Dengan menaiki perahu yang panjangnya 25 kaki dan bermotor sangkut berkuasa 85 kuda sebanyak dua biji bermulalah ekpedisi kami bertolak dari pantai Jerudong sekira-kira jam 5:15 pagi. Oh…. Kami amat bernasib baik, laut tidak bergelora . Ia seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kepada kami berlima.
Perjalanan berhenti seketika berdekatan dengan Derek Champion kerana melihat tombokan awan yang menunjukkan angin sedikit berligar di tempat yang dituju. Kami tidak membuang masa begitu sahaja. Kami mencari lubuk ikan dengan menggunakan fish finder di perhentian kami ini. Setelah melihat wajah ikan di fish finder, kami berlima melabuhkan kail.
Wau…… tidak menyesal kami berhenti sebentar disini. Setiap orang dapat menaikkan ikan pisang-pisang. Dalam hati kami pisang-pisanglah. Ini adalah pemanas badan sebelum menuju ke destinasi kami.
Setelah melihat langit cerah ditempat yang dituju, kami meneruskan perjalanan. Hendak tahu berapa lama kami sampai ke destinasi? Ia mengambil masa hampir 2 jam. Dimana? Itu rahsia nelayan ,takut orang lain tahu.
Setelah hampir sahaja sampai ke tempat di tuju, Pg Wadod ternampak sekumpulan ikan bakulan menari-nari di permukaan air yang biru. Oh! Kami amat seronok melihat ikan bakulan menampakkan dirinya. Apa lagi Pg. Wadod memberi isyarat kepada kami untuk singgah sebentar disana. Kami tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengail ikan bakulan ini. Kami berempat tanpa banyak bicara menyetujui saranan tekong kami Pg. Wadod ini.
Hati didalam amat iski. Apa tah lagi ini adalah pengalaman pertama Pa Basai mengail ikan bakulan. Kail yang digunakan ialah kail yang mempunyai
Engine perahu di perlahankan lalu dilabuhkanlah kail dengan
Jatuh bangun aku mengejarmu,
Namun dirimu tidak mengerti,
Percuma saja mengail (berlayar lirik asal)
Kalau takut lautan
Percuma saja mengail (bercinta senikata asal)
Kalau takut ngalih (sengsara lirik asal)
Dapat lagi 2 ekor. Dua ekor, dua ekorlah tidak mengapa.
Setelah dua kali melabuh, Pg Wadod melihat lagi target dimana kumpulan ikan bakulan mempamerkan dirinya. Cheh,cheh,cheh ada lagi si ikan bakulan yang besarnya hampir setengah kilo seekor ini bermain dan menari-nari. Mungkin kali ini ia asyik bertango dengan lagu Julio Eglesias. Apa lagi kami terus melabuhkan kail kali ketiga.
Entah macam mana sebelum tali di tarik, Pg wadod mempelawa kepada kami bertiga iaitu Arifin, Dato Hj.Zaimi dan Pa Basai untuk sama-sama menarek tali kail apabila kail direntap. Mendengar tawaran ini kami yang sungguh iski dan tidak berpengalaman menarik ikan bakulan ini, menerima pelawaan ini dengan dada terbuka. Pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.Itulah suara hati bila mendengar pelawaan ini. Sebelum itu Pa Basai tidak berani bersuara takut ada pantang larang atau sorok langkah dalam dunia pemancingan ini.Maklumlah turun ke laut banyak pantang larang.
Waduh apa bila ikan-ikan bakulan merentap kail apa lagi kami terus memintal tali lagi dengan sekuat hati. Pg wadod terus menaikkan suara supaya kami melepaskan tali kail itu. Rupa-rupanya apa yang kami buat itu adalah teknik yang betul betul salah. Cara sebenarnya ialah apabila terasa ikan menyngkut dikail ia harus ditarek sebentar lalu dilepaskan. Ini teknik menarik pancing tunda.
Tahu apa kesudahannya? Empat ekor ikan bakulan dapat di naikkan tetapi semua kail telah kusut masai seperti kueh jala. Itu adalah disebabkan oleh teknik tarekan kami yang seperti rusa masuk kampong itu. Kata Pg.Wadod itu cara menarek ikan 10 pikul tu, sambil ketawa.
Wah nasib baik Pg Wadod orangnya cool. Demikian juga bapanya. Ariffin senyum-senyum seolah-olah tidak berdosa. Dato Hj. Zaimi diam tidak terkata seribu bahasa. Pa Basai dengan kekesalan yang tidak terhingga meminta maaf banyak-banyak kepada Pg Wadod diatas keserakahan menarik dengan sekuat hati itu. Kesudahannya kami tidak lagi berpeluang untuk menawan ikan bakulan yang masih bermain-main mungkin dengan irama Pandang-Pandang Jeling Jeling nyanyian Tan Sri SM Salim dan Datuk Siti Norhaliza(Kedua penyanyi idola Pa Basai).
Kami terus beredar kedestinasi kami yang mengambil masa hampir 20 minit dari tempat menawan ikan bakulan itu.
Ekpedisi kali ini amat beruntung. Cuaca amat prihatin kepada kami. Arus laut memberikan kerjasama yang amat erat. Lubuk ikan dapat diperolehi di kedalaman laut yang hampir mencecah 450 kaki. Joran Simano buatan Jepun, GAM buatan Jerman, Reel Simano Jigger, Daiwa Saltiga dan Tica telah menghasilkan pelbagai ikan kelas atasan seperti Aji aji, Kerapu Harimau, Kurisi Bali dan ikan Pisang Emas keemuanya hampir mencecah 40 kilo. Hati siapa yang tidak terhibur dan gembira melihat ikan berlimpangan didalam kotak sejuk kami yang berwarna merah itu.Kami berlima seolah-olah menyanyikan lagi Hore hore nyanyian Allahyarham Sudirman Hj.Arshad.
Mari kita bergembira
Goyang tangan goyang kaki
Hep hep hore,hore hore
Bergembira, ha !ha! ha !
Balek dirumah kali ini disambut dengan wajah berseri oleh Bu Asai kamu melihat ikan tangkapan yang cukup lumayan. Jangan tanyalah berapa harga joran dan reel yang digunakan. Berbaloilah masa dan tenaga yang kami curahkan selama lebih kurang
Selamat membaca nukilan Pa Basai kali ini.
No comments:
Post a Comment