Oleh kerana atas permintaan ramai bagi menyambung kisah sepanjang kedai kenangan di tahun 60 an, maka saya kuatkan memory otak ini kepada beberapa gigabytes untuk meneruskannya kerana kisah ini berlaku 40 tahun lalu.
Pada masa dulu hari kelepasan yang banar hanyalah setiap hari jumaat. Ini kerana hari Ahad hari sekolah bagi sekolah rendah dan hari Sabtu pula hari sekolah bagi menengah seperti SOAS dan STPRI, dan hari bekerja bagi perkhidmatan awam. Maka hari Jumaat sebelah petang selalunya diadakan acara perkahwinan dan lain-lain acara.
Bagi kaum ibu rumah putih shopping spree akan dibuat selalunya hari jumaat petang atau hari sabtu, kerana hari Ahad kedai tutup. Seingat saya Haji Mat Usof atau Awang "DHE"lebih suka mengepalai rombongan shopping ini pada hari jumaat. DHE adalah pemimpin yang boleh dipercayai untuk mengondan kaum ibu ini ke kedai Bandar Brunei ketika itu kerana memang masak sudah dengan kedai dan kerenah tawar menawar kaum ibu ini. Bagi ahli kabinet yang lain Allahyarham bapa, kalaki atau MAT BAKIR (setiausaha kewangan) dan kaka laki (Haji Noor Kaseh) bukanlah bidang mereka apatah lagi mama (Dayang Tengah) dan nini Haji Tahir bukanlah berapa hukum untuk mereka join kaum ibu dalam hal ehwal membeli belah ini. Majlis kabinet rumah putih telah pun sebulat suara mengamanahkan DHE selaku setiausaha negara bagi mission yang mencabar ini!
Perkara pokok yang diambil kira terlebih dulu ialah pengangkutan awam. DHE mempunyai sebuah bidar atau perahu yang sederhana besarnya berwarna merah tua. Bidar ini tidak boleh menampung keramaian penumpang seperti babu Hajjah Siti Aminah, kaka Hjh Rosnah, kak Hjh Tampoi, kak Hjh Timah, kabini Hjh Tuah atau nama banarnya Hjh Nafsiah binti Abdul Rahman iaitu adik angkat DHE dan juga sepupunya, angah Hasmah dan saya sendiri. Jadi terpaksalah saya mengadap nini Haji Tahir bagi meminjam bidarnya. Bidarnya ini boleh dipinjam tetapi dengan syarat setiausaha sulitnya Haji Noor Kaseh mesti pengemudinya.
Setelah kata sepakat dicapai bertolaklah rombongan ini dengan menggunakan dua buah perahu atau bidar. Sebuah dikayuh oleh DHE yang satu lagi oleh kaka laki tetapi dia akan ke tempat kedai lain, favouritenya tentulah ke pasar. Sepanjang perjalanan di sungai Brunei ini ternampak beberapa buah kapal besar masing-masing bernama "BRUAS, BIDOR, RAJAH BROOKE"sedang berlaboh di tambatan kastam DiRaja untuk membawa barang dari Malaysia kerana nama kapal-kapal ini adalah tempat di negeri Perak. Sampai saja di tambatan kastam ini , satu tabiat DHE apabila mengikat kalat perahu ialah dia akan berulang kali mencheck sudah diikat kah belum dan inilah yang dipanggil "beuri" . Saya masih ingat kak Hjh Timah memarahinya terlampau beuri!
Iktisad Guru-Guru Melayu Brunei terletak pada waktu itu sebaris dengan Hotel Brunei sekarang. Iktisad ini merupakan seperti syarikat kerjasama atau koperasi bagi guru-guru ketika itu. Tidak hairan lah DHE adalah seorang ahlinya. Tambahan pula kalau tidak silap ahli boleh dibenarkan berhutang. Walau bagaimana pun saya syorkan katani akan membuat kunjungan hormat kepada DHE(bekas setiausaha negara) bagi membuat kajian yang formal kerana waktu dulu saya masih mentah dan hijau (kanak-kanak) untuk mengetahui selok belok tatacara atau kaedah perjalanan perniagaan sebegini. Ini penting kerana katani wajar mengetahui sejarah perjalanan perniagaan yang diasaskan oleh guru-guru ketika itu sebagai wadah dan bahan tatapan dan tauladan sepanjang zaman.
Sampai saja di kedai Iktisad ini DHE memasuki pejabat, entah apa dibuatnya tidaklah pasti tapi saya mengagak dia mungkin mencheck daftar ahli sebelum membuat pembelian. Barang yang terdapat di sini seperti barang runcit, alat tulis, kain dan baju sekolah. Barulah pertama kali saya dapati juru jualnya orang melayu. Kedai ini akan lebih sibuk apabila waktu bulan puasa ramailah kenalan DHE yang terdiri daripada guru-guru. Pernah DHE terjumpa seorang guru bernama Cikgu Daud Bakar atau famous dengan nama Cikgu Daud nda behajai.
Sebelah kedai Iktisad terdapat kedai impian kaum ibu iaitu kedai kain KAMIL HASSAN & SONS. Bayangkan saja kedai ini masih bertahan hingga kini di beberapa tempat di Brunei pada masa ani. Pekedai terdiri dari orang India yang memakai turban yang memang dikenali oleh DHE. Timbullah shopping frenzy abis babu Hjh Siti Aminah dan lain-lain di kedai ini. Mulalah tawar menawar dan pisi memisi termasuk DHE yang memang seronok dan ghairah memisi kain kasa, kain kihip kain tetron , tudung dan lain-lain. DHE seakan bersilat gara-gara oleh kekecohan kaum ibu bila berada di kedai kain begini! Benarlah kata Jester anak cucu keluarga Hjh Siti Aminah ada mempunyai genes membeli-beli yang memang sudah diwarisi.
Di Jalan Sultan kedai CHEE HO tidak dilupakan untuk membeli periuk belanga, sudu garpu, piring cawan, bayangkan saja telatah mereka semua ini bila terjumpa kedai sebegini. Kedai AIK THYE tidak juga dilupakan , kedai runcit agak besar waktu itu. Sebaris juga terdapat satu-satunya restoran melayu jual soto yang memang terkenal dengan nama restoran SI TADONG. Berseberangan terdapat kedai Si BONGKOK kedai favourite nini Haji Tahir. Juga ada kedai AMAT SATE, DENGAN HARGA 5 SEN SECUCUK. Amat Sate ini pun masih bertahan sampai sekarang seperti di Berakas contohnya. Di sepanjang Jalan Sultan ini kalau hari Ahad ketika kedai tutup jalan raya sangat lengang sampai kadang-kadaang nda berkereta langsung. Pernah satu ketika saya dan Pa Ering (Hj Junaidi) lepas main bola di padang besar kini Taman Sultan Hj Omar Ali melimpang di jaraya kerana langsung ndada kereta. Dulu memang jauh bezanya dari sekarang!
Di kaki lima betul-betul sebelah kedai AMAT SATE terdapat pula deretan orang Arab jual permata , cincin dll. Kaum ibu tidak lepas peluang kedai yang berhampar ini. Bayangkan saja keolahan mereka di Arab Street Brunei ini! Tempat ini tidak jauh dengan panggung wayang Boon Pang, yang pada masa ini tapaknya diambil oleh bangunan BIBD. Di belakang Boon Pang ini lah letaknya gerai makan di Bandar Brunei ketika itu. Nasi lemak Malaysia, rojak, soto, martabak semua ada dijual di sini hingga malam.
Di Jalan Robert yang menuju tambing terdapat sebuah kedai elektrik yang besar waktu itu MALAYAN ELECTRICAL, yang bersebelahan dengan kedai gunting rambut PAK KOON SALOON. Kedai letrik ini agak besar yang menjual tambak gas, radio gram dll. Seingat saya angah kamu membeli tambak gas pertama dari kedai ini. Bayangkan saja bila saja gas habis siapa yang menganggong gas dari kedai menyeberang sungai ke rumah putih?
Siapa lagi kalau tidak dua pemuda yang gagah iaitu Haji Noor Kaseh dan DHE. Katani mestilah insaf bahawa perjalanan hidup waktu dulu bukan senang seperti sekarang ;lebih mudah dan selesa , semua tersedia. Untuk pengetahuan sebelum tambak gas rumah putih pakai tambak minyak tanah (kerosene).
Di kedai ini juga seingat saya nini tua Mabohai membeli radio gram jenama "TELEFUNKEN" buatan German yang memakai piring hitam (sekarang CD). Radio gram berkabinet macam almari kecil ini telah dihadiahkan kepada nini Perpindahan Berakas ketika keluarga Haji Omar mula berhijrah dari rumah putih ke Perpindahan Berakas pada tanggal 25hb. Ogos 1966.
Dari tarikh tersebut bermulalah kehidupan baru bukan lagi di kampung Air. Rumah itu No. 18 asalnya bukan no 7 seperti sekarang. Nama Jalan Durian itu pun belum ada ketika mula berpindah, Warna asalnya atas warna hijau dan bawahnya warna kuning. Siri akan datang katani akan rujuk rumah ini sebagai "rumah hijau kuning". Tetapi siri rumah putih belum berakhir. Tunggu siri akan datang...
Sekian untuk kali ini.. wassalam
1 comment:
Tambahan kepada kisah tadi...
Waktu mula tedapat Radio Gram "TELEFUNKEN" DULU ATU piring hitam atau record pertama yang dibeli oleh Allahyarham Haji Omar ialah lagu "SUDAH KAWIN KAH BELUM?" oleh Ahmad Daud Dan Saloma. Antara senikatanya ialah:
sudah kawin kah belum...
baru jumpa dah senyum
macam bunga sekuntum
bau sedap dicium
oh saloma......
Bah kakas tia lagu ani untuk membangkit nostalgia rumah hijau kuning atu...
Tanggal 25hb. Ogos 1966
Post a Comment