Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Tahukah Awda? - Menjejaki kehidupan di Kampung Air

Sememangnya keluarga Haji Awang Omar & Hajah Aminah mula menetap di Kampung Air di sebuah kampung yang bernama Kampung Lurong Sekuna; iaitu sebuah kampung yang letaknya betul-betul berhadapan dengan bangunan lama bekas Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja di tebing Sungai Brunei. Puda sendiri, sejak tahun 1952 lagi, dilahirkan dan dibesarkan di kampung air sehinggalah keluarga ini berhijrah melalui skim perpindahan perumahan ke Kampung Jaya Bakti, Perpindahan Berakas pada tahun 1966. 

Mengharungi kehidupan di kampung air merupakan pengalaman yang tiada ternilai harganya buat diri Puda kerana 'kesederhanaan' dalam semua bentuk kehidupan di kampung air itu telah banyak mempengaruhi dan membentuk peribadi dan watak sehingga menjadikan kita lebih matang dan rasional dalam berfikir dan bertindak. Puda sendiri mendapatkan pendidikan asas di Sekolah Melayu Lela Menchanai yang letaknya berdekatan dengan Kampung Lurong Sekuna, mulai tahun 1958 sehinggalah lulus darjah empat sekolah aliran Melayu pada tahun 1961. Kebetulan Pengetua di sekolah tersebut di musim persekolahan Puda itu ialah Tua Laki/Nini Tua (Allahyarham Dato Paduka Haji Mohd Hashim bin Haji Md Tahir), seperti gambarnya yang tertera di bawah. Kedai 'tuck-shop'nya pula dikelolakan oleh Allahyarham Ninda Haji Md Tahir bin Ahmad.


Zaman kanak-kanak adalah pengalaman hidup yang paling seronok kita lalui - apatah lagi bila berada dalam suasana kehidupan di kampung air. Kanak-kanak sering menjadi 'subjek' atau 'model' di dunia penggambaran (photography) dan sebagai contoh, lihatlah betapa comelnya kanak-kanak perempuan ini ketika dipotretkan wajah mereka di 'pantaran' rumah di Lurong Sekuna.

Wajah kecil molek dari kiri: Dayang Noor Ehsan Awang Noor Kaseh dan Dayang Mahani Haji Awang Omar
(Payah belureh baju gaun fesyen ragi-ragi atu kali ah!!)

Tiga sekawan: Dari kiri - Dayang Mahani Haji Awang Omar, Dayang Tuah Haji Metali dan Dayang Noor Ehsan Awang Noor Kaseh.


Salam hormat - Puda

1 comment:

Anonymous said...

hello..salam. me myself was raised in Kg Air (being kana asuh, asal org darat plg jua). i was one of lela Menchanai studentsat d time, in 1985-89.. im clearly im not d Era of Hj Hashim, but surely known him as part Kg Ayerian.. hehe i linked you. i just loved being part of the kg air childhood memories.

Happening dates