Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Sepanjang Kedai Kenangan...

Dalam tahun 60an sekolah-sekolah rendah kerajaan belajar pada hari Ahad hingga Kamis dan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Setiap hari Sabtu nini Haji Tahir akan luangkan secara khusus untuk membeli barang yang akan dijual di tuck shop nya . Kami berdua pun menggunakan perahu yang dipanggil " BIDAR" kepunyaannya yang berwarna biru air laut dan bingkainya warna kalas atau pink. Bidarnya ini jangan mau cuba-cuba untuk dipinjam oleh sebarang orang yang tidak dipercayainya. Maka berkayuhlah kami berdua menuju ke seberang sungai Brunei menghala Tambatan Kastam DiRaja Bandar Brunei .

Sampai saja di tangga diambil kalat untuk diikat supaya BIDAR tidak hanyut. Yang pasti ia tidak pernah dicuri kerana waktu dulu nilai kejujuran itu amat tinggi bukan seperti sekarang ;kalau barang ampai-ampai tentu saja kena kebas. Waktu dulu hak milik orang lain akan dihormati begitu juga sebaliknya. Inilah nilai murni yang wajar patut kita contohi.

Sepanjang Jalan McArthur terdapat sederet kedai yang menjadi favourite nini Haji Tahir. Yang pasti kedai pertama ialah HONG SOON atau dipanggilnya SEE SENG. Ada tiga beradik akan menyapa beliau dengan hormat kerana nini adalah pelanggan tetap. Pekedai cina memang telah faham dengan perangai nini dalam soal tawar menawar harga barangan. Kalau dah suara nini tinggi pekedai ini tahu temperaturenya naik.

Seingat saya kedai hujung sekali ialah kedai CHONG HOCK atau dipanggil SI TAM. Kedai ini sekarang dipanggil CHONG HOCK MUSIC CENTRE yang terletak di Kiulap BSB. Sebelahnya ialah kedai LAM HOE atau SUMPIT , kedai ini kawan Ayahanda Haji Omar dimana beliau membeli barangan keperluan . Diikuti oleh kedai minum LOK WEE kemudian kedai LAM SENG, kedai CHEE GUAN atau SIKANG iaitu kedai favourite kak Hajjah Tampoi dan Haji Mat Usop atau AWANG (DHE).

Disebelah kedai HONG SOON pula kedai ENG JOO atau dipanggil SI BANIAN , kedai jual pukat dan alat tangkap ikan(khabarnya pada masa ini anak si BANIAN ada yang dah menjadi Doktor perubatan). Sebelah lagi kedai makan MALABAR MUSLIM RESTAURANT yang jual martabak dan nasi briyani. Harga roti kosong cuma 20 sen, roti telur cuma 40 sen ketika itu. Sebelah lagi ialah kedai ENG SENG atau dipanggil nini sebagai kedai TODAK. Sebenarnya ada gambar iklan besar di tepi kedai itu yang mengiklankan kodak film. Kedai inilah tempatnya membeli alat tulis dan buku kosong untuk latihan atau exercise book. Dulu buku exercise ini mesti beli sendiri oleh murid-murid. Hujung sekali inilah kedai emas dan berkongsi dengan kedai jual sigup Brunei. Nini dan Dayang Tengah memang berlanggan di sini membeli sigup Brunei mereka. Sigup Brunei ini dibeli dengan ditimbang beratnya sebelum menentukan harganya. Sigup ini akan digulung ke dalam daun kirai sebelum dihisap. Allahyarhamah Dayang Tengah atau mama dan nini Haji Tahir bila sudah besigup berdua penuhlah rumah putih dengan asap rokok yang kuat baunya.

Melengkok ke Jalan Sultan terdapat sebuah kedai favourite babu Hajjah Aminah, Haji Mat Usof (DHE) dan Kak Hajjah Tampoi iaitu kedai CHEE HOO. Kedai ini menjual piring mangkuk, alat perkakas dapur dan pakaian sebab itulah (DHE) adalah pakar dalam memisi barangan begini. Sebuah lagi kedai favourite nini Haji Tahir ialah kedai Tukang Jahit SING LEE atau dipanggil jua dengan SI UJAN. Sebuah lagi kedai tumpuan ialah kedai SI AH TONG yang menjual benang yang akan digunakan untuk tenunan kain. Sekali lagi "DHE akan dipertanggungjawab untuk memisi barangan begini. Sebab itulah saya katakan beliau ini adalah Setiausaha Negara Kepada rumah putih katani. Kalau sudah give up mencari barang yang dihajati suruh saja DHE atau AWANG pasti akan dipisinya dimerata kedai. Tetapi kalau soal tawar menawar serahkan kepada nini dan babu Haajjah Siti Aminah, kalau mereka ini menawar barang pekedai hampir pengsan. Waktu dulu barang boleh ditawar atau dibargain. Siapakah diantara cucu cicitnya yang akan mewarisi tabiat tawar menawar begini ? Yang membezakan waktu sekarang kebanyakan harga sudah ditetapkan bukan seperti dulu belum ada tanda harga yang di kuatkuasakan.

Ninda Haji Tahir memberikan pandangan waktu dulu itu orang cina memonopoli bidang perniagaan disebabkan mereka lebih mementingkan keuntungan jangka panjang walaupun jumlah sedikit tetapi bertahan lama. Contohnya dakam jualan makanan mereka lebih mementingkan qualiti walaupun kos agak mahal dan untung sedikit tetapi dapat bertahan lama. Sikap inilah yang selalu dinasihatkan oleh beliau kepada orang katani dalam mengharungi bidang perniagaan.
Wallahuaklam..
Salam Hormat.. Jumpa lagi disiri yang akan datang.. Wassalam

2 comments:

Pa Basar said...

Satu kisah yang sungguh menarik. Macamana pula kisah Kedai Iktisad Guru-Guru Melayu Brunei? Tentunya Dhee memainkan peranan yang penting selaku Setiausaha Rumah Putih.. he..he...

Pa Basar.

PATNO said...

Saya syorkan seseorang yang berkelayakan akan menghubungi "DHE" untuk membuat penyelidikan bagi membongkar kisah lama mengenai penglibatan beliau dalam Iktisad Guru-Guru Melayu dan juga Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei dalam menjana ekonomi orang melayu khususnya guru-guru.Terima Kasih..

Happening dates