Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


The Real BA Berakas.

Pada tanggal 18hb. Oktober 1984 lahirlah lagi seorang cucu lelaki Allahyarham Haji Omar. Anak ini lahir dalam era selepas Hj Omar kerana Allahyarham telah kembali kerahmatullah pada 14hb.Disember 1983, dan inilah cucu pertama lahir selepas ketiadaannya lagi.

Anak damit ini telah diberi nama Muhd. IhTisyamuddin, lain dari abang dan kakaknya dengan bermula "MAZ". Anak ini badannya agak besar dan tegap, matanya agak besar dan romantik; gelaran pertama diberi dengan "TONGA" oleh nininya sebelah Sengkurong. Ini berpunca dari Raja negeri kepulauan Tonga telah menghadiri acara sambutan hari kemerdekaan Brunei pada 23hb. Feb 1984. Raja ini berbadan besar seberat 250kg. Jadilah anak ini dengan gelaran popular Si Tonga.

Musim kelahirannya ini pula sebuah episod filem bersiri ditayangkan di tv Brunei ketika itu dengan siri A-Team. Yang menarik sekali salah seorang pelakon berkulit hitam bernama
Mr. T berlakon sebagai BA BARACUS. Siri ini amat popular dengan action-packed dilakonkan oleh Hannibal , Murdoch selain BA. Baju T-shirt pun dijual dengan gambar pelakon A Team. Ketika IhTi berumur 2 tahun baju ini sering dipakainya dan bangga menunjuk gambar BA Baracus dengan megahnya..

Pada waktu tersebut rasmilah gelarannya diumumkan sebagai BA Berakas tambahan lagi dia sering berkunjung ke Berakas dan muka serta badannya mirip Mr T memang layaklah dipanggil nama tersebut.

Ketika berumur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun dia dan abangnya Jerry selalu memakai baju superman. Mereka berdua ini berlagak seperti superman dengan baju bersayap di belakang. Oleh kerana badan BA ini lebih besar dari Jerry, selalulah mereka ini berkelahi dimana Jerry akhirnya tewas dan menangis.


Ketika bersekolah di Sekolah PGGMB dia sering mengolokkan sekolah ini dengan nama Sekolah Perempuan Gemuk Gemuk Makan Belacan. Teman-teman yang sering disebutnya ialah Rozaini, Azim, Irsyad, Norshah, Wafuddin, Sahanisah dan Keith. Budak Keith pernah komplen arah Jester BA is very naughty. Pada suatu hari sekembalinya ke rumah hijau kuning kami telah mengesan lehernya ada garit atau small cut. Bila ditanya dia jawab terjatuh. Tetapi kami mengesyaki sesuatu dengan berulangkali menyiasat semula. Akhirnya dia mengaku dicerut lehernya dengan rantai oleh Norshah! Saya memang tidak boleh defend atau advocate budak ini kerana memang wataknya sangat nakal dan insiden ini tidaklah menghairankan.

Ketika bersekolah disebelah petang di PGGMB, BA bersekolah ugama disebelah pagi. Setiap hari bapanya transitkan dia di rumah hijau kuning sebelum sekolah petang. Saya telah mendapati BA sering menelofon kawan-kawannya ini terutama Azim dan Rozaimi. Dia berbual secara perlahan supaya tidak dapt didengar oleh orang lain. Saya pun menghendap dari sebelah dinding dan mengesan perbualan mereka berkisar fasal homework tidak siap. Pernah satu kejadian BA telah memaksa saya tandatangani buku catatan pengesahan dia telah membaca buku dirumah. Saya tanya adakah ia dah baca buku itu? Dia gugup dan kajar-kajar jadi tahulah saya dia belum baca buku itu. Matanya yang besar itu jadi kecil dan mahu saja ia menangis. Tidak hairanlah kadang-kadang bapanya telah dipanggil oleh Cikgu Hajjah Salmah Tengah, pengetua PGGMB. BA memang sangat takut bila bapanya berjumpa dengan pengetua maklumlah kalau orang berdosa!

Ada kalanya saya disuruh oleh bapanya mengambil dia balik dari sekolah PGGMB. Pada suatu tengahari saya dapati mukanya tidak juga muncul walaupun murid lain semua dah balik. Oleh kerana sudah tidak ada murid lagi di situ saya pun balik ke rumah. Tetapi saya dapati dia belum juga diambil. Riuhlah Hajjah Hasmah kerana dia belum ada orang mengambil kerana takut dia dikidnap. Saya berpatah balik ke sekolah dan hanya berjumpa dia di hujung bangunan sekolah dengan melihat bermain tanah dengan dua orang kawannya. Bajunya yang putih menjadi kuning! Beg sekolahnya dilemparkan jauh dari tempat ia bermain dan pusing-pusinglah kami mencari beg sekolahnya itu.

Pemuda bertuah dan kacak ini bernasib baik kerana telah menjejakkan kaki ke UBD. Dikalangan mahasiswa di sana dia juga popular dipanggil dengan gelaran BA. Tidak hairanlah ia memperolehi ijazah BA!. Kini dia sedang melanjutkan pengajiannya untuk mendapatkan Master Degree di Newcastle. Mengikut laporan BBC London dia juga sedang mengekori buah hatinya yang sedang menuntut di England. Semogalah BA Berakas dan temanitanya Hebriyanti akan beroleh kejayaan yang cemerlang... Amin

Jangan marah Tuan BA, kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman saya berdamping rapat dengan pemuda handsome ini sejak kecil lagi..

Salam Hormat.

No comments:

Happening dates