Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Apa Cerita………….


Ani bukan tangkapan di Danau. Ani tangkapan arah lain ni. Nanti bacerita. Saja untuk hiasan.

Salam dari Pabasai untuk semua baik untuk isteri, anak-anak dan seluruh keluarga Hj.Omar dan Hjh Siti Aminah. Setelah membaca beberapa nukilan didalam blog ini, teringin jua pabasai untuk menyumbangkan cerita-cerita untuk tatapan semua.

Bisaitah didalam nukilan sulung ini pabasai becerita mengenai dengan hobi. Sewaktu dikampung air khususnya dirumah “Puteh” (meminjam istilah PATNOH), selain dari bagalau dan bermain kikik seperti yang disebut oleh Pudamu, ada lagi satu hobi yang amat disukai pabasai iaitu mengail. Keluarga bilang pabasai waktu itu niruan mengail. Waktu atu terutama musim bakupang, pabasai sibuk mengail. Dapat dijanjikan waktu atu, bila turun saja kail kitang dan belais pasti naik. Jam atu inda kepunan makan kitang dan balais. Mengail pun inda jauh. Dibawah rumah saja. Kail diturunkan di sawang lantai. Tali kail ganya segulungan digulung di tin milo damit. Pamata, pemata damit lupa size berapa. Umpan kadang-kadang tepung diuli. Paling siuk kalau ada umpan kupang yang dirangat. Kulitnya diamburkan dibawah. Wah betapa syioknya. Tapi kadang-kadang badukang ada jua yang menyangkut kail. Sangsara tah tu melepaskan dari mata kail. apa inda baunya hangit bah. Pendek kata modal inda jua berapa sangat.

Kini setelah bersara hampir setahun lebih, setelah lama meninggalkan “bakat” mengail, kemahiran mengail atu kembali menggunta. Apa tah lagi Dato Hj.Zaimi ( adik ipar) serta Hj.Anam (abang ipar) mengambuhkan bakat atu.

Rupa-rupanya bukan saja zaman berubah trend mengail pun jua jauh berubah. Banar tah nya Dato SM Salim dalam lagunya Dulu lain sekarang lain. Apa inda …….Mula-mula melepaskan gian mengail, mengail tah pabasai dengan Dato Hj.Zaimi, Limin, Osman dan Mus di Danau. Bukan dilaut tapi ditebingnya. Kalau di kampung daulu mengail inda pakai jauran. Tapi sekarang ani mun inda ada jauran inda sah. Apa lagi mula tah kami membeli jauran, tali breaded dulu tangsi saja, kili-kili dulu inda tau istilah kili-kili ani, pamata kail stainless steel dulu atu steel saja . Umpan pun mesti udang hidup. Eksyen atu lebih baah.

Pengalaman pertama mengail di Danau inda boleh cakap. Jauran ampat lima. Menalangkan kalah lagi menalangkan javeline. Apalagi ada yang menalangkan jauhnya ganya sekaki dua. Mana inda ada yang tersangkut diseluar. Ada yang tasangkut di pokok. Baik jua inda takana kepala. Jauh palis.

Mengail hampir 9 jam. Panas matahari inda terkira. Oleh ganya jua ikan gulama.Banyaknya ganya jua 15 ekung. Atu pun damit-damit. Kamu tau bila ikan mematok, tarik kami menguzubillah. Macam menarik empat lima kilo. Yang dapat ganya gulama sejari.Tapi waktu atu nyaman sudah rasa tu. Bangga rasanya. Bila balik dihimpunkan oleh atu dan dilagau adek-beradek dan ipar-ipar di Sengkurong konon-kononya untuk makan sama-sama. Kalau orang batanya berapa modal membali kail, jauran ,umpan , tangsi, kili-kili, tali perambut mata kail dan batu. Campur lagi minyak dan bekalan(bata) serta makan rojak di di Restaurant KK Koya versus oleh tangkapan. Jangan tah ditanya dan dikurik-kurik tu. Ani hobi bah ni. Nya orang merelakkan fikiran.Atau mengisi masa sewaktu berpencen. Atau asal bergaya………. ada jua yang menyindir asal bahagia.

Sekian dulu nukilan kali ini.Insya Allah akan disambung kemudian terutama apa perkembangan selepas mengail di Danau.


Salam dari Pabasai.

No comments:

Happening dates