Timbullah idea dari si Jester di malam, semasa Puda berkunjung ke rumahnya, kenapa tidak kami menukarkan Royal Skies points (miles) yang kami sudah himpunkan selama ini untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma ke Singapura. Puda secara spontan bersetuju dengan cadangan si Jester ani dan ini merupakan peluang yang baik untuk memenuhi keinginan Puda menikmati makanan yang Puda taiskan liur setelah meliat posting yang dibuat oleh Jester dan Hajah Amoy tempoh hari.
Pagi tadi, Puda dan Jester pun berkunjung ke Pejabat RBA di Bandar Seri Begawan dan syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan dua tiket percuma ke Singapura setelah menukarkan 20000 Royal Skies miles tiap-tiap seorang. Insya Allah kami akan bertolak hari Selasa minggu depan (21 Oktober) dan pulang pada hari Jumat (24 Oktober). Bukan sahaja tambang percuma, kemungkinan hotel pun ada yang percuma ni.........ihsan daripada.....(faham-faham saja le......)
So, Puda dan Jester sedang sebok membuat perancangan masa ini - food stalls dan kedai makan mana yang perlu dikunjungi nanti. Eh, inda jua mau kalah, di sana tah karang membuat laporan yang lengkap.......he..he..he....
Salam hormat - Puda
No comments:
Post a Comment