Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


APA CERITA………..HAL EHWAL MEMASAK

Minggu ani Pa Basai asyek membaca cerita makan saja. Ada cerita nasi lemak Adam Road lah. Ada cerita green curry Na Na Restaurant lah. Inda lain inda bukan makan.

Dalam cerita bab makan ani taukah semua dang sanak bahawa ada beberapa orang pakar memasak yang ada pada dalam keluarga katani.

Nah mun kan tau ani lah orang-orangnya yang Pa Basai tau. Banyak pulang barangkali lagi ah!

  1. Dyg Hajjah Aminah binti Hj.Mohd.Tahir – Keistemewaannya masak Kari. Inda melawan bagas tanganya memasak kari. Kalah lagi kari di Apollo atau Muthu Restaurant. Kalau masak kek, kek Mumbai. Kalau dulu waktu ia bejual di gerai Ramadhan, habis laku tu kek mumbainya atu.
  2. Datin Hajjah Masni binti Hj.Jalil – Keistemewaannya masak Lontong. Kalau ia membuat paling best tu. Gerenti kalau Pa Basai makan lontongnya inda cukup semangkuk tu. Lontong orang lain inda menyama lontong Tua Bini ani.
  3. Hajjah Fatimah binti Metamit – Keistemewaannya masak pulut panggang. Bah mun ia membuat pulut panggang sama ada inti daging atau udang tetap menyelerakan. Antah apa gayanya ia membuat ani. Memamg best.
  4. Hajjah Rosnah binti Hj.Omar (Allahyarham) – Kaka bini ani mun ia membuat bungkul, bah tetunggu-tunggu tah Pa Basai tu. Bungkul ialah kuehlah. Ia diperbuat dari tepong dan diwarnakan dengan dua warna yang dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Hem……….nyaman. Alhamudulillah nampak-nampak nya turun udah waris membuat bungkul ani arah anaknya Hjh Noorehsan.
  5. Hjh Maznah binti Hj.Talip (bini akulah) Mun kan merasa mee rebus dan kek mata kucing cuba-cuba tah batanya arah cikgu yang sudah bersara ani. Tapi liat moodnya. Mun ia sakit kepala, atau mengantuk jangan di aga.
  6. Hjh Asmak binti Hj.Jalil – Nya diorang mun kan merasa biskut dan kueh-kuehan yang nyaman-nyaman sila tah menghubungi si Dayang Hajjah ani.
  7. Hjh Buntar binti Hj.Salleh (ibu mertua Pa Basai) – Daging masak kunyitnya , wadooh inda nampak telinga. Tambah lagi kalau dimakan dengan ambuyat. Heh, heh heh.
  8. Hajjah Tirahmat (Allahyarham Tengah bini) – Daging masak Pindang. Setau Pab Basai ia tah yang mula-mula yang mengintroduce masakan ani arah Pa Basai sewaktu ia di Kuala Belait.


Bah atu saja dulu. Lain kali cerita lagi.

Pa Basai

2 comments:

PATNO said...

Tambahan kepada cerita di atas.. jangan katani lupa kepada Allahyarhamah Hajjah Rokayah binti Matamit atau "ASAI BINI" siapa yang juga seorang pakar memasak yang sangat unggul ketika dulu. Kuih bongkol itu adalah di pelajari oleh kaka Hajjah Rosnah daripada beliau. Kalau dulu waktu berkahwin-kahwin atau kenduri-kendara beliaulah bertindak sebagai ketua jurumasak. Masakan daging atau ayam jenis rendang, kicap, kurma dan lain2, serahkan saja kepada beliau. Hasilnya tidak ada para jemputan yang akan complain tentang masakan 'asai' ini. Inilah anugerah tuhan kepada beliau yang sangat mahir dan ramai orang yang berguru masak kepada beliau. Semogalah jasa dan sumbangan beliau ini akan katani kenang sebagai tatapan generasi akan datang.

Oleh kerana, beliau ini tidak mempunyai zuriat ketika bersuami Allahyarham "asai laki" iaitu Allahyarham Awang Osman Bin Abdul Hamid abang kepada ayahanda Haji Omar. Mudah-mudahan Allah akan mencucuri rahmat kepada asai laki dan asai bini. Amin....

Hag said...

Banyak terma kasih PATNO menambah cerita ani. Mungkin ada dang sanak yang lain ingin menambah silakan. Ia berguna bagi ristaan dan pengetahuan katani.

Happening dates