Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Pertandingan Memutar Batis

Tekeduhung Dang Dina menyebut fasal tabiat memutar batis ketika melimpang ani, tekanang tah Pa Basar satu ketika di mana kesemua kami adik beradik (kecuali Pa Basai) pernah tidur bersama di living room rumah Pa Damit Mat Noh di Aberdeen pakai sleeping bag).

Peristiwa ani terjadi (kalau inda silap) pada Winter (December 1978). Waktu atu Pa Basar tahun pertama di North East London Polytechnic; Puda tahun akhir di Leicester Polytechnic; Pa Iring tahun kedua di Farnborough College of Technology, Aldershot; dan Pa Damit Mat Noh tahun kedua di Robert Gordon College of Technology, Aberdeen. Just for record, nya Puda, Pa Basai ke Newcastle pada tahun berikut 1979 yang mana Puda sudah balik ke Brunei.

Atas nama tali persaudaraan, kami sepakat untuk menghabiskan cuti Krismas dan Tahun Baru melawat Pa Damit Mat Noh di Aberdeen, Scotland sambil Pa Basar iski kan bermain snow. Jadi Pa Iring turun tah dari Aldershot ke London menyinggahi Pa Basar naik train. Musim atu balum lagi pandai kan menyewa-nyewa kerita ani, jadi naik train tah saja.

Dari London, kami stopover di Leicester (rumah Puda). Keluar tah skill memasak jua. Apa yg Pa Basar ingat jua Puda musim atu tedapat Music centre (Bang & Olufsen yg nipis). Lagu-lagu yg top masa atu termasuklah ABBA (Movie yg baru-baru ani ditayangkan MAMMA MIA mengandungi hampir kesemua lagu ABBA).

Kemudian kami bertiga bertolak tah ke Aberdeen dalam cuaca yg amat sejuk sekali dan snow pun sudah mula menebal. Bila sampai masa kan tidur, apa lagi Naa, kedapatan tia rahsia tabiat memutar-mutar batis setiap orang atu. Bayangkan tah 4 jelama kali dangan 2 batis tiap seorang melimpang dalam keheningan malam!!! Macam kipas kapal terabang bah putaran batis atu. Bukan ia kan sanang tidur, mana lagi Pa Iring membawa Pa Basar bekunyanyang waktu lampu sudah dipadamkan. Padahal mata kalat udah akibat kengalihan travelling dan cuaca sajuk atu.

Bah adang tah dulu, Pa Basar pun sakit parut ketawa sambil menulis al-kisah batis beputar ani....

PS - Some of the facts may not be accurate. Kisah ani lama udah bah ia tah Pa Basar inda lagi berapa ingat.... But one fact remains that the male Omars ani paingan memutar batis sebelum tidur. How about the female members and cucu-cucu ah? Ada jua yg mewarisikah?

Pa Basar.



Cucu-cucu yang nakal

Setelah membaca berbagai coretan dari kisah-kisah lalu yang telah diceritakan oleh anak-anak Haji Awang Omar dan Hjh Siti Aminah, kini dengan rasa rendah diri, saya rasa tibalah masanya untuk mengongsikan cerita dari golongan cucu Haji Awang Omar pula.

Dahulunya, generasi kami suka berkumpul di No. 7 Kg Jaya Bakti Perpindahan Berakas (atau lebih dikenali dengan “Pindahan” atau “Berakas”) selepas waktu sekolah. Umur kami dalam lingkungan 8 ke 15 tahun, macam umur durang si Aidi, Hamdi, Ahmad dan Awie lah tu!
Salah satu permainan yang amat kami gemari ialah main “bapa-mama” dimana watak Ayah akan dimainkan oleh Hj Noor Idi Amin and peranan Ibu akan berganti-ganti dimainkan oleh Mazriyani atau Hjh Noor Arbieyah. Yang menjadi kakak di keluarga itu adalah Hjh Noor Aida manakala watak Abang akan dimainkan oleh Hj Mazrul Adini dan Hj Noor Yazid Khairie akan menjadi adik bungsu ☺

Bermacam-macam aktiviti yang dilakukan oleh “keluarga” ini. Salah satu daripadanya adalah bermain “masak-masak”. Dahulunya di belakang rumah Pindahan terdapat satu kawasan yang selalunya digunakan musim “berpekerajahan” atau “berusah-rusah” seperti kenduri perkahwinan dan sebagainya. Dikawasan inilah aktiviti “masak-masak” seronok dilakukan. Biasanya aktiviti ini dikendalikan dengan membahagikan kerja-kerja tersebut. Kaum lelaki akan mengumpul daun-daun dan ranting-ranting yang kering untuk dibakar manakala kaum perempuan, akan mengambil belanga (entah dari mana timbulnya) dan akan diisikan dengan air serta daun-daun yang hijau (membuat gulayan lah tu). Daun-daun tersebut akan dibakar dengan menggunakan api yang selalunya dinyalakan oleh ketua keluarga “Ayah” (entah dari mana kedia dapat, inda kami tau). Aktiviti “masak-masak” ani kerap kami lakukan tanpa pengetahuan penghuni di Pindahan.

Kan dijadikan cerita, pada suatu hari sedang kami asyik bermain “masak-masak”, tanpa kami sedari ada Budayang (dengan baju Sekolah Menengah Berakas nya) datang dari jauh dan berteriak “Hoi, bahapa kamu tu?” setelah melihat kami bermain dengan api. Apa lagi, lintang pukang lah jadinya sorang-sorang lari bertempiaran kerana takut dimarahi oleh Nini Bini dan Angah. hehehe

Kami ber-enam ini juga sangat di manjai oleh Allahyarham Hj Awang Omar. Seperti yang diceritakan oleh anak-anaknya, beliau pernah menjaga kedai di Sekolah Lela Mencanai di Kampong Ayer. Apabila saja Allahyarham pulang dari kedai, memang kerap kali beliau membawa “oleh-oleh” permainan yang akan diberikan kepada cucu-cucunya. Permainan seperti tikam-tikaman, terjun payung, guli dan sebagainya. Salah satu permainan yang saya ingat ialah permainan terjun payung yang akan dibuang dari luar beranda ditingkat atas (bilik Angah dulu) dan diperhatikan macamana ia akan terjun. Terdapat perlawanan lagi terjun payung siapa yang lebih tinggi atau lebih lawa terjunnya. Selapas itu, akan berlari kebawah untuk mengutip permainan itu dan kemudian akan dibuang lagi dari beranda diatas itu. Saya ingat pemberian nini laki inilah yang saya tunggu-tunggu setelah balik dari sekolah.

Bagi Allahyarham Hj Mohd Tahir pulak, kami akan menjadi budak-budak yang selalu di suruhnya seperti mengambil air minuman untuknya dan sebagainya. Kami memang suka apabila disuruh kerana selalu diberi upah oleh Dato ini. Sekali kena suruh, memang dapat seringgit! Kami berasa beruntung sekali….. hehehe

Macam-macam lagi peristiwa manis dan lucu yang dapat diceritakan disini. Mungkin ahli keluarga “bapa-mama” yang lain dapat menyambung lagi cerita-cerita kami ini, Insya-Allah.
(Ada satu cerita yang mengisahkan tunjukkan silap-mata (magic) oleh Allahyarham Nini laki memakai sebatang mancis. Cerita ini akan dimuatkan di satu projek khas nanti, Insya-Allah.)

Jester
(turut disunting oleh Anih)

SUNTIKAN MOTIVASI BUAT HARI INI

Kita sudah berada di hujung bulan Oktober. Ini bermakna anak-anak kita yang berada di Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas sedang bergelut dengan peperiksaan awam masing-masing, sama ada yang menduduki peperiksaan PMB, Peringkat 'O' atau Peringkat 'A'. Setentunya motivasi mereka perlu didorong untuk melakukan suatu usaha yang terbaik dalam menghadapi saat-saat genting seperti menduduki peperiksaan ini!

Sementara  petuan-petuan kitani sudah rajin memberikan sumbangan cerita-cerita menarik di laman blog ini, maka ia memberi ruang and sedikit kelonggaran masa kepada Puda untuk mengelamun dan mencari ilham untuk menulis sesuatu yang ada kaitan dengan motivasi bagi menyuntik semangat, keghairahan, determinasi dan "drive" bagi anak-anak kitani membuat persediaan dan usaha yang luar biasa dan terbaik dalam keringat mereka menjalani peperiksaan di saat ini.

Robert Kennedy pernah berkata: "Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

Apabila kita bermotivasi tinggi, lazimnya kita 
  • lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik
  • tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran
  • akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat/sasaran yang ditetapkan dapat dicapai, dan
  • bersikap positif dan yakin kepada diri sendiri

Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah pada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang. Mereka yang bermotivasi rendah tidak akan mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain.


Dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sejarah menunjukkan bahawa tokoh pada setiap zaman adalah orang bermotivasi tinggi. Bagaimana Edmund Hillary boleh menawan puncak Everest sekiranya tidak ada motivasi diri yang tinggi. (Kan naik Bukit Shahbandar pun Puda mesti ada motivasi yang kuat dan tidak kendur-kendur!!!!) Bagaimana pula Jacques Costeau berupaya menawan dasar laut jika beliau sendiri ragu-ragu akan kebolehan diri sendiri.


Edmund Hillary berjaya menawan puncak Gunung Everest

Kesimpulannya jika kita bermotivasi tinggi, banyak perkara dapat dilakukan dengan lebih mudah (walaupun sememangnya perkara berkenaan sukar dilakukan).

Bagi mereka yang telah, sedang dan akan menghadapi peperiksaan itu, Puda panjatkan doa agar semua berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang berkat usaha, titih dan keringat yang dikeluarkan serta  diiringi dengan doa dan pasrah akan ketentuan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Salam hormat - Puda

Apa Cerita......dimasukkan biji gandum didalam telinga

Tadi sewaktu makan malam, Anih bercerita karenah anaknya yang ketiga, Mohd.Aqiel Shafie. Ceritanya macam ani……..

Sewaktu hampirkan tidur, Aqiel ani menggaru-garu telingnya. Mula-mula Anih fakir perkara biasa. Mungkin jua telinganya atu gatal. Dibiarkannya tia saja.

Inda lama kemudian, lakat lagi digaru-garunya. Salah fikir Anih ani. Mungkin jua banyak tahi telinganya. Lalu diambilnya pengorek telinga.

Kamu tau apa yang didapatinya. Bukan tahi telinga tapi cebisan kain yang dimasukkan si Aqiel di telinganya ani.

Wah cerita Anih ani mengingatkan kisah Pa Basai lagi damit. Entah macam mana satu hari sebiji biji gandum iaitu dari keropok gandum  dimasukkan oleh samada oleh orang lain atau diri Pa Basai sendiri( sampai ani masih misteri) kedalam telinga sebelah kiri Pa Basai. Waktu atu seingat Pa Basai, Pa Basai tuduh Hjh Hasmah (kaka Pa Basai) yang memasukkan kedalam telinga Pa Basai. Tapi inda ia mengakun. Sampai hari ani inda ia mengakun.

 Wah pada mulanya Pa Basai inda bunyi-bunyi tetapi sesudah sakit baru tah diberi tau arah bapa. Apa lagi sebuk tah  orang mencuba untuk mengeluarkannya  termasuk yang Pa Basai ingat  Bapa, Babu, Mama (Hjh Tengah  kakak Bapa) Dhee (Awang) dan Kalaki (Hj.Bakir). Bermacam gaya dan teknik digunakan. Ada yang menggunakan minyak, inda jua mau. Dipakai angkup inda jua menggalih. Dikorek, disungkit , diambit, biji gandum ani basar bah inda jua mau keluar. Akhirnya bapa bawa tah Pa Basai ke hospital, baru tia mau dikeluarkan.

 Eh Pa Basai ingat, Pa Basai kana tahan sehari pakah.

Misterinya siapa yang memasukkan kedalam telinga atu? Sampai hari ani inda tajawab.

Nah, mungkinkah waris memasukkan benda kedalam telinga ani sudah turun kecucu? Heh! Heh! Heh!

 

Pa Basai

Orang tua-tua kitani.

Dalam katani meristakan perihal watak dan perangai serta keperibadian orang tua-tua katani, insan yang kita tidak patut lupakan tak lain tak bukan ninda Haji Mohd. Tahir bin Awang Ahmad yang satu-satunya lahir pada abad ke 19 iaitu pada kira-kira tahun 1890 atau mungkin lebih awal dari tahun itu mengikut beliau ketika hayatnya. 

Insan yang berbadan kecil ini bukanlah kecil jiwanya malah amat besar dan perkasa. Sebagai personal assistant (PA), saya banyak berdamping rapat ke hulu ke hilir dan kerap kali mengiringinya kemana saja beliau pergi sehingga saban hari mendangani berjual di tuck shop di Sekolah Melayu Lela Mencanai.

Saya adalah cucu, teman karib dan juga dianggap sebagai anaknya mungkin kerana anak-anaknya iaitu anaknya tua laki Hj Mohd Hashim atau dipanggilnya dengan "METASSIM" dan babu Hjh Siti Aminah memang sudah dewasa jadi sayalah orang yang dimanjainya. Mungkin juga secara kebetulan beliau adalah anak keenam dalam adik beradiknya demikian juga halnya saya juga anak ke enam malah cicitnya Haji Noor Idi Amin adalah juga anak keenam yang juga dimanjainya ketika hayatnya.

Dikalangan kejiranan Kampung Lurong Sikuna apatah lagi keluarga katani di rumah putih , beliau sangat digalati dan dihormati kerana beliau satu-satunya orang tertua yang dahulu makan garam. Mungkin tidak keterlaluan apa saja perkara yang penting baik yang besar atau kecil akan disembahkan dahulu kepada beliau untuk mendapat restu. Amat pantang sekali jika beliau dibelakangkan akibatnya pasti akan ditegur beliau dengan penuh emosi dan panas baran. Itulah seperti yang saya ristakan dulu beliau ini adalah sebagai ketua atau presiden katani yang dominant.

Wataknya yang tegas inilah yang membuat beliau sangat-sangat dihormati dan di galati. Dalam bidang pekerjaan beliau sangat teliti , lutanan dan tidak sembarana melakukannya. Orang yang sangat serasi dan amat faham dengan sikap kerja beliau ini ialah suami kekanda Hajjah Rosnah, Haji Noor Kaseh yang diakuinya pekerja yang cermat dan mematuhi piawaianya.

Tidak juga dilupakan sepupu kami kekanda Haji Bakir ( bapa angkat adinda Hj Md Don ) siapa yang telah kembali kerahmatullah ketika menunaikan fardhu haji pada tahun 1981, juga di panggil dikalangan keluarga katani "MAT BAKIR" merupakan insan yang dipujinya dari segi tata tertib dan tingkah lakunya. Haji Bakir atau kalaki ini apabila bertutur kata begitu santun , lembut dan berbudi bahasa bila berbicara dengan nini Haji Tahir. Bertutur kata sangat beradat, duduk bersila rapat-rapat, tangan dihulur sangat erat, kepala tunduk tanda hormat. Inilah sifat dan watak yang disuruh contohi beliau kepada cucu cicitnya dan generasi akan datang .

Sungguhpun wataknya yang tegas dan keras ini namun beliau sangat disenangi kerana sifatnya kadang-kadang lucu dan mempunyai sense of humour . Ketika jadi juru jual di tuck shop di Sekolah Melayu Lela Mencanai dulu murid-murid sangat gemar bergaul mesra dan memang beliau sangat suka dengan kanak-kanak damit. Ada kisah seorang murid yang bernama Metussin bin Haji Kamis digelarnya dengan nama "SI BATANG " kekal hingga kini. Sehingga hari ini bilamana saya terjumpa bekas anak murid Sekolah Melayu Lela Mencanai mereka akan merista Allahyarham ninda Haji Tahir ini. Ini kerana sifatnya yang juga amat penyayang , jujur dan berhati mulia. Penampilanya yang tegas itu pada hakikatnya adalah diterjemahkan supaya kita akan patuh dan taat kepada orang yang lebih tua.

Dikalangan masyarakat cina pula beliau memang banyak mempunyai kenalan terutama di kedai-kedai Bandar Brunei ketika itu. Insya Allah akan disambung dalam siri akan datang pengalaman berjalan-jalan di sepanjang deretan Kedai yang menjadi kenangan pada tahun 60-an itu .

Sekian Wassalam..

APA CERITA………..HAL EHWAL MEMASAK

Minggu ani Pa Basai asyek membaca cerita makan saja. Ada cerita nasi lemak Adam Road lah. Ada cerita green curry Na Na Restaurant lah. Inda lain inda bukan makan.

Dalam cerita bab makan ani taukah semua dang sanak bahawa ada beberapa orang pakar memasak yang ada pada dalam keluarga katani.

Nah mun kan tau ani lah orang-orangnya yang Pa Basai tau. Banyak pulang barangkali lagi ah!

  1. Dyg Hajjah Aminah binti Hj.Mohd.Tahir – Keistemewaannya masak Kari. Inda melawan bagas tanganya memasak kari. Kalah lagi kari di Apollo atau Muthu Restaurant. Kalau masak kek, kek Mumbai. Kalau dulu waktu ia bejual di gerai Ramadhan, habis laku tu kek mumbainya atu.
  2. Datin Hajjah Masni binti Hj.Jalil – Keistemewaannya masak Lontong. Kalau ia membuat paling best tu. Gerenti kalau Pa Basai makan lontongnya inda cukup semangkuk tu. Lontong orang lain inda menyama lontong Tua Bini ani.
  3. Hajjah Fatimah binti Metamit – Keistemewaannya masak pulut panggang. Bah mun ia membuat pulut panggang sama ada inti daging atau udang tetap menyelerakan. Antah apa gayanya ia membuat ani. Memamg best.
  4. Hajjah Rosnah binti Hj.Omar (Allahyarham) – Kaka bini ani mun ia membuat bungkul, bah tetunggu-tunggu tah Pa Basai tu. Bungkul ialah kuehlah. Ia diperbuat dari tepong dan diwarnakan dengan dua warna yang dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Hem……….nyaman. Alhamudulillah nampak-nampak nya turun udah waris membuat bungkul ani arah anaknya Hjh Noorehsan.
  5. Hjh Maznah binti Hj.Talip (bini akulah) Mun kan merasa mee rebus dan kek mata kucing cuba-cuba tah batanya arah cikgu yang sudah bersara ani. Tapi liat moodnya. Mun ia sakit kepala, atau mengantuk jangan di aga.
  6. Hjh Asmak binti Hj.Jalil – Nya diorang mun kan merasa biskut dan kueh-kuehan yang nyaman-nyaman sila tah menghubungi si Dayang Hajjah ani.
  7. Hjh Buntar binti Hj.Salleh (ibu mertua Pa Basai) – Daging masak kunyitnya , wadooh inda nampak telinga. Tambah lagi kalau dimakan dengan ambuyat. Heh, heh heh.
  8. Hajjah Tirahmat (Allahyarham Tengah bini) – Daging masak Pindang. Setau Pab Basai ia tah yang mula-mula yang mengintroduce masakan ani arah Pa Basai sewaktu ia di Kuala Belait.


Bah atu saja dulu. Lain kali cerita lagi.

Pa Basai

"Guru Berjasa" nominee

Tekeduhung kitani mengimbas jasa para guru atau pendidik yang berjasa di kalangan keluarga, Pa Basar ingin mencalonkan seorang daripada warga keluarga kitani iaitu Cikgu Haji Md Yusof bin Sidek (dikenali sebagai "Awang" atau "Dhee").

Bagi mereka yg kurang mengetahui, Dhee adalah adik kepada Allahyarham Hj Bakir dan anak kepada Allahyarhamah Dyg Tengah bti Abd Hamid (Allahyarham Hj Omar's sister) - Got it?

Menurut sumber yg dipercayai, Dhee adalah merupakan seorang guru yg penuh dedikasi dan sangat tinggi disiplinnya. Di antara anak muridnya termasuklah Pa Basai dan Puda yang tidak terlepas dari menikmati sakit cubitannya. Inda dapat salah sedikit alamat tah kana cubit tu.

Salah satu tugas sebagai anak muridnya ialah mengayuhkan perahu beliau dari rumah di Kg Lurong Sikuna ke sekolah tempat beliau mengajar. Salah seorang pengayuh regular nya ialah Hj Bahmin Hamdan (RTB). Seorang lagi anak muridnya ialah YB Pehin Rahman (Menteri Pendidikan sekarang).

Meskipun memiliki kewibawaan seorang pendidik namun Dhee ani kurang konfiden untuk menonjolkan dirinya terutama public speaking. Atu tah sebabnya tiba masa kan pencen, jawatan paling tinggi yg dipegangnya ialah Penolong Guru Besar di Sekolah Rendah Amar Pahlawan. Sedangkan berdasarkan pengalaman mengajar, beliau sudah layak menjadi Guru Besar. Yang sedihnya lagi, beliau sendiri menolak tawaran naik pangkat jadi Guru Besar atas alasan takut disuruh memberi ucapan di khalayak ramai! - Boleh?

Di samping menjadi seorang guru yg berdisiplin, Dhee mempunyai minat yg mendalam dalam bidang menenun kain songket Brunei. Pantang meliat corak kain songket yang bisai, beliau akan membelik-belik dan mengamati kain songket yg dipakai oleh anak cucunya seraya berkata "Bisai kainmu ani (Sa'edon), arah siapa kau membali?...."

Pa Basar.

Allahyarham Hj Omar - from my perspective

At last, baru tah Pa Basar dapat peluang untuk membuat sumbangan cerita untuk tatapan anak buah dan cucu-cucu jenerasi kedua & ketiga yang mungkin terlepas pandang atau inda berkesempatan membesar sewaktu hayat Allahyarham (yang tidak sewaktu dengannya lah tu!).

Pa Basar adalah anak ke tujuh yang dilahirkan pada 4 Mac 1959 (sama tarikh dengan Bu Dayang 4 atau 5 tahun kemudian). Dengan kembalinya ke rahmatullah adinda Mashud, Pa Basar tah anak lelaki bungsu. Tetapi dengan rasa ihsan dan prihatin Allahyarham dan Liau Minah, Pa Basar telah diamanahkan kepada Allahyarham Hj Bakir bin Sidek (aka Ka Laki) dan Hjh Tampoi untuk mengasuh dan mendidik selaku anak angkat.

Perkara ani tidaklah Pa Basar ketahui sehingga umur 12 tahun apabila terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Singapura pada tahun 1972 bilamana Pa Basar terpaksa melihat Surat Beranak dan ternyata "Nama bapa: Awg Omar bin Abd Hamid @ Awg Bakir bin Sidek sementara nama ibu: Dyg Siti Aminah bte Hj Tahir". Sebelum atu, bila orang-orang di Balai Kg Lurong Sikuna seperti Pehin Abas Serudin mengucapkan "Kau ani adik si Ghani atau si Zaini" mencetuskan kemarahan kepada Pa Basar atas sebab status anak angkat adalah satu perkara yg dirahsiakan dan sensitif kepada Allahyarham Ka Laki (Bapa).

Apa yg ingin Pa Basar luahkan bukanlah mengomplen kerana diasuhkan jauh sekali layanan Ka Laki (Bapa) suami isteri. Sesungguhnya mereka telah mendidik dan membesarkan Pa Basar seperti anak kandung mereka sendiri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan jasa baik keduanya dibalaskan oelh Allah swt.

Sebenarnya karakter Allahyarham Ne Bungsu Hj Omar dan Allahyarham Bapa Hj Bakir ani sangat-sangat serupa. You may call them "The Cool Guys". Seperti yg dinukilkan oleh Pa Basai Ghani dan seingat Pa Basar, tidak pernah kedua-dua insan ani meninggikan suara marah.... sentiasa cool saja.... Sehinggakan setiap kali Pa Basar bejumpa dengan Ne Bungsu atu, ia akan menyapa Pa Basar "Apa khabar orang muda?" sambil menikmati sigup Lucky Strike nya. Tapi kalau ia lambat menagur, Pa Basar akan mengajukan soalan yg sama "Apa macam orang muda?" yang mana akan dijawabnya cukup hanya dengan senyuman manis tanpa sebarang kata-kata. Dengan demikianpun sudah cukup melahirkan rasa puas di benak hati Pa Basar dengan penuh kemanjaan.

Secara reciprocal, Bapa sentiasa jua memberi layanan istimewa apabila bertemu dengan Pa Basai, Puda, Pa Iring dan Pa Damit. Tapi mengikut cerita, Pa Iring yang lebih rapat sampai menemani Pa Basar tidur di barik Penjara Jerudong (sewaktu keluarga Pa Basar tinggal di Jerudong atas tugas Bapa sebagai Kerani Jabatan Penjara).

Keduanya sepakat membeli kerita Morris Minor yang sama berwarna hijau muda.

Agaknya serasi citarasa dan pertalian keluarga kedua insan ani. Bagaimana kaitan pertalian darah keluarga mereka? Bapa adalah anak kemanakan Ne Bungsu yg dilahirkan oleh Dyg Tengah (aka Mama).

Maritah sama-sama kitani bersedekah surah Al-Fatihah untuk roh keduanya semoga ditempatkan ke dalam Syurga Jannah berserta para Saddiqin, Sollehin dan Syuhada. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian dulu buat kali ani. Insya Allah akan disambung dengan cerita menarik di keluaran yang akan datang. Keep watching this space........

Pa Basar

Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar secantik lukisan


Hari ini hari kedua Puda dan Jester berada di Singapura dalam misi Jalan-Jalan Cari Makan. Setelah bersenam di sebelah pagi, kami memulakan aktiviti makan hari ini dengan makan tengah hari di Restoran Thai Na Na di Far East Plaza, Scott Road dengan menu masakan Thailand.


Udang dalam sos susu pandan

daging kari hijau

Sebelah petang, kami minum petang di Takashimaya dengan menikmati Beard Papa..............




Dan bagi menutup tirai makan hari ini, kami telah mengunjungi Seafood Centre di East Coast Park dan menjamu selera makan malam di Restoran Jumbo. Menu malam ini termasuklah Ketam berkuah cili (chilli crab), Udang berkuah mentega, sayur kailan dengan garlic, scallop dibungkus dengan 'yam'............Tiada kata yang dapat mengungkapkan  keenakan rasa makanan yang kami makan malam ini dan tiada gambaran yang dapat dilukiskan betapa indahnya suasana makan di tepi laut di pesisir timur (East Coast) pulau Singapura ini. 



scallop with yam

chilli crab 


khusyuk makan

.............bersih 'langis'

Inilah akibat terlalu gelojoh makan...................

Sekian buat laporan dari Puda buat hari ini. Jumpa lagi besok hari...........

Salam hormat - Puda

Jalan-Jalan Cari Makan jua, Kesihatan Perlu Jua Dijaga

Pagi ini kami berkesempatan untuk melakukan kegiatan senaman  di Hotel Gym bagi menjaga kesihatan setelah melakukan kegiatan "makan" sepanjang hari semalam. Tatapilah aksi-aksi kami seperti yang terpapar dalam gambar-gambar di bawah ini.........

Puda dengan treadmillnya.........

Jester sedang melakukan sit-up....................
Terangkatkah tu Puda???????????
Nanti tah terajun ke dalam pool atu!!!!!!
Salam hormat - Puda

Singapore Food Trip (1st Day in pictures)

Seperti apa yang Puda ceritakan, operasi "Jalan-Jalan Cari Makan" di Singapura bermula dengan hebatnya. Gambar-gambar dibawah menunjukkan betapa hebatnya....

Gerai Selera Rasa Nasi Lemak di Adam's Road



Puda dengan tekunnya menikmati Nasi Lemak
(sampai inda tebunyi!!!)


"Sampai 5 pinggan??!!, itu bukan kuat, itu gelojoh!!!"
(orang sebelah kami atu pun heran, tubuh 3 orang tapi pinggan 5!!!)



Bukan saja nasi lemak, begedilnya pun sedap!!!



Ya Kun Kaya (nice!)




Puda memperagakan kaca mata Oakleynya


Mengulum Senyum Melayan Selera

Pagi tadi Puda rasa amat letih kerana Puda lewat tidur tadi malam. Jam meja berdering jam 5.30 subuh, tetapi oleh kerana keletihan, Puda masih lagi tidur nyenyak. Bila Puda dikejutkan oleh Auntie, jam sudah menunjukkan hampir jam 6.00 pagi. Puda bergegas bangun dan mandi pagi. Lima belas minit kemudian Puda sudah berada di rumah Jester, bersedia untuk ikut menumpang bersama Jester dan kaka Anih menuju ke airport.

Jam 6.35 pagi kami sudah berada di airport dan membuat urusan “check-in”. Selesai urusan tersebut, kami masih ada masa lebih kurang satu jam sebelum pesawat penerbangan kami dijangka berlepas menuju Singapura jam 8.00 pagi nanti. Kami sempat minum pagi di Airport Restaurant sambil menantikan masa untuk menuju ke Dewan Berlepas.


Sarapan pagi di Airport Restaurant

Pesawat RBA  penerbangan BI 421 berlepas dari Lapangan Terbang Berakas tepat jam 8.00 pagi dan kami sampai di Changi International Airport kira-kira jam 10.00 pagi. Puda dan Jester menaiki teksi menuju hotel kami di hotel “Park Royal on Kitchener Road”, sementara kaka Anih serta teman-teman sepejabatnya menaiki kenderaan lain menuju ke hotel mereka di Grand Plaza Park Hotel, Coleman Street. Puda dan Jester terpaksa menunggu di hotel lounge hampir dua jam sebelum bilik kami siap sedia untuk kami masuki.


Dua orang "food tourists" bergambar di depan hotel



Menunggu di lobi hotel

Jam sudah hampir menujukkan pukul 1.30 petang, baharulah kami dapat masuk ke kamar kami. Walaupun kami lama menunggu, kami amat bersyukur kerana kami memperolehi bilik yang amat selesa; rekabentuk kamarnya amat rapi dan kemas dan ianya sangat luas bagi dua orang penghuni. Terdapat dua buah katil berasingan - satu berukuran “king size” dan satu katil “single”. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini yang menunjukkan betapa luas dan “smartnya” rekabentuk bilik di hotel ini.

Tidak lama kemudian, kaka Anih sampai di hotel kami untuk ikut serta Puda dan Jester makan tengah hari. Kami menaiki teksi menuju Food Centre di Adams Road. Menu makanan tengah hari ini ialah Nasi Lemak Selera Rasa dan Sup Kambing. Memang benarlah apa yang diceritakan oleh Jester dahulu bahawa Nasi Lemak Selera Rasa sangat enak rasanya, lebih-lebih lagi sambal pedasnya yang unik dan menyelerakan!! Kami bertiga sahaja telah langis menghabiskan LIMA piring nasi lemak tersebut.



Setelah makan tengah hari kami bergegas ke Geylang Serai untuk membeli rempah sup tulang pesanan Angah Hajah Hasmah dan seterusnya membeli serbuk teh tarik yang tidak mengandungi pewarna. Dari Geylang Serai, kami menaiki teksi lagi menuju ke Arab Street. Nak tahu apa yang kami beli di sini, lihatlah gambar-gambar di bawah ini........


Setelah itu kami berehat sebentar di hotel kediaman kaka Anih di Grand Plaza Park Hotel. Hotel ini berada bersebelahan dengan Funan Centre di North Bridge Road. Kami tidak melepaskan peluang menjenguk Funan Centre dan Puda sendiri sempat “menyimbat” sebuah web cam Logitech pesanan si Dani sementara Jester membeli sebuah external DVD driver pesanan Buday Mahyon. Kami minum petang di Ya Kun Kaya Toast Funan Center sebelum kembali berehat di Hotel kaka Anih. 



Kira-kira jam 8.00 malam, abang Reza pula sampai di sini dari  Brunei. Kami berempat pun keluar untuk makan malam ke Newton Food Centre di Newton Circus dan selepas makan malam baharulah Jester dan Puda kembali ke hotel kami di Kitchener Road. Demikian laporan Puda buat hari pertama lawatan “Jalan-Jalan Cari Makan” kami di Singapura ini. Hingga jumpa lagi dalam laporan Puda esok, salam hormat dari Singapura dari kami Puda, Jester, kaka Anih dan Abang Reza...............

 

Apa cerita..........Hari Guru

Oh ya hampir terlupa bahawa dua hari yang lalu adalah sambutan Hari Guru. Almaklumlah sudah bersara ini, ingatan pun semakin berkurangan. Dikesempatan ini Pa Basai ingin sama mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua keluarga yang yang bertugas sebagai pengajar dan pendidik. Jasa abis kita mendidik sanak saudara dan anak bangsa tetap dikenang sepanjang zaman.

Bercakap mengenai dengan hari guru, tidaklah dapat dinafikan bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan modal insan yang sempurna.
Adakah guru yang dimaksudkan hanya khusus kepada guru yang bergelar cikgu? Bagi Pa Basai tidak semestinya. Sesiapa jua yang mengajar atau mendidik baik formal atau tidak formal patut dianggap sebagai guru.


Dalam hal inilah Pa Basai terkenang kepada Allahyarham ayahanda Hj.Omar yang mendidik, mengasuh dan membesarkan Pa Basai. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tutur bahasanya. Terlalu jarang Pa Basai mendengar beliau meninggikan suaranya bila beliau menegur dan mendidik Pa Basai. Beliau menasihatkan Pa Basai dengan bahasa-bahasa yang manis dan selalu memberikan ruang kepada Pa Basai untuk membuat sebarang keputusan sesudah dewasa. Bila beliau kurang senang dengan kerenah Pa Basai dia akan banyak mendiamkan diri. Mungkin bagi beliau lebih baik berdiam dari membebel kerana apa yang disuara seorang bapa adalah doa kepada anak.

Beliau merupakan seorang yang peiski. Beliau sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua kegiatan kebajikan. Beliau tidak pernah menegah Pa Basai dalam berkecimpung dalam kegiatan Budak Pengakap, melibatkan diri dalam berpersatuan waktu atu Persatuan Sekata, beriadah dengan kegiatan sukan seperti bermain bola sepak, takraw, badminton,olah raga, volley ball dan pingpong.

Disamping menyekolahkan Pa Basai di Sekolah Melayu Lela Menchanai diwaktu pagi beliau juga menyekolahkan Pa Basai bagi pendidikan Ugama di Sekolah Ugama Lela Menchanai di sebelah petang. Disebelah malam Pa Basai di suruh belajar membaca Al Quran. Guru –guru Pa basai ialah Allahyarham Hj.Mat Serudin (bapa kepada Pehin DSLJ Hj.Abas dll) dan juga Ninda Hj.Md.Tahir(ayah kepada bonda Hjh.Aminah). Mereka juga Pa Basai anggap sebagai guru Pa Basai. Setelah meningkat remaja Pa Basai telah disuruh belajar berdikir Brunei yang sekarang digelar Dikir Syirafil Anam. Guru yang mengajar ialah Allahyarham Hj.Abd.Rahman yang tinggal berhadapan dengan rumah habis Pa Basai di Perpindahan Berakas. Apatah lagi ayahanda Hj.Omar seperti yang dirista oleh Puda kamu ialah orang yang gemar berdikir, maka tidak hairanlah Pa Basai dibawa berdikir walaupun suara ani parau parau dirumah-rumah orang majlis berbedak, balik haji atau sambutan maulud Nabi dan lain-lain.

Ayahanda Hj.Omar juga orang suka mendulur. Masih segar didalam ingatan Pa Basai bila mana Pa Basai baru lulus ujian memandu kereta, Pa Basai semacam memonopoli untuk memakai kereta ayahanda iaitu kereta Morris Minior berpendaftaran B5547 berwarna kelabu. Boleh dikatakan macam Pa Basai tah yang empunya kereta.Apa inda disuruh kesana kemari dengan kereta inda menolak. Malah diunjar- unjar lagi tu supaya kana suruh. Dalam pada itu beliau sentiasa menasihatkan Pa Basai untuk berhati-hati memandu dan sentiasa bertimbang rasa dengan pengguna –pengguna dijalan raya.

Dalam mendisiplinkan Pa Basai jarang ia melihatkan rasa kurang senangnya kepada Pa Basai apabila Pa Basai membuat kesilapan dan kesalahan. Beliau menegur secara baik waima pun Pa Basai adalah anak. No lecturinglah.

Pendek kata bagi Pa Basai beliaulah bapa , dan guru yang terunggul dalam kehidupan Pa Basai. Untuk itu marilah semua anak cucu dan cicitnya sama-sama mensedekahkan Surah Al Fatihah dan memanjatkan doa semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas beliau dan dimasukkan kedalam golongan orang orang yang beriman.

Pa Basai

Packing reminder

Kepada siapa2 yang akan belayar ke singapura, jangan lupa membawa....


'Celebrating' my Birthday!

For my 1st post, it is only natural to talk about my recent event hehe
Yesterday (18.10.08) was my Birthday. Since my family was celebrating out without me hehe I decided to 'celebrate' the day by going to Manchester where Bung T (Bang Hazri) was having his open house. (He didn't know it was my birthday so I wasn't really celebrating it hehe). Took 2hrs 40mins to arrive to Manchester from Newcastle. Here are the pics:


Bung T welcoming us to his apartment




His version of Mee Kari. His wife said he was constantly trying to perfect it all night because he didn't want to let down the tradition hehe and it was delicious. Jester would be proud...






Before going back to Newcastle, Me and Bung T decided to have a Pro Evo match because he wasn't happy with me beating him on numerous occasions (a little exaggerated hehe) a few months back. It was an intense full 90 mins + extra time. It ended with the scoreline of 5-5 and eventually went down to penalties. However, he got his revenge and I lost 5-4 on penalties. That was the only sour moment from an otherwise joyful day hehe





I would like to thank Bung T and family for inviting us to his open house and for finally making it feel like Raya. Although we spent there for only 2hrs on a 2hr40mins journey, it was worth the travel...

Happening dates