Kita sudah berada di hujung bulan Oktober. Ini bermakna anak-anak kita yang berada di Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas sedang bergelut dengan peperiksaan awam masing-masing, sama ada yang menduduki peperiksaan PMB, Peringkat 'O' atau Peringkat 'A'. Setentunya motivasi mereka perlu didorong untuk melakukan suatu usaha yang terbaik dalam menghadapi saat-saat genting seperti menduduki peperiksaan ini!
Sementara petuan-petuan kitani sudah rajin memberikan sumbangan cerita-cerita menarik di laman blog ini, maka ia memberi ruang and sedikit kelonggaran masa kepada Puda untuk mengelamun dan mencari ilham untuk menulis sesuatu yang ada kaitan dengan motivasi bagi menyuntik semangat, keghairahan, determinasi dan "drive" bagi anak-anak kitani membuat persediaan dan usaha yang luar biasa dan terbaik dalam keringat mereka menjalani peperiksaan di saat ini.
Robert Kennedy pernah berkata: "Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."
Apabila kita bermotivasi tinggi, lazimnya kita
- lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik
- tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran
- akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat/sasaran yang ditetapkan dapat dicapai, dan
- bersikap positif dan yakin kepada diri sendiri
Dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sejarah menunjukkan bahawa tokoh pada setiap zaman adalah orang bermotivasi tinggi. Bagaimana Edmund Hillary boleh menawan puncak Everest sekiranya tidak ada motivasi diri yang tinggi. (Kan naik Bukit Shahbandar pun Puda mesti ada motivasi yang kuat dan tidak kendur-kendur!!!!) Bagaimana pula Jacques Costeau berupaya menawan dasar laut jika beliau sendiri ragu-ragu akan kebolehan diri sendiri.
Edmund Hillary berjaya menawan puncak Gunung Everest
Kesimpulannya jika kita bermotivasi tinggi, banyak perkara dapat dilakukan dengan lebih mudah (walaupun sememangnya perkara berkenaan sukar dilakukan).
Bagi mereka yang telah, sedang dan akan menghadapi peperiksaan itu, Puda panjatkan doa agar semua berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang berkat usaha, titih dan keringat yang dikeluarkan serta diiringi dengan doa dan pasrah akan ketentuan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Salam hormat - Puda
No comments:
Post a Comment