kami terus memintal tali lagi dengan sekuat hati. Pg wadod terus menaikkan suara supaya kami melepaskan tali kail itu. Rupa-rupanya apa yang kami buat itu adalah teknik yang betul betul salah. Cara sebenarnya ialah apabila terasa ikan menyngkut dikail ia harus ditarek sebentar lalu dilepaskan. Ini teknik menarik pancing tunda.

Tahu apa kesudahannya? Empat ekor ikan bakulan dapat di naikkan tetapi semua kail telah kusut masai seperti kueh jala. Itu adalah disebabkan oleh teknik tarekan kami yang seperti rusa masuk kampong itu. Kata Pg.Wadod itu cara menarek ikan 10 pikul tu, sambil ketawa.

Wah nasib baik Pg Wadod orangnya cool. Demikian juga bapanya. Ariffin senyum-senyum seolah-olah tidak berdosa. Dato Hj. Zaimi diam tidak terkata seribu bahasa. Pa Basai dengan kekesalan yang tidak terhingga meminta maaf banyak-banyak kepada Pg Wadod diatas keserakahan menarik dengan sekuat hati itu. Kesudahannya kami tidak lagi berpeluang untuk menawan ikan bakulan yang masih bermain-main mungkin dengan irama Pandang-Pandang Jeling Jeling nyanyian Tan Sri SM Salim dan Datuk Siti Norhaliza(Kedua penyanyi idola Pa Basai).

Kami terus beredar kedestinasi kami yang mengambil masa hampir 20 minit dari tempat menawan ikan bakulan itu.

Ekpedisi kali ini amat beruntung. Cuaca amat prihatin kepada kami. Arus laut memberikan kerjasama yang amat erat. Lubuk ikan dapat diperolehi di kedalaman laut yang hampir mencecah 450 kaki. Joran Simano buatan Jepun, GAM buatan Jerman, Reel Simano Jigger, Daiwa Saltiga dan Tica telah menghasilkan pelbagai ikan kelas atasan seperti Aji aji, Kerapu Harimau, Kurisi Bali dan ikan Pisang Emas keemuanya hampir mencecah 40 kilo. Hati siapa yang tidak terhibur dan gembira melihat ikan berlimpangan didalam kotak sejuk kami yang berwarna merah itu.Kami berlima seolah-olah menyanyikan lagi Hore hore nyanyian Allahyarham Sudirman Hj.Arshad.

Mari kita bergembira

Goyang tangan goyang kaki

Hep hep hore,hore hore

Bergembira, ha !ha! ha !

Balek dirumah kali ini disambut dengan wajah berseri oleh Bu Asai kamu melihat ikan tangkapan yang cukup lumayan. Jangan tanyalah berapa harga joran dan reel yang digunakan. Berbaloilah masa dan tenaga yang kami curahkan selama lebih kurang lima belas jam mengharungi laut yang memberikan rezeki kepada lima nelayan sambilan kelamari atu.

Selamat membaca nukilan Pa Basai kali ini.

Sepanjang Kedai Kenangan...

Dalam tahun 60an sekolah-sekolah rendah kerajaan belajar pada hari Ahad hingga Kamis dan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Setiap hari Sabtu nini Haji Tahir akan luangkan secara khusus untuk membeli barang yang akan dijual di tuck shop nya . Kami berdua pun menggunakan perahu yang dipanggil " BIDAR" kepunyaannya yang berwarna biru air laut dan bingkainya warna kalas atau pink. Bidarnya ini jangan mau cuba-cuba untuk dipinjam oleh sebarang orang yang tidak dipercayainya. Maka berkayuhlah kami berdua menuju ke seberang sungai Brunei menghala Tambatan Kastam DiRaja Bandar Brunei .

Sampai saja di tangga diambil kalat untuk diikat supaya BIDAR tidak hanyut. Yang pasti ia tidak pernah dicuri kerana waktu dulu nilai kejujuran itu amat tinggi bukan seperti sekarang ;kalau barang ampai-ampai tentu saja kena kebas. Waktu dulu hak milik orang lain akan dihormati begitu juga sebaliknya. Inilah nilai murni yang wajar patut kita contohi.

Sepanjang Jalan McArthur terdapat sederet kedai yang menjadi favourite nini Haji Tahir. Yang pasti kedai pertama ialah HONG SOON atau dipanggilnya SEE SENG. Ada tiga beradik akan menyapa beliau dengan hormat kerana nini adalah pelanggan tetap. Pekedai cina memang telah faham dengan perangai nini dalam soal tawar menawar harga barangan. Kalau dah suara nini tinggi pekedai ini tahu temperaturenya naik.

Seingat saya kedai hujung sekali ialah kedai CHONG HOCK atau dipanggil SI TAM. Kedai ini sekarang dipanggil CHONG HOCK MUSIC CENTRE yang terletak di Kiulap BSB. Sebelahnya ialah kedai LAM HOE atau SUMPIT , kedai ini kawan Ayahanda Haji Omar dimana beliau membeli barangan keperluan . Diikuti oleh kedai minum LOK WEE kemudian kedai LAM SENG, kedai CHEE GUAN atau SIKANG iaitu kedai favourite kak Hajjah Tampoi dan Haji Mat Usop atau AWANG (DHE).

Disebelah kedai HONG SOON pula kedai ENG JOO atau dipanggil SI BANIAN , kedai jual pukat dan alat tangkap ikan(khabarnya pada masa ini anak si BANIAN ada yang dah menjadi Doktor perubatan). Sebelah lagi kedai makan MALABAR MUSLIM RESTAURANT yang jual martabak dan nasi briyani. Harga roti kosong cuma 20 sen, roti telur cuma 40 sen ketika itu. Sebelah lagi ialah kedai ENG SENG atau dipanggil nini sebagai kedai TODAK. Sebenarnya ada gambar iklan besar di tepi kedai itu yang mengiklankan kodak film. Kedai inilah tempatnya membeli alat tulis dan buku kosong untuk latihan atau exercise book. Dulu buku exercise ini mesti beli sendiri oleh murid-murid. Hujung sekali inilah kedai emas dan berkongsi dengan kedai jual sigup Brunei. Nini dan Dayang Tengah memang berlanggan di sini membeli sigup Brunei mereka. Sigup Brunei ini dibeli dengan ditimbang beratnya sebelum menentukan harganya. Sigup ini akan digulung ke dalam daun kirai sebelum dihisap. Allahyarhamah Dayang Tengah atau mama dan nini Haji Tahir bila sudah besigup berdua penuhlah rumah putih dengan asap rokok yang kuat baunya.

Melengkok ke Jalan Sultan terdapat sebuah kedai favourite babu Hajjah Aminah, Haji Mat Usof (DHE) dan Kak Hajjah Tampoi iaitu kedai CHEE HOO. Kedai ini menjual piring mangkuk, alat perkakas dapur dan pakaian sebab itulah (DHE) adalah pakar dalam memisi barangan begini. Sebuah lagi kedai favourite nini Haji Tahir ialah kedai Tukang Jahit SING LEE atau dipanggil jua dengan SI UJAN. Sebuah lagi kedai tumpuan ialah kedai SI AH TONG yang menjual benang yang akan digunakan untuk tenunan kain. Sekali lagi "DHE akan dipertanggungjawab untuk memisi barangan begini. Sebab itulah saya katakan beliau ini adalah Setiausaha Negara Kepada rumah putih katani. Kalau sudah give up mencari barang yang dihajati suruh saja DHE atau AWANG pasti akan dipisinya dimerata kedai. Tetapi kalau soal tawar menawar serahkan kepada nini dan babu Haajjah Siti Aminah, kalau mereka ini menawar barang pekedai hampir pengsan. Waktu dulu barang boleh ditawar atau dibargain. Siapakah diantara cucu cicitnya yang akan mewarisi tabiat tawar menawar begini ? Yang membezakan waktu sekarang kebanyakan harga sudah ditetapkan bukan seperti dulu belum ada tanda harga yang di kuatkuasakan.

Ninda Haji Tahir memberikan pandangan waktu dulu itu orang cina memonopoli bidang perniagaan disebabkan mereka lebih mementingkan keuntungan jangka panjang walaupun jumlah sedikit tetapi bertahan lama. Contohnya dakam jualan makanan mereka lebih mementingkan qualiti walaupun kos agak mahal dan untung sedikit tetapi dapat bertahan lama. Sikap inilah yang selalu dinasihatkan oleh beliau kepada orang katani dalam mengharungi bidang perniagaan.
Wallahuaklam..
Salam Hormat.. Jumpa lagi disiri yang akan datang.. Wassalam

hai lah BADAN.. hai lah NYAWA..

bila d sabut saja pasal badan dan nyawa ane, mesti kamu semua tau sudah siapa c badan dan nyawa ane.. nda ja? Rusydina dan Hjh Noor Attahira (uncu)...dua orang cucu perempuan hjh aminah dan hj awg omar yang selalu kan bejalan sama2, ketawa sama2, tidur sama2, nangis sama2, secret sama2, semuaaa kan sama2 dari dulu sampai ane... seingat dina, inda pernah sekali pun kami bedua bekelayi walaupun pasal apa saja... i still remember, masa dina punya birthday d kg manggis dulu, urang semua begumbira dgn adanya mascot2 characters dari Jollibee tapi kami bedua duduk2 saja nda mau kan ikut urg lain..


selain atu, kami bedua pun selalu belayar sama2 dulu.. walaupun ke miri apa.. yatah masa dina ke KL, mcm sedih rasanya kan meninggalkan c nyawa atu.. (esseh..) pasal biasanya tiap minggu kan bejalan.. dari sebelum balum belesen sampai sudah belesen.. atu pun kami sama2 jua mengambil lesen d tempat yg sama n masa yg sama n cigu yg sama jua! hehe... time balum belesen, c kumin dan driver2 sebelum nya tah jadi mangsa mengantar mengambil kami bejalan.. yatah kami bedua ane selalu kana target uleh nini kana cakapi "jangan luan bejalan saja...", "jangan baibun saja..." dan lain2 lagi cara kan rasanya inda suruh kami bejalan.. hehehe..


anyways, yg lainnya saja kami masa primary school nda skulah sama2 tapi bejumpa lagi time skulah d stpri, atu tah yg best tu! lapas skulah ikut balek ke kilanas apa.. (alum ada rimba2 tuu) yatah iski dapat bemain drumahnya.. kadang2 ia balek ke masin skali sudah ptg baru driver mengantar balek ke rumah... hehe... n biasanya (sampai ane) kalau ada family gathering kah panggilan kah apa mesti kami msg each other tu tanya "dang, kau pigi arah (nama urg atau tempat) krg? mun ko pigi, aku pigi jua ne..." hahahaha atu dari dulu sampai ane maseh kami buat jua asal kan bejalan...


so atu saja lah dulu... utk tatapan semua, nah ada gambar kami dua dgn signature POSE masing2 yang kekal ayu dan lawa!!! hahahaha... =p (p.s font ane purple pasal kami bedua suka colour purple.. huhu)


Happening dates